Isnin, 13 September 2021

MENULIS SEBAGAI TERAPI

 Alhamdulillah. Tidak ada patah kata untuk kuucapkan selain syukur dan terima kasih. Inilah buku "Kompilasi Kes Kaunseling Sekolah Jilid 4" yang di dalamnya terselit sebuah tulisan aku. Buku ketiga yang berjaya diterbitkan pada tahun ini selain Suara dan Kuntuman Keampunan.

Meski bukan tulisan solo namun, kelahiran ketiga-tiga buah buku ini menjadi pembakar semangat. Terima kasih kepada sahabat yang bersusah payah mengirimkan buku Kajian Kes ini ke rumah. Awalnya ingatkan buku ini dikirim sahabat Cg. Amalin Teh kerana sebelum ini telah membuat pesanan melaluinya. Rupa-rupanya tekaan tersebut jauh tersasar.
Terima kasih sahabat. Semoga Allah SWT merahmati dan membalas segala kebaikan untukmu.
Untuk pengetahuan semua, buku Kompilasi Kes Kaunseling Sekolah ini terdiri daripada 4 jilid. Merupakan buku yang ditulis oleh sekumpulan guru kaunseling di Negeri Kedah di bawah usahasama MAJLIS GURU KAUNSELING KEDAH (MGK KEDAH) dan Universiti Utara Malaysia.
Buku ini menghimpunkan pelbagai kes melibatkan isu sebenar yang berlaku di sekolah. Digarap dengan baik dalam bentuk penulisan santai dan wajar dimiliki oleh mana-mana GBKSM sebagai panduan mendepani sebarang isu yang berlaku di sekolah.
Jangan ketinggalan bagi GBKSM yang ingin menjadikan buku ini sebagai bahan bacaan atau koleksi peribadi. Selain itu, buku itu turut dapat dijadikan rujukan memandangkan kes ditulis mengikut kronologi dan bersandarkan teori.

KISAH LAPTOP DAN SCAMMER

 Sejak bermula PKP Fasa 3 dan BDR diumumkan hampir sepanjang waktu aku berada di hadapan laptop. Semua kerja baik mesyuarat, kursus, bengkel dan kerja-kerja rutin lain menggunakan laptop sepenuhnya. Laptop menjadi satu keperluan yang wajib ada bagi orang bekerja seperti aku.

