Isnin, 19 September 2011

SIAPA GURU


SIAPA GURU ? Guru? “ Jadi guru? Taknak lah. Baik saya jadi Doktor, peguam , jurutera atau bisnesman. Kerja-kerja itu lagi untung. Duit pun banyak. Jadi guru susah nak kaya tapi boleh hidup sederhana saja ”. Mungkin itulah kata-kata atau seumpamanya yang pernah kita dengar . Guru memang tidak kaya dengan harta tapi mereka kaya dengan pelajar. Kaya dengan ganjaran pahala. Kaya dengan nasihat. Kaya dengan kasih sayang. Kaya dengan pengorbanan. Kaya dengan jasa. Kaya dengan usaha. Kaya dengan duka dan lara. Kaya dengan pelajar yang kaya. Apa yang guru mahu? Apa saja dilakukannya asalkan pelajarnya menjadi seorang insan. Insan yang dimaksudkan di sini adalah insan yang kamil atau sempurna dari segala aspek.

Rasul adalah Guru “ Tidak aku utuskan engkau wahai Muhammad kecuali engkau menjadi rahmat sekalian alam “. Rahmat bermaksud kasih sayang . Seandainya sifat ini ada di dalam hati para guru, pastinya mereka sanggup melakukan apa saja demi mendidik anak didiknya. Bagaimana perasan ini perlu dipupuk? Tiada lagi cara lain kecuali dengan meniru akhlak dan peribadi Nabi Muhammad SAW dari sebesar-besar perkara sehinggalah sekecil-kecil perkara.

Langkah yang pertama untuk meniru Baginda SAW ialah mengenali apa saja tentang diri Baginda samada belajar, mendengar, membaca dan apa saja cara bagi mengenali identiti dan sahsiah Baginda kerana Baginda adalah guru yang paling cemerlang. Baginda SAW tidak pernah membenci pelajarnya, memukulnya dan mengejinya. Tidak pernah bertanya kepada pelajarnya mengapa engkau buat begini? Mengapa engkau tinggalkan begini? Selain itu, Baginda SAW mendidik sahabatnya dengan lirikan mata. Sebagai seorang guru, mata sangat memainkan peranan besar bagi mendidik pelajar.

Selain itu, gerak geri seorang guru menjadi teladan dan bimbingan kepada pelajar kerana pelajar yang mencintai gurunya akan melihat setiap pergerakkan gurunya. Guru menjadi idola pelajar. Keikhlasan Keikhlasan seorang guru di dalam mendidik sangat penting kerana keikhlasan datangnya dari hati dan menyebabkan didikan itu juga mudah diserap ke dalam hati pelajar. Inilah dinamakan dari hati ke hati. Seandainya nasihat seorang dari tekaknya saja, maka nasihat itu tidak mampu menembusi hati pelajar. Perkara ini akan terhasil apabila seorang guru itu mempunyai kebersihan dan kesihatan hati yang baik. Bagi seorang guru, pembersihan hati adalah perkara wajib agar tidak melarat kepada pembentukan sikapnya yang negatif. Kesanggupan mereka menanggung kesusahan dan kesukaran mendidik pelajar akan dijanjikan pahala daripada Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...