Ahad, 26 Julai 2020

SENYUMLAH UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH INDAH

Senyum Selalu (@Tweet_abadke20) | Twitter

Hidup ini akan rasa sangat indah apabila hati dan perasaan kita terasa tenang dan bahagia.  Orang melakukan pelbagai cara untuk menghilangkan rasa resah dan kebimbangannya.  Namun.., kita pasti biasa mendengar perkataan senyum.  Berapa orang yang mampu memberikan senyuman tanpa rasa terpaksa?  Berapa orang yang sememangnya sentiasa mengamalkan senyuman dalam kehidupan sehariannya?  Senyum itu adalah sedekah.  Dengan sentiasa tersenyum, kita akan mendapat banyak fidhilat atau kebaikan untuk diri kita dan mungkin juga orang lain.

Menurut Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah terdapat sebelas kebaikan jika kita sering mengamalkan senyuman dalam kehidupan seharian kita.  Antaranya adalah;

1. Dengan senyuman kita mendapat pahala bersedekah.

2. Senyum juga mampu mencantikkan wajah.

Senyum Semanis Madu - Photos | Facebook
3. Senyum berupaya membaiki mood kita.

4. Jika kita tersenyum kepada orang lain, kita turut merangsang orang lain untuk tersenyum bersama.

5. Senyum dapat menguatkan imuniti badan daripada penyakit.

6. Berupaya mengurangkan stres.

7. Dapat menurunkan tekanan darah.

8. Senyum boleh mengeluarkan ENDORPHIN yang akan membuat kita ceria.

Cute Smile Face Brooch Pin Badge Jewelry Accessory Diy Cartoon ...
9. Menjadikan wajah jadi awet muda.

10. Orang yang sentiasa tersenyum akan nampak lebih berjaya.

11. Senyum membantu kita kekal dalam keadaan positif. Mustahil boleh marah sambil senyum. 

12. Menghindarkan sakit jantung.

13. Cerminan kepada hati yang murni dan kebijaksanaan. 

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan senyuman dalam kehidupan kita.  Marilah kita menambah gula dalam senyuman agar kehidupan kita lebih bermakna dan dapat memberi makna juga kepada kehidupan orang lain.  Maka SENYUMLAH untuk lebih sihat dan ceria!!

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...