Baru-baru ini anak saya Farah Izzati (Ting. 2 SMKAK) telah menyertai pertandingan syarahan sempena Majlis Tilawah Al-Quran dan telah menjadi johon Zon 4 juga Daerah Kota Setar tetapi kecundang di peringkat Negeri Kedah Darul Aman. Namun bagi saya kekalahan tersebut merupakan satu titik permulaan bagi Farah Izzati untuk bergerak lebih maju ke hadapan. Berikut saya kongsikan dengan rakan-rakan blog keselurhan syarahan yang telah disampaikan...(Maaf sebab ayat-ayat Al-Quran tidak dapat dimuatkan. ada masalah teknikal yang saya sendiri tidak dapat selesaikan)
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Bismillahirrahmanirrahim..
Kalungan apresiasi buat saudara peneraju agenda, kombinasi kehakiman yang
pintar laksana, saudara penjaga masa yang setia, dif-dif jemputan, para guru
pendidik berwawasan seterusnya teman-rakan segandingan.
Tirai syarahan pada hari ini saya singkap dengan seuntai mauduk bicara
berjudul ”Generasi Berilmu Pemangkin
Transformasi Negara”.
Menurut seorang pendakwah kontemporari, Dr. Danial Zainal Abidin, generasi
berilmu ditakrifkan sebagai kumpulan individu yang berpengetahuan. Pemangkin pula merupakan tonggak. Manakala transformasi negara membawa maksud bentuk
perubahan dan halatuju sesebuah negara.
Maka dapatlah disimpulkan kumpulan individu yang berpengetahuan menjadi
tonggak kepada perubahan dan kejayaan sesebuah negara.
Hadirin yang dihormati, hadirat yang
disayangi,
Wacana Fikrah Pertama; Generasi Berilmu Asas Pembentukan Jati Diri.
Generasi yang bertunjangkan ilmu sudah tentu mempunyai jati diri yang kental. Mereka memiliki status keistimewaan di sisi
Allah dan sanjungan sesama insan. Jaminan ini dirakamkan melalui firman Allah
S.W.T dalam surah al-Mujadilah ayat 11 :
Maksudnya : Allah
mengangkat darjat orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang
yang diberi ilmu
pengetahuan dengan beberapa darjat dan keistimewaan”
Ayat di atas menunjukkan jatidiri atau integriti amat penting namun ia
semakin terhakis terutama dalam kalangan remaja. Pelbagai masalah melibatkan
remaja seperti rempit, ponteng sekolah dan seumpamanya semakin membarah. Mereka
mungkin mendapat pelajaran dan maklumat tetapi gagal memperolehi ilmu yang bermanafaat.
Lihat sahaja betapa kentalnya jati diri Rasulullah – meskipun berhadapan dengan
pelbagai dugaan dalam berdakwah namun integritinya tidak pernah goyah!
Maka jelaslah, generasi berilmu mampu membentuk jati diri yang
berketrampilan.
Wacana Fikrah Kedua: Generasi Berilmu Asas Pemantapan Iman.
Hanya
dengan ilmu, iman seseorang dapat
dimantapkan.
Firman Allah :
Yang bermaksud; “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan
mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji?”(Surah al-Ankabut,
ayat 2).
Ayat di atas menjelaskan bahawa kekuatan iman hanya dapat dibuktikan
setelah diuji dengan pelbagai perkara. Isteri
Fir’aun; Asiah binti Muzahim contohnya, kekuatan iman dan ketinggian ilmunya diuji
sehingga dibunuh oleh suaminya sendiri.
Namun Asiah menggadai imannya tidak sesekali!
Dewasa ini berapa ramai yang sanggup menjadi seperti Asiah? Malahan kita sering
dikejutkan dengan kelemahan iman umat Islam. Ingatkah sidang dewan dengan kes
Ariff Alfian Rosli, yang mengahwini kaum sejenisnya sendiri?
Konklusinya, hanya ilmu menjadi asas
kemantapan iman seseorang.
Hadirin hadirat pewaris dunia,
Wacana Fikrah Ketiga: Generasi
Berilmu Teras Sahsiah Umat Penggerak
Transformasi Negara
Generasi yang
dipupuk dengan ilmu pengetahuan tinggi akan melahirkan generasi bersahsiah
terpuji sehingga berupaya menjadi penggerak transformasi negara. Ini amat
bersesuaian dengan Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 43 :
Maksudnya: ”Maka bertanyalah kepada orang-orang yang berilmu-pengetahuan
jika kamu tidak mengetahui”.
