Bermula saat itu saya cuba bekerja - barangkali kadang-kala saya jatuh tersadung lantaran kebanyakan mereka 'berlari' sedangkan saya cuma 'berjalan'. Beliau tidak pernah menidakkan ketidakupayaan saya meskipun saya tahu saya tidak mungkin dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan keseluruhan staf di SMK Sultanah Bahiyah. Namun, saya cukup pasti sepanjang berada di SMKSB saya sentiasa berada dalam proses 'belajar' dari dulu hingga kini.
Sebenarnya banyak yang saya pelajari sepanjang berada di bawah pimpinan beliau. Tunjuk ajar malah teguran bagi saya adalah satu proses - yang kadang-kala menjadikan saya malah teman-rakan yang lain lebih matang untuk berfikir dan bertindak. Sejujurnya, seperti teman-rakan yang lain, ada ketikanya hati berdetik tidak bersetuju pada sesetengah pendapat dan idea. Namun, selalunya selepas beberapa ketika ada juga idea dan pandangan yang diusulkan diterimapakai seandainya idea tersebut mempunyai hujah yang cukup bernas. Suatu yang tidak mungkin saya lupa adalah kepercayaan beliau memberi saya mengendalikan sambutan Hari Guru selepas saya menulis di laman blog tentang keinginan menjadikan Hari Guru satu sambutan yang akan dikenang guru dan murid sepanjang zaman!
Begitu juga sebenarnya ketika saya membentangkan perancangan aktiviti untuk pelajar-pelajar selepas PMR pada tahun 2009 (ketika kali pertama saya diberi kepercayaan mengendalikannya) - ternyata pendapat dan saranan saya diterima dengan sedikit pindaan kerana saya selalu berpendapat proses pembelajaran dan pengajaran tidak hanya berlangsung di bilik darjah. Malahan yang berlaku diluar bilik darjah yang dilakukan secara pratikal dan amali akan mudah diingati dan difahami sampai bila-bila. Rasanya pandangan saya itu agak selari dengan pandangan beliau dan ini menjadikan susunan langkah saya lebih mudah pada hari-hari seterusnya.
Sebenarnya jika ingin diceritakan terlalu banyak memori dan kenangan yang boleh dicatat sepanjang berada di bawah satu bumbung pimpinan beliau. Namun,sebagai manusia kita tidak pernah boleh lari daripada fitrah kehidupan - yang sentiasa mengajar kita untuk terus belajar dan memahami erti sebuah kebenaran. Barangkali jika dilihat pada kemuncak kecemerlangan dan keupayaan, beliau sepatutnya masih boleh meneruskan legasi memimpin dan berkhidmat. Walau bagaimanapun, apa yang berlaku sebenarnya adalah apa yang kita seluruh warga SMK Sultanah Bahiyah lihat, alami dan rasai sendiri pada tanggal 22 Oktober 2013 yang yang lalu. Itulah sebuah kebenaran - realiti dari sebuah kehidupan!!
22 Oktober 2013, maka melangkah pergilah seorang insan yang telah mengorbankan lebih separuh usianya kepada dunia pendidikan. Seluruh warga pendidikan 'kehilangan'seorang pemimpin berjiwa besar yang mengabdikan seluruh kehidupannya untuk mendidik anak bangsa, melahirkan ratusan malahan ribuan cerdik pandai, yang kini tumbuh melata di seluruh pelusuk negara juga merebak ke seluruh dunia.
Kini, meskipun saya dan seluruh warga SMK Sultanah Bahiyah merasakan suatu kehilangan kita kembalikan semula 'dia' kepada keluarganya juga kepada suaminya yang tercinta.
Selamat menjalani kehidupan sebagai seorang pesara, menjadi surirumah sepenuhnya, bonda kepada putera-puteri anda malahan nenek kepada cucu-cucu tercinta. Semoga kehidupan terus diwarnai warna-warna ceria - dunia dan akhirat jua. Salam Kemaafan, Salam Penuh Keinsafan dari saya untuk Puan Rahinun sekeluarga!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan