Catatan

KOMUNIKASI DAN KESAN

Imej
Komunikasi sangat penting dalam kerja buat dan kehidupan individu pada setiap hari.  Kita perlu sentiasa berkomunikasi sama ada secara sedar atau tidak sedar.  Sama ada dalam situasi tidak formal atau pun ketika situasi formal.  Komunikasi memainkan peranan cukup penting terutama untuk kelangsungan hubungan atau interaksi seterusnya.  Yang memungkin sebarang tindakbalas berlaku sama ada secara positif atau sebaliknya. Jika kita sedang berkomunikasi, elemen paling penting digunakan pastinya bahasa sama ada dalam bentuk verbal atau pun non-verbal.  Kedua-dua elemen ini memberi impak atau pantulan semula kepada imej individu yang sedang berkomunikasi.  Ada individu yang sewenang-wenangnya menggunakan perkataan tanpa memikirkan sensitiviti orang lain ketika berkomunikasi.  Apa yang penting ketika pemilihan perkataan untuk berkomunikasi, ketetapan istilah harus diambil kira selain faktor-faktor lain yang mempengaruhi persekitaran komunikasi tersebu...

SELAMAT DATANG 2014; SELAMAT PERGI 2013

Imej
Masa berlalu terasa begitu cepat sekali.  2013 hanya beberapa jam akan melabuhkan tirai.  2014 akan datang dengan misi dan visi barunya.  Entah, tidak tahu pula bagaimana kekalutan 2014 akan ditempuh bersama keluarga, teman-rakan dan sanak-saudara.  Demikian, putaran bagi sebuah kehidupan.  Masih banyak sebenarnya perancangan, impian dan angan-angan yang belum tertunai dan berjaya dilaksanakan.  Kini datang pula 2014 yang pastinya membawa pelbagai delegasi untuk turut disempunakan. Hadiah dan Sijil Diambil Oleh Ahmad Bistamam (No.2 dari kiri) di Ipoh, Perak - Alhamdulillah Bersyukur kerana saya memulakan tahun baru dengan berita kemenangan dalam pertandingan menulis Tazkirah Peringkatan Kebangsaan dan diikuti dengan saya dankeluarga dapat  menziarahi Kota Suci Mekah - menyusuri sejarah perjuangan baginda Rasulullah SAW.  Merasai getirnya sebuah perjuangan dan terasa pula kerinduan untuk bertandang lagi menjadi tetamu Allah dan menemui keka...

MERDEKA : HABIS SUDAH SPM

Imej
Cepat masa berlalu.  Hari ini 3 Disember 2013.  Sudah cukup sebulan Fatin menduduki peperiksaan SPM.  Cepat sungguh.  Hari ini sebaik habis paper Bahasa Arab - maka merdeka lah Fatin dan rakan-rakan.   Dulu time aku ambil SPM - sebaik habis sahaja paper akhir (aku dah lupa subjek apa) kami (aku dan beberapa orang kawan - Yatie, Mazailah, Shida, Wa, Basharah, dan lain-lain), mengayuh basikal menyusuri Pekan Kati.  Ala... Kati bukanlah pekan besar seperti Alor Setar.  Sampai sekarang pun Kati masih seperti Kati yang dulu - sunyi, aman dan terasa ketenangannya.  Kami menikmati hari-hari akhir itu bersama - singgah di kedai makan Kak No (Adik Cikgu Ali) yang terletak betul-betul di hadapan jalan masuk ke masjid Kati.  Bukan ada pun makanan istimewa seperti sekarang tapi sebenarnya menu itu sangat sedap di makan - Pecal dan Ais Kacang!  Sedapnya dan itulah kenangan terindah ketika berada di alam persekolahan. Hari ini anakku Fa...

