Isnin, 13 September 2021

MENULIS SEBAGAI TERAPI

 Alhamdulillah. Tidak ada patah kata untuk kuucapkan selain syukur dan terima kasih. Inilah buku "Kompilasi Kes Kaunseling Sekolah Jilid 4" yang di dalamnya terselit sebuah tulisan aku. Buku ketiga yang berjaya diterbitkan pada tahun ini selain Suara dan Kuntuman Keampunan.

Meski bukan tulisan solo namun, kelahiran ketiga-tiga buah buku ini menjadi pembakar semangat. Terima kasih kepada sahabat yang bersusah payah mengirimkan buku Kajian Kes ini ke rumah. Awalnya ingatkan buku ini dikirim sahabat Cg. Amalin Teh kerana sebelum ini telah membuat pesanan melaluinya. Rupa-rupanya tekaan tersebut jauh tersasar.
Terima kasih sahabat. Semoga Allah SWT merahmati dan membalas segala kebaikan untukmu.
Untuk pengetahuan semua, buku Kompilasi Kes Kaunseling Sekolah ini terdiri daripada 4 jilid. Merupakan buku yang ditulis oleh sekumpulan guru kaunseling di Negeri Kedah di bawah usahasama MAJLIS GURU KAUNSELING KEDAH (MGK KEDAH) dan Universiti Utara Malaysia.
Buku ini menghimpunkan pelbagai kes melibatkan isu sebenar yang berlaku di sekolah. Digarap dengan baik dalam bentuk penulisan santai dan wajar dimiliki oleh mana-mana GBKSM sebagai panduan mendepani sebarang isu yang berlaku di sekolah.
Jangan ketinggalan bagi GBKSM yang ingin menjadikan buku ini sebagai bahan bacaan atau koleksi peribadi. Selain itu, buku itu turut dapat dijadikan rujukan memandangkan kes ditulis mengikut kronologi dan bersandarkan teori.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...