Catatan

CATATAN 2

Sebaik sele sai Perhimpunan K aunseling dan bersama para warden di dewan besar SMKSB, saya dan Cikgu Azlina bergerak menuju ke bilik kaunseling.  Perjalanan saya terhenti ketika seorang pelajar menyapa saya.  Sebaik melihat pelajar itu, m ulut saya lantas bertanya, "Kenapa datang juga hari ini?  Bukan awak nak uruskan perpindahan awak?" Saya melihat wajah pelajar di depan saya - kelihatan dan dari nada suaranya saya pasti ada getar kesedihan.  Pantas dia menjelaskan walaupun saya sendiri kurang jelas denganapa yang cuba dinyatakan kepada saya.  Mudah dan saya memikirkan jalan penyelesaian paling berkesan adalah membawa pelajar itu ke pejabat - rujuk dan barangkali mendapat sedikit pandangan dari PK HEM atau berbincang dengan pihak pengurusan pejabat. Saya tahu - tanyalah s iapa juga waris yang telah meletakkan anaknya di SMKSB, jaranglah mereka bersedia memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain tanpa sebarang sebab.  Begitu juga dengan pelaja...

CATATAN 1

Hari ini saya didatangi seorang anak pelajar.  Seperti selalu apabila dia ke bilik dan ingin berjumpa saya soalan pertama yang diajukan adalah,"Cikgu sibuk tak sekarang?  Saya nakjumpa cikgu".  Kebetulan pula pada ketika yang sama saya baru masuk ke ruangan saya itu.  Baru sahaja menguruskan beberapa hal berkaitan dengan pelajar di pejabat termasuk perbincangan kecil dengan PK HEM. Seperti selalunya baik dengan dia atau pelajar-pelajar lain, saya akan sentiasa menyediakan ruang cukup luas untuk mereka berinteraksi dengan saya.  Dalam keadaan macam mana sekali pun, saya akan sentiasa bersedia menerima mereka dengan seadanya.  Lantas pelajar itu saya jemput masuk dan kami mengambil masa yang agak lama untuk berkongsi pandangan dan pendapat.  Pertemuan tersebut bukanlah merupakan sesi kaunseling sebenarnya.  Lebih kepada suatu perkongsian idea dan pendapat. Jika ditanya, saya cukup senang dengan pelajar ini.  Mengenali dia sejak akhir t...

TETAMU

Imej
Sebaik bangun untuk solat subuh pagi ini, saya segera ke dapur terlebih dahulu.  Semua bahan telah saya sediakan sebelum tidur semalam.  Hari ini saya bakal menyambut kedatangan rakan-rakan sekuliah anak saya Mawardi.  Lebi 15 orang katanya.  Maka sejak semalam lagi saya bertungkus-lumus menyediakan bahan-bahan untuk menyambut tetamu anak saya itu. Kalut juga sebenarnya apabila saya seorang diri perlu menyediakan bahan-bahan.  Namun, kekalutan itu berjaya diredakan lantaran pertolongan Mawardi - mengemas dan menyiapkan tempat.  Juga menyusun sedikit juadah yang disediakan.  Simple sahaja menu yang saya sediaka. Hanya sedikit behun goreng, mee kari dan 2 jenis kuih (satu ready made, dan satu yang lain saya sediakan sendiri - bingka pandan).  Bolehlah sekadar untuk melepaskan rasa lapar sebelum mereka bergerak pula ke rumah yang lain di Pendang. Sebenarnya saya bercadang untuk menyediakan nasi lemak.  Namun dibantah Mawar...

SALAM PERPISAHAN

Imej
Apabila masa itu sudah tiba, kita pasti perlu bersedia untuk mengucapkan 'selamat tinggal' buat semua.  Tidak kira sama ada kita bersedia atau tidak berupaya lantaran kehidupan ini begitulah lumrahnya.  Meski disayangi dan diperlukan lagi namun, perjalanan untuk perpisahan ini perlu diteruskan.  Moga Pn. Faridah Daud akan terus berada dalam kesihatan yang baik sepanjang menjalani kehidupan sebagai seorang YB (Yang Bersara) bermula detik 24 Januari 2013.  Sesungguhnya pertemuan singkat sepanjang berada di SMK Sultanah Bahiyah ternyata amat menyenangkan.  Selamat bersara..

BERITA GEMBIRA MAULIDUR RASUL

Tergesa-gesa ke dapur lantaran saya agak kelewatan menyediakan juadah untuk anak-anak saya yang akan saya lawati di asrama.  Ketika tangan begitu rancak 'mengacau' nasi goreng di dalam kuali, handphone saya tiba-tiba pula berbunyi.  Barangkali memahami kekalutan saya, suami bergegas menjawab panggilan tersebut. "Panggilan dari KPM ni"  katanya dan telefon bertukar tangan.  Dalam kekalutan dan tertanya-tanya segera pula tangan saya memadam api dapur  sebelum meninggalkan tugas memasukkan nasi goreng ke dalam bekas kecil kepada suami saya. "Saya dari Sektor Pendidikan Agama - Urusetia ...." perkenal suara di hujung talian dan saya segera menangkap siapa yang sedang berbicara dengan saya ketika itu.  Keresahan mula bertapak di hati.  Namun, pantas mulut saya melafazkan ucapan 'alhamdulillah' dan sememangnya selawat dan syukur itu hanya untukMu Ya Allah.   Saya sebenarnya tidak tahu bagaimana ingin berkata-kata.  Malahan ternyat...

PANTUN DAN PERANANNYA SEBAGAI ALAT HIBURAN

Imej
Memandangkan masyarakat Melayu lama tidak mempunyai saluran atau media yang canggih untuk menghiburkan hati selepas penat bekerja, maka pantun menjadi salah satu medium untuk mereka mengubat lara di hati dan juga melepaskan segala kelelahan sama ada dari segi mental mahu pun fizikal.   Sesuai dengan peranan komunikasi yang bertindak sebagai alat hiburan, pantun juga memainkan peranan yang sama terutama untuk menimbulkan rasa keriangan dalam kehidupan sehari-harian.   Beberapa contoh pantun di bawah dapat memperjelaskan lagi secara lebih terperinci bagaimana pantun amat berguna terutama dalam membayangkan rasa gembira yang dialami oleh seseorang, meninggalkan perasaan seronok dan riang terutama di kalangan kanak-kanak serta menimbulkan unsur-unsur   jenaka dalam kehidupan.   Contohnya; Anak kera pandai meniti, Anak ayam disambar helang; Tidak terkira besarnya hati, Melihat ibu sudah pulang. Rawa bangun jalan berliku, Penuh onak mak...

MEMBACA : KESAN DAN FAEDAH

Membaca merupakan satu proses komunikasi antara pembaca dengan penulis.   Memerlukan penghayatan atau tumpuan sepenuhnya ketika proses membaca berlaku terutama dari sudut fikiran, pandangan, penglihatan, persepsi serta   perasaan agar dapat benar-benar memahami serta menjiawai maksud yang tersurat dan tersiratyang disampaikan oleh penulis.      Kepentingan Membaca 1.   Membaca Jambatan Ilmu -   membaca dapat memberi ilmu yang menjadi bekalan untuk beramal; menjadi tunjang kekuatan individu, bangsa dan negara. Melahirkan individu dan masyarakat bermaklumat. 2.   Membaca Jendela Dunia -   boleh mengetahui, meninjau, menilai dan turut aktif dalam pelbagai pergolakan atau perubahan dunia; menghubungkaitkan apa yang berlaku dalam konteks ruang, waktu dan faktor-faktor lain. 3.   Membaca Penyuluh Hidup -   boleh menjadi teman paling setia, pembimbing untuk bertaut, perunding dan penasihat; menjadi model untuk diti...