SEMARAK KASIH SEKALUNG BUDI - PN. RAHINUN MOHD. NOOR

Imej
Bagaimana saya ingin memulakan sebuah penceritaan tentang seorang insan yang pada saya cukup istimewa.  Yang hanya saya kenali dalam jangka masa yang agak singkat.  Sebenarnya ketika melangkah ke SMK Sultanah Bahiyah selepas tamat belajar  bukan sebuah mimpi indah untuk saya.  Ini kerana nama SMK Sultanah Bahiyah sentiasa meniti dari bibir ke bibir sebelum saya memasuki ruangnya.  Tika dihubungi  oleh seorang teman dari PPD, saya agak kaget apabila diberitahu yang saya akan ditempatkan di situ. Yalah..., siapalah saya untuk ditempatkan di sebuah sekolah cukup hebat, cukup gah namanya.  Namun kata-kata motivasi suami dan teman-rakan menjadikan saya tidak mahu berganjak ke belakang.  Saya menjejakkan kaki tanggal 1Julai 2008 tepat jam 7.20 pagi di pejabat sekolah.  Hanya selepas 40 minit barulah saya dijemput memasuki ruang kerja insan istimewa itu. Bermula saat itu saya cuba bekerja - barangkali kadang-kala saya jatuh tersadung lantaran...

AKTIVITI UBK YANG DIJALANKAN

Imej
Banyak sungguh aktiviti yang berlangsung di SMK Sultanah Bahiyah, yang melibatkan Unit Bimbingan dan Kaunseling tidak dapat saya kongsikan di blog ini.  Sibuk.., sememangnya kesibukan itu menjadikan saya kadang-kala tidak dapat mengetuk papan kekunci komputer untuk berkongsi maklumat dan pengalaman.  Jumaat dan Sabtu kadang-kala terasa bagai tidak wujud.  Hari bekerja bukan hanya 5 hari seminggu malahan terasa bagaikan tiada rehatnya. Barangkali bukan saya sahaja yang merasakan begitu.  Seluruh warga Bahiyah merasakan kesibukan itu. Namun, alhamdulillah dalam kalutnya kami masih diberi kekuatan untuk tersenyum malahan kadang-kala tertawa juga.  Aktiviti anjuran Clean & Clear - Kaedah Mencuci Muka yang betul di Dewan Makan Siti Fatimah SMKSB.  Aktiviti ini sebenarnya sudah agak lama iaitu pada 31Julai 2013,cuma kesempatan hanya pada ketika inilah...   Kursus PRS peringkat daerah anjuran SMSains Pokok Sena pada 8 September 2013...

KEM KEPIMPINAN

Imej
Berlangsung sekali lagi kem kepimpinan untuk pelajar-pelajar SMKSultanah Bahiyah.  Kali ini di Kem 6 Rejimen Askar Melayu, Tok Jalai.  Pendekatan yang barangkali sedikit berbeza namun meninggalkan impak cukup besar baik kepada peserta mahu pun guru-guru terlibat.  Rupa-rupanya di sebalik ketebalan tembok batu yang memisahkan warga tentera dengan dunia luar,tersimpan berjuta khazanah yang perlu diterokai dan dikongsi bersama.  Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh warga kerja 6 Melayu terutama kepada Sarjan Sharizan,Sarjan Johari, En.Zamri dan semua yang terlibat bertungkus-lumus memastikan programberjalan lancar.  Semoga anak-anak SMK Sultanah Bahiyah yang terlibat akan terus berkembang menjadi insan berjiwa kental - punya jati diri!

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN BUDAYA

Imej
SMK Sultanah Bahiyah terus mengorak langkah ke peringkat antarabangsa dengan mengetengahkan Program Pengantarabangsaan Budaya bersama Maktab Duli, Brunei dan SMK Bekenu, Miri, Sarawak bermula pada 28 - 31 Ogos yang lalu.  Tahniah atas komitmen semua.  Semoga SMK Sultanah Bahiyah terus berkembang menjadi salah sebuah sekolah terkemuka.  Sesi perkongsian Program Penerapan Nilai di ruangan VVIP Maktab Duli.  SMK Sultanah Bahiyah memperkenalkan Program-Program Penerapan Nilai yang disampaikan oleh Pn. Hajah Rahinun Mohd. Noor (Pengetua Cemerlang SMKSB).  Maktab Duli berkaitan Program Mentor-Mentee yang disampaikan oleh Penolong Kanan HEM maktab berkenaan. Menikmati nasi lemak berwarna hijau sebaik selesai taklimat dan perkongsian ilmu.  Enak!!  Terima kasih warga Maktab Duli.    Kenangan sebelum meninggalkan Bandar Seri Bagawan yang pasti kekal dalam ingatan.  Bandar yang bersih dengan aura keislaman yang beg...