Catatan

CERITA TENTANG PAK

Imej
Aku hanya punya seorang bapa.  Yang pada pandangan aku sangat baik, hebat, kacak dan bergaya.  Semua kami memanggilnya: Pak.  Panggilan keramat yang kekal sehingga kini.  Bapaku seorang yang sangat tegas dengan anak-anak.  Kata-katanya adalah kata pemutus dalam setiap perkara.  Selalunya kami adik-beradik tidak membantah walaupun keputusan yang dibuat Pak tidak kami senangi. Pak berkerja keras untuk kelangsungan hidup kami sekeluarga.  Dengan bilangan anak yang ramai - 8 orang - Pak tidak pernah betah duduk di rumah.  Kerja buat Pak macam-macam.  Paginya di kebun manakala petangnya di sawah mengerjakan bendang yang disewa daripada orang kampong.  Ketika musim buah-buahan, Pak menjadi peraih dan selalunya rumah kami akan dipenuhi buah-buahan yang segar dari ladang!   Pak sebahagian daripada ‘public fingure’ di kawasan kediaman kami.  Jadi dalam banyak hal, pergerakan kami adik-beradik sangat terhad dan terkawal....

MENGHITUNG RINDU DI BULAN RAMADHAN

Imej
Cepat sungguh masa berlalu dari tahun ke tahun.  Dari zaman kanak-kanak, ke zaman remaja dan seterusnya menginjak ke zaman dewasa.  Begitu cepatnya masa meninggalkan kita dengan sejuta kenangan dan nostalgia.  Rindu saat itu.  Tambah rindu apabila Ramadhan ini datang membawa pelbagai kenangan - yang rasanya begitu mengimbau dan mengusik jiwa. Aku anak ke-6 dari 8 beradik semuanya.  Kiranya kalau yang perempuan, aku adalah anak perempuan paling kecil sekali.  Jadi, tidak hairanlah kalau aku agak ‘manja’ dengan kakak-kakak dan juga dua orang abangku.  Dua lagi adik di bawahku adalah lelaki.  Namun, manja anak lelaki ini tidak sama dengan manjanya anak perempuan.  (Hehehe…, kiranya aku ni perasan juga la..) Ramadhan adalah hari-hari yang paling menyeronokkan bagi budak kampong seperti aku.  Yalah, masa bulan Ramadhan seperti inilah selalunya emak akan menyediakan juadah yang sedap-sedap.  Sebenarnya emak (arwah emak – me...

KAWAN DAN SAHABAT

Imej
Kawan?  Pastinya setiap di antara kita mempunyai kawan.  Pastinya juga kawan kita bukannya seorang.  Malahan mungkin ada lebih daripada sepuluh, seratus  atau pun mungkin juga ribuan orang.  Lihat sahaja bilangannya dalam senarai kawan ‘muka buku’ kita.  Ada yang kita kenal, pernah bertemu muka dan ada juga yang hanya kita kenali di alam maya. Dan pastinya pula kawan-kawan itu ada yang datang dan pergi tanpa kita sedar kewujudan dan kehilangannya. Kita biasa berkawan dengan semua orang.  Baik di sekolah, di universiti dan juga di pejabat di mana kita bekerja.  Kawan tidak juga terbatas di tiga situasi yang disebutkan di atas tetapi kawan-kawan kita mungkin kita kenali ketika mendaftar di kelas tuisyen, sekampung atau setaman perumahan.  Kawan seringnya tidak melibatkan perasaan atau emosi malah ia termaktub dalam ruang lingkup sebegitu sahaja. Berbanding dengan kawan, sahabat tentunya pula lebih mengenali dan ada hubungan emosi yan...

JAGALAH LIDAHMU KETIKA BERBICARA

Imej
Kadang kala kita merasa cukup puas apabila kita berjaya meluahkan sesuatu.  Tambahan pula seseuatu yang ingin kita perkatakan itu sudah begitu lama terbuku di hati.  Resam manusia begitulah.  Sehingga kita terlupa di sekeliling kita adalah manusia atau insan-insan kerdil lain yang juga berperasaan dan punya rasa. Lidah sifatnya tidak bertulang.  Maka sudah pasti apabila ia dilontarkan untuk mengucapkan kata-kata, tidak ada ruang untuknya berfikir sama ada kata-kata tersebut akan merosakkan orang lain.  Jadi sebaiknya sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan (pendapat, pandangan, idea mahupun untuk menegakkan kebenaran dan kuasa, berfikirlah dahulu jangan sampai kita menzalimi dan menyakiti insan lain. Dewasa ini, kita sering melihat dan mendengar bagaimana perselisihan boleh berlaku dengan begitu mudah dan cepat.  Kebanyakannya jika dikaji adalah berpunca daripada 'komunikasi' dan komuikasi itu adalah menggunakan lidah.  Ada ketikanya kita begitu...

BELAJAR UNTUK SENYUM TIKA HATI SEDIH DAN RESAH

Imej
Lamanya tidak menulis di sini lantaran begitu kalutnya mengejar waktu untuk meneruskan sebuah perjuangan.  Hari ini terasa untuk memuat naik beberapa coretan yang ditemui dan terasa begitu sinonim dengan diri saat ini.                             
Imej

PADA SEBUAH KEBAHAGIAAN ADA SECEBIS KERINDUAN

Imej