Ayat di atas
menjelaskan betapa masyarakat yang berilmu mampu berubah kepada kehidupan yang
lebih baik.
Kita lihat betapa terpujinya sahsiah seorang wanita di zaman
Khalifah Omar Al-Khatab yang tidak mencampurkan susu dengan air meskipun
diperintah oleh ibunya berulang kali. Atau
seperti Datuk Jamhuri (Harian Metro 16 Mac 2012) – menawarkan kerja, rumah dan
kereta untuk membantu seorang manusia?
Maka jelaslah, bahawa generasi mempunyai ilmu teras sahsiah
terpuji akan menjadi umat penggerak transformasi negara.
Wacana Fikrah Keempat; Generasi
Berilmu Melahirkan Masyarakat Berwawasan Dan Berdaya Saing
Firman Allah
dalam surah Ali Imran ayat : 110
Yang bermaksud : “Kamu adalah umat yang terbaik yang
dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang
mungkar, dan beriman kepada Allah”
Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa umat Islam adalah umat yg terbaik,
berwawasan, berdaya saing dan mampu mendepani cabaran berteraskan keimanan
kepada Allah.
Sebenarnya sifat berwawasan dan berdaya saing ini dapat dilihat pada Tokoh
Ulama Terulung Al-Biruni yang mengorbankan
tenaga, harta dan masa untuk mengkaji
ilmu putaran bumi 600 tahun lebih dahulu daripada Galileo dan 700 tahun sebelum
Newton.
Hari ini….mampukah kita, orang Islam
menjadi masyarakat yang berwawasan dan berdaya saing, mendahului bangsa-bangsa
lain? Atau sekurang-kurangnya menjadi seperti Tan Sri Syed Mokhtar seorang
jutawan dan dermawan terbilang?
Justeru, bangunlah wahai generasi berwawasan cekalkan hati pandang ke
hadapan demi kepentingan negara kita.
Sidang dewan sekalian,
Wacana Fikrah
Kelima : Generasi Berilmu Tonggak Perpaduan Ummah
Tanpa perpaduan dan keharmonian berteraskan ilmu
dan kefahaman akan hancurlah negara.
Firman Allah
dalam surah Ali Imran ayat 10
Maksudnya : ”Dan
berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah”
Berdasarkan ayat ini, Allah memerintahkan kita supaya sentiasa berpegang kepada
tali Allah (maksudnya berilmu dan mengamalkan ilmunya) dan tidak berpecah belah.
Contoh yang jelas ialah tegaknya Negara Islam Madinah
dibawah pimpinan Rasulullah S.A.W kerana perpaduan serta persaudaraan muhajirin
dan ansar, yang bersatu di bawah agama Islam hingga membawa kepada kesejahteraan.
Manakala, sambutan rumah terbuka
aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali yang dijalankan setiap tahun menjadi
agenda dalam memupuk perpaduan ummah.
Konklusinya , generasi berilmu adalah
aset utama dalam membentuk perpaduan ummah
.
Wacana Fikrah Keenam : Generasi
Berilmu Pemantapan Keupayaan Kepimpinan.
Menjadi seorang pemimpin disenangi dan disegani memerlukan
ilmu. Firman Allah dalam Surah Syura ayat 38 :
Maksudnya: Dan orang-orang yang
menyambut perintah Tuhan mereka serta mendirikan solat dan urusan mereka
dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka.
Ayat di atas
menjelaskan kepentingan ilmu dalam kepimpinan serta memenangi hati orang yang
dipimpin.
Sejarah memaparkan kekaguman
Richard The Lion Heart - pemimpin kristian terhadap Sultan Salehuddin al-Ayyubi
yang berjaya mengambil kembali al-Aqsa dari penguasaan Kristian melalui
beberapa siri perang salib kerana akhlak serta pegangan ilmu agamanya yang
terpuji.
Siapa yang tidak kenal dengan Tan Sri Musa Hassan
– bekas Ketua Polis Negara dan Dato’ Jalaluddin Hassan – pelakon terkenal?
Mereka, anak kepada Tan Sri Hassan Azhari seorang pemimpin keluarga yang berpengetahuan tinggi. Mendidik
22 orang anaknya sehingga semuanya berjaya, dan akhirnya beliau dinobatkan
sebagai Tokoh Maal Hijrah 2002.
