Catatan

CARA MENGAWAL STRES

S tres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi.  Stres boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat. Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres.  Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi. Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti. Walau bagaimanapun, stres yang berlebihan, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit.  Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh kita lakukan dalam mengawal stres. Stres boleh dikawal secara sendiri atau pun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-ra...

Ini Ceritaku 2 - 12 Th Di SMK Sultanah Bahiyah

Imej
Sepanjang lebih kurang 12 tahun di SMK Sultanah Bahiyah (sebenarnya 11 tahun 6 bulan), inilah barisan kepimpinan yang bayak membentuk diriku.  Aku sangat berterima kasih kepada mereka kerana mengajar dan memberi aku banyak kepercayaan, membentuk diri dan membina keyakinan ini.  Aku ingin sekali mendedikasikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ketiga-tiga mantan pengetua SMK Sultanah Bahiyah yang pastinya sangat aku kasihi.   Sejujurnya aku berasa senang dan sangat berterima kasih kepada mereka.  Memang  pada awalnya kita mula-mula aku mengetahui yang aku akan ditempatkan di SMKSB, ada sedikit rasa 'gerun' di dalam hati.  Namun, aku sentiasa percaya bahawa Allah tidak mungkin menzalimi hambaNya dan aku yakin pasti ada hikmah kenapa aku ditempatkan di sekolah sehebat itu.  Pn. Hajah Rahinun binti Mohd. Noor Pn. Hajah Zaini binti Kamaruddin Pn. Hajah Noor Ashikin binti Yusoff Ketiga-tiga insan hebat inilah y...

BEKERJA ITU ADALAH IBADAH

Kadang-kadang kita terlalu leka bekerja sehingga kita terlupa yang kita sudah dimamah usia.  Banyak perkara yang pastinya tidak sama dengan apa yang kita pernah alami ketika mula-mula bekerja.  Perbezaan paling ketara adalah bagaimana bertenaganya generasi muda mendepani kehidupan yang berubah dari segi teknologinya.  Semua itu jika kita biarkan akan menjadikan kita insan yang jauh lebih kebelakang berbanding dengan mereka yang lebih 'celik IT' berbanding kita. Aku sedar, dulu ketika mula melapor di di SK Bukit Bintang 1 pada tanggal 3 Jan. 1989, aku adalah seorang individu yang cergas dan penuh energi.  Ya.., usia masih muda - 22 tahun, pastinya aku mampu bersaing dengan tenaga-tenaga yang lebih tua daripada aku.  Namun kini, sebaik aku melapor diri di tempat baru dengan jawatan yang baru, usiaku sudah mencecah lebih 5 siries.  Satu jangka usia yang jika diterjemah kepada sebuah pokok tentu hasilnya juga sudah tidak seberapa.. Aku sentiasa sedar dan ...

Ini Ceritaku 1 - 12 Tahun Di SMK Sultanah Bahiyah

Imej
Aku mula mendaftar di sekolah ini tanggal 1 Julai 2008 sebaik menamatkan pengajian Ijazah Pertama Bimbingan Kaunseling di Universiti Utara Malaysia.  Sebelum itu, aku telah dimaklumkan oleh En. Anuar Zamani (Pegawai PPD Kaunseling ketika itu) berhubung penempatanku di SMK Sultanah Bahiyah.  Pelbagai persoalan, kerisauan berlegar di ruang fikiran.  Sejujurnya semua orang akan berada dalam situasi yang sama dengan aku.  SMK Sultnah Bahiyah?  Siapa yang tidak kenal SMKSB di Daerah Kota Setar ini?  Sebuah sekolah yang gah namanya selain SMK Sultanah Asma.  Ya lah..., sekolah dengan nama-nama sultan dan sultanah, pastinya hebat di kaca mata semua orang. Sebagai seorang guru yang bermula dari sekolah rendah, alam persekolahan menengah tentunya amat berbeza.  Pendekatan dengan murid-murid, budaya kerja dan pastinya persekitaran serta seluruh warganya.  Cuma aku bersyukur kerana waktu itu, Cikgu Hasmah Idin banyak membantu aku cepat menyesuaikan...

PERSAHABATAN

Imej
Setiap orang pasti punya sahabat.  Yang padanya kita sering berkongsi cerita.  Sama ada cerita suka mahupun cerita duka.  Sahabat itu seringnya pula sentiasa bersedia.  Maksudnya bersedia menadah dan memasang telinga.  Mendengar meskipun tidak berupaya meleraikan.  Sahabat itu akan selalu memberi bahunya untuk disandar.  Atau barangkali menyediakan tangannya untuk didepakan. Namun, pernah anda berasa kecewa apabila anda punya sahabat tetapi tidak pula dia melegakan malahan dia menyesakkan.  Sesungguhnya sahabat sedemikian rasanya tidak mengerti maksud dan peranannya sehingga dia tegar mengecewakan. Kita tidak mampu sebenarnya mengubah orang lain untuk menyukai dan menyenangi kita.  Namun, kita sentiasa boleh mengubah diri kita sendiri untuk menjadi seorang manusia yang tentunya disenangi dan disukai oleh orang lain.  Belajarlah untuk menerima kerana penerimaan yang ikhlas itu sudah pasti mampu membina satu hubung...

EPISOD 2 - CERITA RAMADAN 1440H

Imej
S aat berulang-alik ke hospital hampir setiap hari pagi dan petang, ada ketikanya tidak terasa melelahkan.  Cuma kerisauan sering melanda menanti kepulangan kedua-dua anakanda dari jauh.  Risau dengan kondisi Kak Bibah.  Yang kerapnya tidak membuka mata.  Namun, 2 hari Sebelum 17 Mei apabila Azril masuk dan membisikkan ke telinganya bahawa Fatin dan Farah akan sampai malam Jumaat 17 Mei 2019; ada sedikit tindakbalas yang dapat kami lihat.  Esoknya Kak Bibah dipindahkan ke wad biasa.  Semua orang menarik nafas lega.  Syukur kerana ada perubahan positif yang ditunjukkan. Alhamdulillah, Fatin dan Farah sampai juga ke rumah malam tanggal 17 Mei 2019 pukul 10 selepas merentasi benua dan lautan lebih 18 jam.  Nampak keletihan pada wajah keduanya.  Namun, pagi-pagi lagi selepas bersahur dan tidur seketika, kami sudah sampai di pintu wad.  Untuk melawat ketika bukan waktunya bukanlah sesuatu yang mudah.  Perbincangan dengan 'guard' ak...

EPISOD 1 – CERITA RAMADAN 1440H

Kehidupan di dunia  ini adalah satu perjalanan.  Perjalanan yang mempunyai pelbagai fasa persinggahan. Persinggahan akhirnya nanti adalah di perhentian akhirat.  Dalam perjalanan jauh dan panjang itu sudah pasti ada likunya.  Kadang-kala selekohnya tajam dan curam.  Ada ketika yang lain, jalannya licin.  Atau mungkin ada juga berlaku ‘trafic jam’ yang sendat dan padat.  Walau apa pun yang kita tempuhi dan lalui di sepanjang perjalanan itu, kita perlu sabar dan  redha.  Sentiasa berlapang dada dengan setiap ujian yang dihantar Allah.  Ya… ujian.  Sekaligus satu peringatan agar sentiasa pula duduk memuhasabah diri. Kerapnya kedatangan Ramadan mengundang kerinduan.   Rindu pada setiap kenangan yang berakar umbi dalam diri semenjak usia kecil.   Namun kali ini Ramadan datang membawa beberapa cerita dan berita.   Cerita dan berita yang berpahat kemas dalam diri.   Hingga sesekali menjadikan aku kemurungan dalam ...