Sememangnya anak saya Farhana selalu membuat kejutan-kejutan serupa itu. Selalunya dialah yang bakal menjadi 'ketua' dalam melakukan sesuatu. Barangkali semua ini sudah dirancang terlebih dahulu bersama abang dan adik-adiknya yang lain. Itu getus saya di dalam hati. Apa pun bagi saya, mereka adalah anak-anak yang begitu besar ertinya dalam kehidupan saya dan suami. Tanpa hadiah-hadiah ini pun saya tahu mereka sangat sayang akan saya dan abah mereka. Itulah sebabnya kami sering mendapat pelbagai bentuk kejutan yang tidak terjangka di fikiran.
Terima kasih kepada anak-anak yang sering mengingati dalam apa juga keadaan. Emak dan abah pasti mendoakan yang terbaik untuk anak-anak baik di dunia mahu pun di akhirat. Moga kalian akan terus menjadi anak-anak harapan bangsa, agama dan negara. Teruskan perjuangan untuk mencapai kebahagian hidup. Doa kami sentiasa mengiringi perjalanan hidup kalian.
Terima kasih untuk bunga yang dikirim - 3 kuntum bunga lambang cinta - 'I Love U' ; Emak sayang semua! Terima kasih!!
Membacanya membuatkan hati ini tercuit...bila agaknya dapat merasa detik2 begini...??? ermmmmm.....
BalasPadam