Jumaat, 2 Februari 2024

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak masa dihabiskan di pejabat - menyantuni teman-rakan yang memerlukan khidmat-bantu. Memberi khidmat setakat termampu.

Sebaik menyarung jersi pesara, kelaziman berjumpa klien termasuk berkomunikasi secara bersemuka sudah dikurangkan. Hanya sesekali apabila dijemput dan khidmat diperlukan di mana-mana. Selebihnya, setiap hari lebih banyak kerja dilakukan dengan mengadap laptop. Atau mungkin sesekali bermonolog tanpa objektif dan matlamat!
Namun, Alhamdulillah. Rabu 31 Januari 2024 dengan izin Allah, bersempat menyantuni rakan-rakan Kaunselor Pendidikan daripada Negeri Kelantan. Mereka hadir ke SPsK JPN Kedah atas urusan kerja atau dengan kata lain, merealisasikan Program Jaringan Kolaboratif Kepakaran antara dua negeri.



Apa pun, terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Murni Abdul Karim kerana memberi peluang untuk menemui sahabat-sabahat dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Sejujurnya mereka begitu dekat di hatiku ibarat sebuah keluarga. Hampir empat tahun kami bekerja dalam satu pasukan. Hampir seluruh tanah air kami jelajahi bersama sejak zaman PKP sehingga penghujung 2023.
Banyak kenangan yang kami bina bersama. Berbincang, berdebat, berkongsi idea dan pendapat bagi mencari titik persamaan dalam perbezaan pendapat. Terima kasih sahabat Nor Dzarifah, Shukri Shook, M Khairuzzaman Ramli, Raja Maria Raja Ali, dan Siti Norafizah Arizan kerana sudi pula bertandang ke rumah pada sebelah petangnya. Terima kasih juga kepada semua rakan terutama KKPN Kelantan, KPN dan KPD atas kesudian menyantuni seorang pesara yang telah meninggalkan profesionnya beberapa bulan dahulu.
Seribu kemaafan atas segala kekurangan. Salam ukhwah dan kasih berpanjangan. Jemputlah untuk datang lagi apabila berkesempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...