Di rumah selain laptop, kami juga mempunyai sebuah komputer lama (destop). Masih boleh digunakan tapi hanya untuk kerja-kerja asas menaip, emel dan beberapa kerja biasa lain. Maklum komputer tua, sistem audio dan kamera juga tidak ada. Jadi komputer ini tidak begitu popular, hanya sesekali digunakan apabila keadaan sangat mendesak.
Kesimpulannya laptop yang sebuah itu menjadi tumpuan sepenuhnya. Setiap hari penggunaannya dikira paling maksimum. Kerapnya bermula pukul 8.00 pg dan tamat pukul 11.00 malam atau mungkin lebih. Ikut keperluan seharian.
Pertengahan Jun penggunaan laptop di rumah semakin bertambah. Suami turut memerlukan laptop untuk urusannya di Masjid, Surau, MTC, khairat dan lain-lain. Kesian juga acapkali suami beralah memberi laluan untuk aku melangsaikan tugas hakiki berkaitan kerja. Maka tertangguhlah tugas-tugasnya.
Berbincang dengan anakku Fatin Sobree , membeli sebuah lagi laptop sudah menjadi satu keperluan. Bukan yang baru, cukup sekadar yang terpakai tetapi boleh membantu urusan BDR menjadi lebih sempurna. Tambahan sebelumnya kami pernah membeli sebuah laptop terpakai menggantikan laptop anak bongsu yang uzur.
Pengalaman inilah yang digunapakai. Beberapa hari mencari tapi tidak juga berjumpa yang betul-betul berkenaan dan sesuai dengan kewangan. Suatu pagi, entah bagaimana aku terlewat memasuki satu bengkel kerana suami sibuk menguruskan suatu tugas penting. Insiden itu menyebabkan kami bertekad mencari juga laptop dalam masa terdekat
Kebetulan PKP, tidak ada kedai komputer yang beroperasi di Alor Setar. Puas kami mencari tetapi tidak juga berjumpa. Insiden kedua terlambat hampir setengah jam sesi googlemeet pula berlaku. Akhirnya kami nekad memilih sebuah syarikat dalam Instagram. Nampak sangat popular dan follower syarikat mencecah ratus ribu!
Urusan dan perbincangan berlaku begitu mudah. Namun, fatin ada sedikit kegusaran ketika itu.
"Macamana kalau scam mak?" Pertanyaan itu tidak aku jawab. Manalah aku tahu hal-hal berkaitan scammer atau tidak. Fatin cuba memeriksa nombor akaun bank yang diberi.
PUTERI NORHEZLENAYU BINTI MEGAT AMADDIN
7635939146 - CIMB
Bersih. Tiada sebarang laporan. Cuma ada sedikit kehairanan mengapa menggunakan akaun personal dan bukan akaun syarikat. Namun setelah dijelaskan dan keperluan mendesak kami transfer juga ke akaun tersebut sebanyak RM920 untuk sebuah laptop LENOVO dengan janji sebelum pukul 5 ptg akan diberi tracking number pengeposan barangan.
Bermulalah saat berangan-angan dapat sebuah laptop baru. Ok juga walaupun terpakai tapi boleh bantu selesaikan banyak kerja yang bertindan dengan suami. Tunggu punya tunggu bayangan tracking number tidak juga muncul. Mencuba beberapa kali menghubungi nombor whatsapp +60 12-863 7248 Laptop_amanah tidak berjawab. Whatsapp pun hanya 'seen' sedangkan jelas ketika itu sedang online.
Tidak puas hati aku cuba menghubungi nombor yang sama dengan menggunakan telefon lain. Tidak sampai 30 saat, mesej yang dihantar dibalas. Allahuakbar. Ujian apakah sebenarnya sedang aku lalui. Dalam keadaan sukar masih ada yang ambil kesempatan. Sah aku sudah tertipu.
Masa itu aku sudah rasa tidak keharuan. Fatin turut mencari beberapa maklumat berkaitan syarikat tersebut. Allah.., terbukti scammer. Ramai yang terkena dalam tempoh 2@3 minggu kebelakangan ini. Bijak mereka beroperasi. Menggunakan nombor akaun berbeza setiap kali transisi untuk bayaran. Masya Allah.
Begitu mudah mereka berbohong. Segala yang berlaku memadamkan seluruh hasrat berlaptop baru. Bukan mudah hendak kumpulkan semula duit sebanyak itu. Tambahan dalam situasi sukar seperti ini.
Memang aku boleh menerima semua itu dan redha dengan apa yang berlaku. Mungkin ada bahagian yang Allah hendak bersihkan dari duit yang aku ada. Atau ada hikmah lain yang tersembunyi. Namun, scammer ini nampaknya cuba menangguk di air keruh. Menggunakan kesempatan yang orang lain hadapi sebagai ruang untuk mereka meraih keuntungan.
Aku tidak dapat bayangkan betapa kecewa orang lain yang menghadapi situasi sama. Sepanjang dua tiga hari ramai pula yang senasib dengan aku. Cuma apa yang aku boleh katakan, mereka adalah sebuah syarikat terancang dan kitalah yang menjadi mangsa keadaan!
Berhati-hatilah semua sahabat. Kita tidak pasti bila pula orang lain akan menjadi mangsa. Terlalu banyak yang bertopengkan manusia pada ketika orang lain mengalami saat-saat sukar. Apa pun, perkongsian ini bukan untuk meraih simpati namun lebih kepada perkongsian pengalaman agar tidak ada yang tertipu dengan permainan dan pembohongan seperti ini.
Share dan kongsilah pengalaman ini beramai-ramai agar semua orang mendapat ibrah dari kisah nyata dan sikap manusia.

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...