Ahad, 21 Ogos 2011

CERITA RAMADAN 5 : PUASA DAN KESAKITAN


Semua orang ingin akan sihat. Lebih-lebih lagi sihat di bulan Ramadan. Banyak sungguh yang ingin kita lakukan sepanjang bulan ini. Membaca Al-Quran, berjemaah Tarawih, bersedekah, berselawat dan macam-macam 'ber' lagi. Sebab itulah ramai orang mengimpikan kesihatan yang baik dalam bulan ini. Kalau boleh ingin mengerjakan ibadah puasa sepanjang bulan tanpa henti. Demikian besarnya hikmah Ramadan sehingga sakit yang sikit-sikit pun tidak terasa.

Namun..., kita tidak boleh melawan takdir Allah SWT. Dua hari ini, saya terpaksa berulang-alik ke hospital. Walau pn bukan saya yang sakit tetapi, saya perlu berada di KMC - menziarah, melihat dan menjaga ibu saya. Apabila diserang sakit, ibu saya bersungut berkali-kali ,"Tinggal juga puasa mak kali ini, tak pernah jadi macam ini'.

Saya tahu ibu saya (ibu mertua saya sebenarnya) seperti juga saya dan orang lain - ingin sihat sepanjang Ramadan. Namun, kita cuma merancang yang menentukan adalah Tuhan...

2 ulasan:

  1. Jah,sori tak tahu pun,lama tak baca blog, semoga cepat sembuh dan selamat berhari raya.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas keperihatinan cikgu. Bangga saya punya seorang ketua yang cukup ambil berat. Moga Allah SWT juga lah yang akan merahmati cikgu sekeluarga. Insya'allah

    BalasPadam

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...