Cikgu Halijah Mahmud: SIAPA GURU: SIAPA GURU ? Guru? “ Jadi guru? Taknak lah. Baik saya jadi Doktor, peguam , jurutera atau bisnesman. Kerja-kerja itu lagi untung. Duit pu...
Anak saya Fatin Naimah dan Farah Izzati sering terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan pidato ketika di sekolah rendah. Sebagai galakan, saya kerap pula diminta menyediakan teks pidato bagi tajuk-tajuk pidato spontan yang mereka mungkin akan terima pada hari pertandingan tersebut. Berikut merupakan beberapa teks pidato yang mungkin boleh menjadi panduan kepada para pelajar yang suka mengambil bahagian dalam pertandingan pidato. KEPENTINGAN KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN Kebersihan bermaksud terhidar daripada sebarang kekotoran sama ada kekotoran yang nampak seperti najis-najis dan juga kekotoran dalaman seperti perbuatan serta sikap negatif termasuk sombong, bongkak, iri hati dan sebagainya. Antara kepentingan kebersihan dalam kehidupan seharian ialah menjaga kebersihan fizikal termasuk kebersihan diri. Contohnya kebersihan kuku, rambut, pakaian dan sebagainya. Seseorang yang selalu tampil bersih pasti akan disenangi oleh rakan dan taulan. Orang yang mementing...
Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Yang Berusaha Tuan Penolong Penagarah Pusat Kokurikulum, Yang Berusaha Puan Sharifah Suharny bt. Syed Syeh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Sultanah Bahiyah. Barisan Fasilitator, guru-guru pengiring dan seterusnya rakan-rakan peserta Kem Kepimpinan Pelajar yang dikasihi. Assalam’mualaikum wbh dan saalam sejahtera. Alhamdulillah. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana program Kepimpinan Pelajar kita telah pun sampai ke penghujung. Pastinya pada detik ini pelbagai perasaan berbaur-baur dalam sanubari masing-masing. Dan segala yang berbaur itu menjadi satu – pengajaran dan kenangan yang akan terua dikenang selamanya dalai lipatan sejarah. Tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin yang dimuliakan; Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat. Majlis dengan segala hormatn...
B aru-baru ini anak saya Farah Izzati (Ting. 2 SMKAK) telah menyertai pertandingan syarahan sempena Majlis Tilawah Al-Quran dan telah menjadi johon Zon 4 juga Daerah Kota Setar tetapi kecundang di peringkat Negeri Kedah Darul Aman. Namun bagi saya kekalahan tersebut merupakan satu titik permulaan bagi Farah Izzati untuk bergerak lebih maju ke hadapan. Berikut saya kongsikan dengan rakan-rakan blog keselurhan syarahan yang telah disampaikan...(Maaf sebab ayat-ayat Al-Quran tidak dapat dimuatkan. ada masalah teknikal yang saya sendiri tidak dapat selesaikan) Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh Bismillahirrahmanirrahim.. Kalungan apresiasi buat saudara peneraju agenda, kombinasi kehakiman yang pintar laksana, saudara penjaga masa yang setia, dif-dif jemputan, para guru pendidik berwawasan seterusnya teman-rakan segandingan. Tirai syarahan pada hari ini saya singkap dengan seuntai mauduk bicara berjudul ”Generasi B...
Ulasan
Catat Ulasan