Khamis, 9 April 2015

PONTENG



Ponteng bermaksud lari dari tugas atau tanggungjawab tanpa kebenaran.  Dalam konteks pelajar, ponteng ialah lari dari kelas atau aktiviti kokurikulum sama ada sebahagian atau sepenuhnya.

PUNCA PONTENG

Sikap Negatif
Punca utama ponteng datang daripada sikap negative individu sendiri seperti malas, rasa rendah diri, tidak bermotivasi, rasa dipencilkan oleh kawan-kawan, kekurang tenaga atau zat makanan dan kerana kesihatan terganggu.  Ada di antara murid yang ponteng ini terlibat dengan pelbagai aktiviti nakal dan pra-jenayah, sering terpengaruh dengan kawan-kawan, merokok dan menghisap dadah, kerap mengakses bahan lucah, kegilaan melampau terhadap muzik dan sering melakukan aktiviti lain yang lebih menyeronokkan.

Keluarga
Sebahagian gejala ponteng pula disebabkan pengaruh dalam kalangan keluarga seperti tiada galakan daripada keluarga, sikap tidak ambil peduli, tidak memantau perkembangan pembelajaran anak-anak, keluarga berhadapan dengan permasalahan seperti perkelahian dan penceraian, kemiskinan tegar atau ada yang terlalu mewah dengan wang yang ditaburkan oleh ibu bapa.


Fobia Kepada Guru Atau Sekolah
Selain itu, factor fobia terhadap guru atau sekolah juga menjadi factor mengapa pelajar suka ponteng.  Antaranya fobia takut iaitu murid takutkan guru kerana sikap guru yang garang, kerja sekolah tidak siap, pakain seragam tidak lengkap, buku dan peralatan sekolah tidak lengkap, dibuli senior atau takut sampai lewat.  Selain fobia takut ada juga murid-murid yang fobia pembelajaran kerana ketinggalan dalam pelajaran,  ‘day dreaming’ dalam kelas, tidak minat atau bosan untuk belajar, tiada kemampuan membeli buku dan peralatan belajar serta mata pelajaran sukar.

KESAN PONTENG
Masalah ponteng ini jika dibiarkan akan merebak seperti barah baik kepada diri murid, ibu bapa, guru dan sekolah, masyarakat, kerjaya, Negara dan juga agama.  Sehubungan itu, masalah ponteng perlu ditangani dengan bijaksana oleh ibu bapa dan para guru.

CARA-CARA MENGATASI SIFAT MARAH



Image result for sabar



  • Latih diri dengan akhlak yang mulia seperti bersabar, lemah-lembut dan berhati-hati dalam membuat keputusan. 
  • Mohon perlindungan kepada Allah daripada gangguan syaitan.
  • Berwuduk.  Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api dan akan padam dengan mengambil wuduk.
  • Ingat kepada balasan buruk yang menimpa kepada orang yang mengikut nafsu amarahnya.
  • Ingat kepada kelebihan dan pahala yang diperoleh oleh orang yang berjaya menahan kemarahan kerana mereka disifatkan sebagai seorang pahlawan
  • Maafkan orang yang menjadi punca kemarahan kita.
  • Jika sedang berdiri, maka hendaklah duduk.  Jika marahnya belum reda, hendaklah berbaring

BAGAIMANA MENJADI SEORANG YANG PEMAAF



  • Tidak perlu menang setiap masa.  Biar sesekali kita merasa sakitnya sebuah kekalahan kerana  kekalahan mengajar kita sentiasa memuhasabah diri.
  • Memikirkan bahawa orang lain juga mempunyai masalah
  • Mengingati bahawa Allah SWT mengangkat darjat orang yang suka meminta maaf dan memaafkan orang lain
  • Berdoa supaya hati sentiasa disabarkan
  • Sering bersangka baik terhadap orang lain
  • Memikirkan kebaikan yang telah dilakukan oleh sahabat terhadap kita. 
  • Sentiasa bertolak-ansur dalam setiap perkara yang dilakukan kerana sikap bertolak-ansur menjadikan kita disenangi dan menyenangi orang lain.


TIPS PEMILIHAN KERJAYA




1. Kenali Diri Anda Dahulu

Adakah anda benar-benar mengenali diri anda?  Perkara ini benar-benar penting bukan sahaja untuk pemilihan kursus dalam menentukan kerjaya anda, tetapi juga untuk anda menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang.  Pemilihan keputusan yang baik hendaklah disertakan kematangan dan anda perlu pandai berdikari.  Pada asasnya, anda perlu sedar di mana kekuatan dan kelemahan anda.  Anda perlu mengkaji dan menyingkap perkara-perkara yang anda minati dan sukai untuk dikaitkan dalam pemilihan kursus dan karier.  Know what you want and  know what you need.  Hal ini merupakan perkara serius yang melibatkan masa depan anda.

2. Minat dan Kebolehan Serta Jiwa Anda

Suatu perkara yang tidak patut dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah mengikut trend/flow dalam pemilihan kursus dan karier.  Hal ini kerana minat dan kebolehan anda dengan orang lain tidak sama.  Ingat!  Jangan mengikut trend orang lain dan ikutlah naluri dan jiwa anda sama ada sesuai dengan karier atau kursus tersebut kelak.  Setiap indiviidu mempunyai keistimewaan yang tersendiri serta karakter yang berbeza-beza.

3. Percayakan Diri Sendiri

Ramai pelajar yang tidak yakin dengan kebolehan sendiri untuk memajukan diri ke tahap yang lebih jauh.  Anda perlu percayakan diri anda dan kebolehan anda kerana ini adalah salah satu proses mengenali diri sendiri dan apabila anda kenal akan diri sendiri, selfmotivation anda akan meningkat secara automatic.  Jika anda mempunyai pegangan yang teguh dan tidah berubah-ubah anda pasti akan berjaya dalam apa juga yang anda lakukan dan ceburi.

3. Berbincang Dengan Ibu Bapa dan Kaunselor Serta Pihak Yang Berkaitan

Mendapatkan pandangan ibu bapa adalah langklah yang bijak, tetapi AWAS kerana sesetengah ibu bapa mungkin menilai sesuatu kerjaya berdasarkan ‘sejarah’ silam mereka.  Perbincangan yang telus dan dari hati ke hati dapat merungkai segala permasalahan yang timbul.  Gunakan sebaik mungkin maklumat yang diperoleh sama ada melalui pembacaan atau perbincangan dengan kaunselor untuk berbincang pula dengan kedua ibu bapa kita.

Khamis, 2 April 2015

Mencari Damai




Kerja bertimbun? Masa suntuk untuk menyiapkan tugasan.  Kena marah?  Atau selalu rasa gelisah? Tidak selesa?  Semua itu perkara biasa bagi sesiapa sahaja yang bekerja dan belajar.  Selagi kita dinamakan manusia- tidak mungkin kita terlepas dari tekanan yang boleh merungsingkan  sehingga kehidupan seharian turut menjadi ‘gerhana’.
Banyak cara kita boleh mengurangkan tekanan dalam kehidupan kita malahan akan menjadikan kehidupan menjadi lebih tenang.  Antaranya adalah;

·         Biasakan diri sentiasa berwuduk – jiwa menjadi lebih tenang, kerja yang susah menjadi mudah, apa yang dipelajari dan dibaca mudah diingati.

·         Perbanyakkan membaca Al-Quran

·         Banyakkan solat sunat – beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah SWT

·         Selalu berdoa kepada Allah – dilakukan secara konsisten, terutama pada waktu mustajab seperti pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah.

·         Bersangka baik dengan Allah –anggap sebagai ujian untuk menguji kekutan iman, sentiasa bermuhasabah dan harus percaya pada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

·         Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

·         Amal diet dengan disiplin yang kuat

·         Menangis dengan sepuas hati 

·         Hargai kebolehan diri sendiri

·         Cintai diri sendiri


Jumaat, 13 Mac 2015

RINDU

Rindu
ada ketikanya membara pabila kita cuba melupakan
dan angin pun menampar-nampar
mukaku bagai menyatakan sesuatu.

Rindu
ada ketikanya tidak berupaya mengelak untuk berbicara
dan hatipun bagai merintih pilu
menghitung perjalanan waktu.

Rindu umpama nadi yang senantiasa hidup bergerak, berkata-kata
umpama bulan mengambang tika malam 
umpama air mengalir tanpa sempadan.

Rindu barangkali bisa mengubah sebuah pandangan
yang kadang waktu nampak benar tetapi terasa sukar
Namun.. rindu pasti datang saban masa tanpa diundang
lantaran rasanya manis meskipun terasa begitu menyakitkan
turut meresahkan.

Pun rindu itu yang sesekali menikam-nikam tangkai hati
menghidupkan ruang fikir dan benak rasa
kerana pasti suatu ketika yang kita tidak tahu bagaimana
hadir membawa suatu cerita
bahgianya sehingga bila-bila.

Jumaat, 30 Januari 2015

TERLUKA



Bohonglah jika aku tidak merasakan kelukaan ini.  Bohonglah juga jika seorang kaunselor itu tidak punya hati untuk merasa sedih.

Sungguh Ya Allah..., aku benar-benar tidak kuat untu melaluinya.  Adakah aku tidak boleh 'berhati dan berjiwa besar' seperti selalunya??

Bagaimankah agaknya akanku lalui perjalanan seterusnya?  Adakah aku akan terus menjadi hipokrit seperti semalam?  Sedangkan hatiku menangis bagaikan tidak ada hentinya

Catatan Seorang Pesara : Cakap Sorang-Sorang

Usai bertemu seorang sahabat bersama suami dan anaknya di perkarangan Masjid Aman, Alor Setar, aku dan suami terus ke Pasar Besar Billion.  ...