Natijahnya, generasi yang berilmu teras kepada
pemantapan kepimpinan.
Wacana Fikrah Ketujuh : Generasi Berilmu Menjadikan Al-Quran Dan Hadis Sebagai
Panduan Hidup
Generasi berilmu sudah tentu berada pada landasan hidup yang
sebenarnya bertepatan dengan sabda
Rasulullah s.a.w :
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Sekiranya kamu
berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab
Allah (al-Quran) dan sunahku.” (Riwayat Imam Malik)
Hadis di atas menjelaskan orang yang berpegang
dengan Al-quran dan Hadis , tidak akan sesat dan selamat dunia dan akhirat.
Mengimbau kembali kisah keluarga Yassir yang sanggup menanggung penderaan
semata-mata mempertahankan aqidah mereka. Malangnya pada hari ini kes murtad, ajaran
sesat Ayah Pin dan Black Metal umpamanya menghiasi media akibat daripada
kerapuhan tunjang aqidah.
Oleh itu jelaslah di sini, generasi yang menjadikan Al Quran dan Hadis
sebagai panduan hidup sememangnya dapat membentuk ummah gemilang.
Para hadirin yang terhormat,
Akhir kalam dapatlah saya simpulkan bahawa :
Tamadun Islam berkembang dengan kehebatan ilmu sehingga mampu menyumbang kecemerlangan
luarbiasa kerana 7 fikrah yang saya telah nyatakan tadi. Iaitu
Generasi Berilmu Asas Pembentukan Jati Diri; Pemantapan Iman, Teras
Sahsiah Umat Penggerak Transformasi Negara, Melahirkan Masyarakat Berwawasan
Dan Berdaya Saing, Tonggak Perpaduan Ummah, Pemantapan Keupayaan Kepimpinan Dan
Menjadikan Al-Quran Dan Hadis Sebagai Panduan.
Buat ikhtitam kalam, mari hayati bersama pantun ini:
Tanda berguru
menjaga santun,
Segak bersampin
di teratak bitara;
Generasi berilmu
paksi tamadun,
Teras pemangkin
transformasi negara.
Sekian. Wassalamulaikum wbt.
great!!!!!!!!
BalasPadamnak copy boleh?
BalasPadamSilakan
PadamThanks for the ideas ... Bole copy sikit ?
BalasPadamterima kasih , amat berguna utk saya :)
BalasPadamboleh copy?...:)
BalasPadamassalamualaikum..mohon keizinan utk copy..
BalasPadamassalamualaikum..mohon keizinan utk copyy..
BalasPadamassalamualaikum..mohon izin copy
BalasPadamassalamualaikum, mohon izin utk copy ye :)
BalasPadamassalamualaikum...isi yg sgt baik...mohon share ye...tq
BalasPadamAssalamualaikum..mohon copy ye...tq...
BalasPadamAssalammualaikum puan , izinkan saya mengambil beberapa idea ini untuk dijadikan panduan dalam pertandingan pidato PPIM yg akan berlangsung minggu depan . Mohon diperkenankan :)
BalasPadamSlm...great....Mohon share ye...tq..
BalasPadamsaya copy ya !
BalasPadamAssalamualaikum w.b.t...Terima kasih utk info yg sgt berguna ini...Izinkn saya utk menjadikn teks syarahan ini sebagai pnduan utk saya menyiapkn kerja rumah saya :)
BalasPadamAssalmmualaikum syrahan y cntik mohon copy bole nk bwk ke acara syarahan pelajar sek rendah agma peringkat daerah
BalasPadamAssalamualaikum, mohon keizinan untuk dijadikan bahan rujukan utk syarahan sekolah. terima kasih. semoga ALLAH merahmati mu ^_^
BalasPadamassalamualaikum , sy mohon keizinan untuk copy teks syarahan diatas .
BalasPadamAssalamualaikum, saya mohan keizinan untuk copy teks di atas...
BalasPadamAssalamualaikum , saya mohon keizinan untuk copy
BalasPadamSaya mohon keizinan untuk copy
BalasPadamAssalamualaikum puan. Saya Noor Ain Mohamed. Mohon keizinan untuk merujuk teks di atas.
BalasPadamAssalamualaikum. Mohon keizinan untuk merujuk teks di atas.
BalasPadam