Berlangsung sekali lagi kem kepimpinan untuk pelajar-pelajar SMKSultanah Bahiyah. Kali ini di Kem 6 Rejimen Askar Melayu, Tok Jalai. Pendekatan yang barangkali sedikit berbeza namun meninggalkan impak cukup besar baik kepada peserta mahu pun guru-guru terlibat. Rupa-rupanya di sebalik ketebalan tembok batu yang memisahkan warga tentera dengan dunia luar,tersimpan berjuta khazanah yang perlu diterokai dan dikongsi bersama.
Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh warga kerja 6 Melayu terutama kepada Sarjan Sharizan,Sarjan Johari, En.Zamri dan semua yang terlibat bertungkus-lumus memastikan programberjalan lancar. Semoga anak-anak SMK Sultanah Bahiyah yang terlibat akan terus berkembang menjadi insan berjiwa kental - punya jati diri!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan