Sepanjang lebih kurang 12 tahun di SMK Sultanah Bahiyah (sebenarnya 11 tahun 6 bulan), inilah barisan kepimpinan yang bayak membentuk diriku. Aku sangat berterima kasih kepada mereka kerana mengajar dan memberi aku banyak kepercayaan, membentuk diri dan membina keyakinan ini. Aku ingin sekali mendedikasikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ketiga-tiga mantan pengetua SMK Sultanah Bahiyah yang pastinya sangat aku kasihi.
Sejujurnya aku berasa senang dan sangat berterima kasih kepada mereka. Memang pada awalnya kita mula-mula aku mengetahui yang aku akan ditempatkan di SMKSB, ada sedikit rasa 'gerun' di dalam hati. Namun, aku sentiasa percaya bahawa Allah tidak mungkin menzalimi hambaNya dan aku yakin pasti ada hikmah kenapa aku ditempatkan di sekolah sehebat itu.
Pn. Hajah Rahinun binti Mohd. Noor |
Pn. Hajah Zaini binti Kamaruddin |
Pn. Hajah Noor Ashikin binti Yusoff |
Ketiga-tiga insan hebat inilah yang telah banyak membantu aku dalam mengilap potensi diri juga belajar bagaimana muhasabah diri. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ketiga-tiga mereka. Tidak ada ucapan terbaik dalam mengenang setiap jasa yang telah mereka lakukan. Hanya sebuah doa sahaja yang mungkin mampu untuk diberikan - Semoga Allah melimpahi mereka rahmat kehidupan di dunia dan akhirat. Terima kasih cikgu - Jasa cikgu sentiasa akan dikenang sehingga hayat dikandung badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan