Kehidupan di dunia ini adalah satu perjalanan. Perjalanan yang mempunyai pelbagai fasa
persinggahan. Persinggahan akhirnya nanti adalah di perhentian akhirat. Dalam perjalanan jauh dan panjang itu sudah
pasti ada likunya. Kadang-kala
selekohnya tajam dan curam. Ada ketika
yang lain, jalannya licin. Atau mungkin
ada juga berlaku ‘trafic jam’ yang sendat dan padat. Walau apa pun yang kita tempuhi dan lalui di
sepanjang perjalanan itu, kita perlu sabar dan redha.
Sentiasa berlapang dada dengan setiap ujian yang dihantar Allah. Ya… ujian.
Sekaligus satu peringatan agar sentiasa pula duduk memuhasabah diri.
Kerapnya kedatangan Ramadan
mengundang kerinduan. Rindu pada setiap
kenangan yang berakar umbi dalam diri semenjak usia kecil. Namun kali ini Ramadan datang membawa
beberapa cerita dan berita. Cerita dan berita
yang berpahat kemas dalam diri. Hingga sesekali
menjadikan aku kemurungan dalam jangka masa yang agak panjang. Terkesima. Keliru dan sesekali celaru!!
Malam kedua Ramadan aku mendapat
panggilan. Kakak sulungku sakit dan
dimasukkan ke Hospital Taiping bagi mendapat rawatan jantung. Ini bukanlah kali pertama. Sudah beberapa kali. Hospital sudah seperti rumah kedua. Keluar masuk hospital dalam jangkamasa 3@4
hari itu sudah agak sinonim dengannya. Demikianlah kehidupan kita apabila
semakin bertambah usia. Penyakit
ternyata makin sayang dan kita tiada kudrat untuk melawan. Bila muhasabah semula diri, penyakit ini
adalah ruang untuk kita saling mendekatkan diri dengan Tuhan. Malah mungkin juga membina semula hubungan
yang semakin terrenggang.
Ya… terenggang! Pelbagai punca kerenggangan hubungan berlaku
antara mannusia. Mungkin disebabkan
kesilapan komunikasi atau rasa ego barangkali.
Atau jarak untuk saling mengunjungi dan kadang-kala sebab kesihatan
juga. Namun apabila sakit dan demam, darah kekeluargaan, kerinduan dan keinginan
mengunjungi pasti ada. Kita tidak boleh
meletakkan ketidak upayaan kita berada dalam sesuatu situasi untuk memahamkan
orang lain. Namun setiap orang,
contohnya aku pasti punya alas an tersendiri tidak mengunjungi kakakku walaupun
terasa perlu berada dan menziarahi.
Kekangan Ramadan, jarak dan
kondisi suami yang tidak boleh memandu
jauh menyebabkan pergerakan aku agak terbatas berbanding dahulu. Pun begitu, tidak pula aku lupa untuk titipkan
doa. Semoga Allah permudahkan urusan
kesihatan dan segera menyembuhkan.
Allah memberi ingatan dalam
pelbagai bentuk dan cara. Malah Allah
turut mengajar kita dalam pelbagai suasana.
Baik tika kita seronok mahu pun ketika berduka. Ramadan ke-4
tika kalut dengan urusan di sekolah, sekali lagi dikejutkan dengan
panggilan talifon. Namun, kali ini dari
suamiku. Kak Bibah (insan yang sedari
kecil kutitipkan anak-anak hingga besar) dimasukkan ke hospital. Pada perkiraanku sakit biasa. Ya,,apalah sangat jika hanya demam disebabkan
bisul. Pada perkiraanku, mana mungkin boleh
memudaratkan atau membawa kesan kepada yang lain. Ramai sahaja orang yang terkena bisul. Akhirnya
bisul itu pecah dan demam juga akan hilang.
Aku bergegas mengunjungi Kak Bibah di Zon Merah Wad
Kecemasan HSB sebaik habis persekolahan Khamis itu. Sungguh aku terkedu. Bisul biasa tapi kesannya. Allah…, tiada suatu pun yang mustahil bila
Allah katakan, “Kun Fa Ya Kun” – Jadilah, maka akan jadilah. Kak Bibah terlantar dengan pelbagai alat
bantuan dan wayar dipasang berselerakkan.
Beliau ditidurkan dan hanya menunggu bantuan apa yang akan diberi oleh
para petugas hospital. Komunikasi
dengannya tidak lagi boleh berlaku.
Hanya dapat menatap wajah dan sekali lagi hanya doa. Ya.., hanya doa.
Episod perjalanan yang agak
sukar bermula dalam kehidupan kami. Kali ini persinggahan kami adalah di
HSB. Banyak persinggahan lain terpaksa
kami lupakan. Termasuk hasrat mengunjungi
Nyah di Kuala Kangsar hujung minggu itu.
Maka hari-hari tanpa selang - kadang tengahari, kadang petang, kadang
siang dan ada ketikanya berlarutan hingga ke malam, kami pasti berada di HSB. Menunggu
perkhabaran dari para petugas yang bertungkus-lumus memberi bantuan dan
pertolongan. Ada masanya apabila nama
dipanggil kami menjadi takut dan trauma.
Saat-saat kritikal itu rasanya setuiap diantara kami saling memerlukan. Sebenarnya menanti dan menunggu di wad
kecamasan ini, banyak mengajar kami bagaimana mengawal dan mengurus emosi. Terutama emosi hampir 36 jam Kak Bibah
ditempatkan di Zon Merah sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Seterusnya emosi seluruh keluarga Kak Bibah
sebaik operation membuang dua (2) bisul berjaya dilakukan pada malam ketiga di
hospital. Sebenarnya hanya ‘mini
operation’. Anggaran masa 30 minit namun, memakan masa yang lama di wad pembedahan. (Kak Bibah berada dalam bilik pembedahan
lebih kurang 2 jam iaitu dari pukul
12.30 malam hingga 3.00 pagi).
Sukarnya untuk bercerita pada
anak-anak situasi Kak Bibah ketika itu.
Tambahan ketika yang sama adik sedang menghadapi peperiksaan untuk
semester kedua. Manakala Lang baru hari
pertama subjek pertama peperiksaan tahun akhir.
Kami berbincang panjang. Mencari alternative untuk memastikan
kedua-duanya yang berada jauh beribu batu untuk menghadapi situasi yang cukup
kritikal sekarang. Bercerita perlu
berhemah. Macamana pun kedua-duanya perlu
diberitahu. Cuma perlu ada sedikit kerahsiaan agar tidak
menganggu emosi dan tumpuan kedua-duanya menghadapi peperiksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan