Sabtu, 8 September 2012

RESUME

Ramai pelajar kadang-kadang tercari-cari contoh untuk menyediakan resume apabila ingin memohon pekerjaan atau ketika ingin menyambung belajar. Berikut saya sertakan contoh resume yang saya sendiri sediakan ketika saya ditawarkan jawatan sebagai Jurulatih Kokurikulum di Universiti Utara Malaysia pada tahun 2008. Moga perkongsian ini mampu memberi manafaat buat semua.

BIODATA DIRI

Nama : HALIJAH BINTI MAHMUD: No. Kad Pengenalan : 770329-08-5522

Tarikh Lahir : 30 Mac 1967 Pekerjaan : Kaunselor Pelajar Jantina : Perempuan

Tempat Lahir : Kg. Berala, Kati, 33020 Kuala Kangsar, Perak.

Alamat tempat tinggal : 49, Taman Cahaya, Hutan Kampong, 05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Alamat tempat bertugas : SMK Sultanah Bahiyah, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Alamat surat menyurat : 49, Taman Cahaya, Hutan Kampong, 05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Email : hally3003@yahoo.com

Motto diri : Setiap kejayaan perlu melalui usaha yang berterusan bersandarkan prinsip 5 D (Disiplin, Daya Usaha, Dedikasi, Diskusi dan Doa)

Status : Berkahwin Nama Suami : Mohammad Sobri b. Daud; Pekerjaan : Penyelia BERNAS

Anak Empat orang (1 lelaki dan 3 perempuan)

1. Ahmad Mawardi b. Mohammad Sobri (18 Tahun); Pekerjaan: Pelajar UiTM Merbok.

2. Farhana bt. Mohammad Sobri (15 Tahun); Pekerjaan : Pelajar SMK. Agama Kedah

3. Fatin Naimah bt. Mohammad Sobri (12 Tahun); Pekerjaan : Pelajar SK. Hutan Kampong

4. Farah Izzati bt. Mohammad Sobri (10 Tahun); Pekerjaan : Pelajar SK. Hutan Kampong

KERJAYA DAN PENGALAMAN

Pekerjaan : Kaunselor di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas, Jln. Htn Kampong, Alor Setar. Kedah Darul Aman. Kepakaran : Bimbingan dan Kaunseling (DG 41); Kelulusan : Sijil Perguruan Maktab Perguruan Mohd. Khalid, Johor Bahru, Johor; Bac. Edu (Hons) Guidance & Counselling -UUM)

Pengalaman Dari Tahun 1989 Hingga 2008

  • Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
  • SRK. Bukit Bintang (1) Kuala Lumpur.
  • SRK. Jalan Batu (L), Kuala Lumpur.
  • SK. Jabi, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.
  • SK. Tuanku Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.
  • SK. Haji Abu Bakar, Alor Setar, Kedah.
  • SMK. Kepala Batas, Alor Setar, Kedah.

Penglibatan :

  • Penggubal Soalan Percubaan Bahasa Melayu (UPSR) Peringkat Negeri Kedah (1998 – 2005)
  • Penggubal Soalan Kepong Bahasa Melayu (UPSR) Peringkat Daerah Kota Setar (1998 – 2005)
  • Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK. Jabi (1992- 1994)
  • Guru Pembimbing Hari Kanak-Kanak Sedunia 1992
  • Kerani Penyemak Daftar Pemilih P.005 Jerlun (1999 )
  • Juru Hebah Kejohanan Sukan MSSD Kota Setar (1996 – 2005)
  • Juru Hebah Kejohanan Sukan MSSK Negeri Kedah (1998 – 2005)
  • Guru Pemimpin Persatuan Tunas Puteri SK. Jabi (1990-1996)
  • Guru Pemimpin Persatuan Tunas Puteri SK. Tuanku Abdul Halim. (1996-2002)
  • Guru Pemimpin Persatuan Puteri Islam SK. Hj. Abu Bakar, Alor Setar, Kedah. (2003-2005)
  • Setiausaha Agong Kehormat Persatuan Guru Pelatih, Maktab Perguruan Mohd. Khalid (1987- 1988)
  • Pemberita, Majalah Saujana Maktab Perguruan Mohd. Khalid (1986- 1987)
  • Ketua Pengarang Berita MPMK, Maktab Perguruan Mohd. Khalid (1986- 1987)
  • Fasilitator Minggu Pengurusan Pelajar, Maktab Perguruan Perlis, Perlis (2006)
  • Setiausaha Kem Kaunseling PKPG UUM (2006)
  • Timbalan Setiausaha Seminar Kaunseling Peringkat Kebangsaan (2007)
  • AJK Sponsor Program Lawatan Ilmiah Ke Universitas Gadjah Mada Yogyakarta, Indonesia.(2007)
  • Fasilitator Program Jejak Menara, UUM (2008)
  • Ahli Persatuan Kaunseling Malaysia
  • Penceramah bebas program motivasi dan Kepimpian

Penglibatan berkaitan akademik :

  • Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) Bimbingan dan Kaunseling - MPPP (2004)
  • Kursus 14 Minggu Bimbingan dan Kaunseling IPDA (1994)
  • Kursus Penulisan Remaja ’87 PPJ/DBP (1987)
  • Urusetia Pertandingan Seni Jauhi Dadah Daerah Kota Setar Kedah (1995)
  • Kursus Latihan kejurulatihan Dalam Kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah Zon Utara -JPN Kedah (1995)
  • Kursus Pengukuhan dan Perubahan Matematik Tahun 4 - JPN Kedah (1995)
  • Kursus Pengukuhan dan Perubahan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 - JPN Kedah (1998)
  • Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6 - JPN Kedah (1999)
  • Kursus Motivasi Peringkat Lanjutan Fasa 2 - JPN Kedah (1995)
  • Seminar Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah - JPN Kedah (1999)
  • Seminar Akta Kanak-Kanak 2001 - Negeri Perlis (2004)
  • Kolokium Wanita Pemadam 2002 - Kebangsaan (2002)
  • Bengkel Pengenalan Penderaan dan Pengabaian Kanak-Kanak Dalam Komuniti - Kebangsaan (2003)
  • Kursus Orientasi Kurikulum (Semakan) KBSR - JPN Kedah (2003)
  • Kursus Penyelanggaraan Mesin Braille (1991)
  • Kursus Kemahiran Mendengar dan Komunikasi di MPSAH (2003)
  • Setiausaha Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah MPPP (2004)
  • Setiausaha Pengurusan Pelajar 2005 MPPP (2005)
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – Peringkat Negeri Kedah (1994)
  • Kursus Kemahiran Mendianos dan Subordinat MPPP (2005)
  • Seminar Pendidikan dan Pencegahan Dadah - KUKUM (2006)
  • Bengkel Pantun Melayu - UUM (2006)
  • Seminar Kaunseling Peringkat Kebangsaan - PKPG B&K UUM (2007)
  • Seminar Wacana Ilmu Kaunseling - UUM & UGM (2007)
  • Wacana Pemantapan Profesionalisme Keguruan - UUM (2008)

Kajian

  • Burnout Dalam Kalangan Guru di SK. Hj. Abu Bakar, Alor Setar, Kedah.
  • Masalah Remaja di Daerah Kota Setar.
  • Meningkatkan Amalan Etika Profesion Perguruan Dalam Kalangan Guru-Guru Di SK. Bandar Baru Darul Aman.

Rujukan :

  1. Dr. Noor Azniza Ishak

Penyelaras Program Kaunseling dan Psikologi

Jabatan Siswazah Kaunseling dan Psokologi

Kolej Sastera dan Sains

Universiti Utara Malaysia

06010, Sintok Kedah.

No. Telefon : 04 – 9283892

2. En. Azemi Shaari

Pensyarah, Kolej Sastera dan Sains

Universiti Utara Malaysia

06010, Sintok Kedah.

No. Telefon : 04 – 9283490

TEKS UCAPAN PERASMIAN SK ISKANDAR

Pada saat ini, izinkan saya berkongsi teks ucapan perasmian yang saya pernah sediakan untuk seorang kawan saya ketika beliau mengajar di SK Iskandar, Alor Setar, Kedah. Setelah dicari beberapa kali hanya ini sahaja yang tinggal untuk dikongsi bersama dalam blog saya jika boleh dimanafaat untuk semua.

TEKS UCAPAN DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH DARUL AMAN SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG SEKOLAH KEBANGSAAN ISKANDAR 2010

بِسْمِ اللهِ الرَّحْـمَـنِ الرَّحِيْمِ
ا لحمد لله رب العـلـمين
والصلاة والسلام على أشرف الأنبـياء والمرسـلين و على أله وصحـبه أجـمـعين

Terima kasih Saudari/a Pengacara Majlis,

* Yang Berusaha Guru Besar SK Iskandar

* Pengetua-pengetua, Guru-guru Besar

* Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasa

* Penolong-penolong Kanan, guru-guru

* Dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya saya dan Raja Puan Muda dapat hadir bersama tuan-tuan dan puan-puan dalam satu lagi upacara penting iaitu Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Kebangsaan Iskandar bagi tahun 2010.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dalam majlis ini, khususnya kepada para pelajar dan ibu bapa yang telah menunjukkan keintelektualan dan sahsiah yang cemerlang. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan profesion peguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti baik dari segi akademik mahupun sahsiah. Semoga majlis yang amat bermakna ini dapat dijadikan asas permulaan anjakan paradigma menjana modal insan gemilang dan terbilang. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak sekolah dan PIBG dapat bekerjasama mendepani segala cabaran dan permasalahan yang timbul. Pihak sekolah dan ibu bapa, sebaik-baiknya wujudkan suasana kolaboratif dengan sentiasa berbincang. Hindarkan sebarang perbalahan kerana ini tidak menguntungkan, malah merugikan semua pihak.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,

Memandangkan pendidikan mampu menyuburkan kualiti kehidupan dan bersifat dinamik, guru-guru perlu mewujudkan tanggapan yang positif terhadap diri dan kerjayanya. Perkara ini penting kerana masyarakat akan membuat tanggapan terhadap guru berasaskan cara mereka berfikir, berpakaian, bercakap dan berinteraksi dengan pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Ibu bapa dan masyarakat pula, hendaklah bersifat rasional dan jangan cepat melatah menyalahkan pihak sekolah apabila timbul sesuatu masalah, terutama berkaitan masalah disiplin anak-anak. Saya percaya, Tuan Guru Besar merupakan seorang individu yang bertanggungjawab dan mahukan sekolah ini sentiasa berada dalam keadaan baik serta kondusif. Cuma kadangkala masalah disiplin berlaku tanpa disangka dan sebagai ibu bapa, keikhlasan Tuan Guru mengurus sekolah perlu dilihat secara positif.

Kita juga patut sedar, sistem pendidikan masa kini memerlukan perubahan selaras dengan keperluan semasa, memenuhi tuntutan zaman dan lingkungan. Walau bagaimanpun, kita mungkin perlu mengimbau sejenak dan menginsafi betapa bertuahnya kita berada di bumi Malaysia dengan menikmati pelbagai peluang pendidikan ditawarkan. Apa yang paling penting adalah kesungguhan dan keinginan kita mengejar setinggi mana pencapaian yang dikehendaki. Kita juga perlu membuat persiapan bagi menghadapi pelbagai cabaran yang sudah tentu tidak sama lagi dengan yang ada pada masa semalam, hari ini dan mungkin juga esok hari. Menginsafi hakikat ini, maka tidak syak lagi bahawa sistem pendidikan itu sebenarnya menuntut kita untuk sentiasa memperbaharui diri dengan ilmu dan tekad yang baru pada setiap masa.

Oleh hal yang demikian tuan-tuan dan puan-puan, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada ibu bapa agar senantiasa merebut peluang sebarang yang ada. Saya menyarankan para pelajar, guru-guru malahan ibu bapa sentiasa memberi nilai tambah kepada diri dengan terus belajar dan menambah ilmu supaya kita semua akan terus relevan dengan perubahan serta peredaran zaman. Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa pendidikan yang mengutamakan aspek akademik semata-mata akan menyebabkan lahirnya generasi yang pintar tetapi tidak mampu menonjolkan kebestariannya dalam tindakan atau membuat keputusan. Oleh itu, aspek kemanusiaan tidak seharusnya diketepikan kerana melaluinya terdapat beberapa pertimbangan atau budi bicara bagi membolehkan pembentukan sahsiah yang seimbang. Lantaran itu, golongan pendidik, ibu bapa dan masyarakat hendaklah membuka minda dan mengemaskinikan pengetahuan sedia ada sambil meneruskan usaha untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi juga berakhlak mulia, berhemah tinggi, dan disegani pada peringkat global.

Para hadirin yang saya muliakan,

Sempena Majlis Hari Anugerah SK Iskandar ini, saya secara peribadi mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh warga SK Iskandar, PIBG, ibu bapa dan para pelajar cemerlang kerana komited sehingga dapat menjayakan program sekolah. Saya selaku Raja Muda Kedah akan sentiasa memberi sokongan penuh kepada pihak sekolah untuk melahirkan modal insan gemilang dan terbilang. Akhir kata kepada Tuan Guru Besar, Yang Dipertua dan ahli jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Iskandar, guru-guru dan semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini saya ucapkan terima kasih, kerana sesungguhnya perpaduan dapat dibentuk melalui majlis seperti ini. Sehubungan itu saya buat kesekian kalinya berdoa semoga sekolah ini akan terus mencapai kejayaan seperti mana yang mereka hajati dalam masa yang terdekat ini.

Dengan lafaz بسم الله الرحـمـن الرحيم

Saya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Iskandar bagi tahun 2010. Sekian, terima kasih.

وبا لله توفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Teks Pengacara Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Asrama

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha Tuan Penolong Penagarah Pusat Kokurikulum,

Yang Berusaha Puan Sharifah Suharny bt. Syed Syeh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Sultanah Bahiyah.

Barisan Fasilitator, guru-guru pengiring dan seterusnya rakan-rakan peserta Kem Kepimpinan Pelajar yang dikasihi.

Assalam’mualaikum wbh dan saalam sejahtera.

Alhamdulillah. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana program Kepimpinan Pelajar kita telah pun sampai ke penghujung. Pastinya pada detik ini pelbagai perasaan berbaur-baur dalam sanubari masing-masing. Dan segala yang berbaur itu menjadi satu – pengajaran dan kenangan yang akan terua dikenang selamanya dalai lipatan sejarah.

Tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin yang dimuliakan;

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Khairuddin bin Zainon Untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(Selesai bacaan doa)

Amin ya rabulalamin.

Sepanjang 4 hari 3 malam di sini, pelbagai pendedahan aktiviti telah kami lakukan bersama. Banyakpengalaman yang kami peroleh. Untuk mendengar secara lebih menyeluruh rentetan pengalaman dan perasaan sepanjang kami di sini, dipersilakan dengan segala hormatnya Yang Berusaha Tuan Kem Komandan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Demikian tadi ucapan dan sedikit luahan pengalaman sepanjang kami di sini. Majlis merakamkan ucpan terima kasih.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Terbang di awan burung jentayu,
Batu diangkat bunyi meletup;;
Kata azimat kami merayu,
Sebagai ucapan kata penutup.

Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tuan Penolong Pengarah Pusat Kokurikum untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan Kursus Kepimpinan Pelajar anjuran Bersama SM Sains ubang Pasu dan SMK Sultanah Bahiyah dari 20 – 23 April 2011. Dipersilakan.

Terima kasih atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Sekali lagi majlis menjemput dan mempersilakan Tuan ……………………………………………….. diiringi PK HEM SMK Sultanah Bahiyah dan PK Koourikulum SM Sains Kubang Pasu untuk menyampaikan hadiah dan sij-sijil penghargaan kepada para pemenang. Dipersilakan.

Kategori …………………….Nama / Kumpulan :………………………

Kategori …………………….Nama / Kumpulan :………………………

Kategori ……………………Nama / Kumpulan :………………………

Kategori ……………………Nama / Kumpulan :………………………

Kategori …………………….Nama / Kumpulan :………………………

Kategori …………………….Nama / Kumpulan :………………………

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Tuan-tuan dan puan-puan;

Banyak keluk ke penarik

Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Dipersilakan tuan-tuan dan puan-puan serta para peserta untuk menikmati makan tengahari sebelum bersurai.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 6 September 2012

PERKEMBANGAN INDIVIDU


Lama sungguh sebenarnya saya tidak menulis di ruangan ini. Banyak sebab mengapa saya tidak berupaya berbuat demikian meskipun ada ketikanya saya berasa begitu banyak idea yang ingin dikongsi bersama. Kekangan masa, kesibukan bekerja juga keadaan mata saya kerap menjadikan pergerakan saya cukup terbatas. Namun saya berasa pula rutin menulis ini perlu saya teruskan untuk mengasah kebolehan diri mengutarakan pendapat dan idea. Itu kepuasan sebenarnya.

Seperti selalunya, setiap hari saya akan diberi masa 'relief' paling tidak 1@2 masa. Sesekali apabila masuk ke kelas yang berbeza tentunya kita mempunyai pelbagai idea untuk dikongsi dengan murid-murid. Tambahan murid-murid perempuan di sekolah saya. Memandangkan saya diberi peluang memasuki Tingkatan 1A1, hari ini saya berkongsi berkaitan dengan tajuk 'Perkembangan Diri Individu' yang saya fokuskan kepada perubahan diri remaja.

Apabila berbicara tentang remaja, kita sedar semua orang akan melalui fasa remaja - suatu fasa yang menarik minat pelbagai pihak dan acapkali pula golongan cendiakawan membuat kajian berhubung golongan ini. Kita sedar bahawa remaja adalah suatu golongan yang sangat penting - menjadi aset kepada kemajuan dan pembangunan negara pada masa hadapan. Remaja menjadi tulang belakang yang akan menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara. Itu pandangan dan itu juga merupakan sebuah realiti yang tidak mungkin dapat disangkal.

Berbalik kepada anak-anak murid saya di kelas 1A1. Ramai yang gelak-gelak dan tidak kurang pula tunduk malu-malu apabila saya kaitkan dengan perubahan fizikal yang berlaku kepada diri remaja. Bentuk badannya, suaranya juga 'pengunjung bulanan' yang pasti akan datang. Ada juga yang mencuit teman-rakan yang masih belum dikunjungi 'pendatang bulanan'. Termasuk juga yang tertanya-tanya 'apa' yang saya maksudkan. Ternyata ada juga murid-murid saya yang begitu 'daif' - kurang pendedahan dan ternyata malu-malu apabila membahaskan perihal perubahan fizikal pada badan. Saya juga mengaitkan perubahan yang berlaku pada emosi - masa, benci, sayang dan rindu. Semuanya mula berlaku pada diri seorang remaja mulai usia 11 hinggalah 19 tahun. Perubahan itu kata saya tidak akan berhenti di situ. Jika dibiarkan tanpa diurus dengan betul akan mengundang kepada beberapa implikasi - yang positif atau barangkali juga negatif. Semuanya bergantung kepada kebolehan remaja itu mengurus dirinya dan emosi termasuk juga pengaruh teman-rakan dan juga media.

Pada saya, setiap remaja sentiasa mencari-cari identiti diri. Jika tersalah kita mencorakkan mereka maka, akan rosaklah corak tersebut. Namun, keupayaan mencorak remaja sebenarnya tidak hanya bergantung kepada ibu bapa dan guru, tetapi turut dibantu dengan persekitaran termasuk masyarakat, media elektonik dan juga media cetak. Jika kita mengimpikan sebuah negara yang di dalamnya penuh dengan keharmonian dan kasih-sayang maka, tanamkan di jiwa setiap remaja dengan elemen-elemen kasih sayang dan keharmonian juga. Perkembangan yang sihat bagi setiap remaja adalah bagaimana kita menentukan hala tuju mereka melalui acuan kita sendiri tanpa mengabaikan penerapan nilai-nilai dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sahsiah diri mereka.

Demikian saya melihat anak-anak murid saya - yang memerlukan tangan-tangan kita untuk membantu mereka membina perkembangan diri selaras dengan hasrat dan impian kita. Moga jadilah mereka individu (gadis-gadis) yang bakal melahirkan genarasi yang jauh lebih baik untuk masa hadapan. Insya'Allah.

Jumaat, 3 Ogos 2012

KUNCI SEBUAH KEJAYAAN

Untuk mengapai sebuah kejayaan bukanlah suatu kerja mudah. Tidak ada orang yang berjaya tanpa usaha keras yang dilakukannya. Seseorang individu boleh mencipta kejayaan demi kejayaan andai mempunyai disiplin diri yang tinggi serta punya kebijaksanaan ketika mengatur masa. Namun kita harus sedar, tidak semua individu dapat mencapai hasrat dan impiannya.

Ini disebabkan terdapat beberapa limatasi yang menghalang seseorang individu menuju ke arah tersebut. Walau bagamanapun, jika seseorang itu bijak mengurus diri dan masa, nikmat mencapai kejayaan bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini kerana kunci sesebuah kejayaan adalah bagaimana seseorang individu itu dapat mengurus dirinya serta masanya dengan sempurna dan berkesan.

Sebenarnya seseorang individu yang berjaya mengurus diri dan masa dengan baik pasti akan berupaya menjadikan kehidupannya lebih sempurna, teratur dan juga sistematik. Orang yang ingin berjaya akan sentiasa tampil sempurna, menarik dan berkeyakinan tinggi malahan berupaya juga menyempurnakan tugasan yang diamanahkan kepadanya dalam kuantiti kesalahan yang dapat dimaksimakan.

Oleh itu belajarlah mengurus diri dan masa denagan baik dan berkesan kerana pengurusan diri dan masa yang sempurna menjadi wadah untuk mencipta kejayaan demi kejayaan yang lebih cemerlang dalam kehidupan. Tanyalah kepada orang-orang terdahulu yang telah berjaya mencipta nama – jawapan mereka pasti DISIPLIN DIRI yang berupaya mengubah saya hingga ke tahap ini! Lalu apa lagi yang perlu kita nanti? Ubah diri untuk mengubah nasib kita di masa hadapan!!

PELEURU JEMARI

Memandangkan sajak ini ditolak Juri kerana penggunaan perkataan medsos, maka aku muat naik dalam blog ini untuk tatapan sesiapa yang singgah...