Catatan

DAIRI SEORANG PESARA 2

Imej
DAIRI SEORANG PESARA 2 Usai solat Maghrib dengan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, kami ke Gemilang Kitchen untuk menikmati makan malam.  Kebetulan lokasinya  tidak jauh dari rumah.  Lebih kurang lima minit perjalanan.  Kami jarang ke sini.  Maksudnya restoran ini bukanlah 'port' yang menjadi pilihan kami sekeluarga.   Sementara menunggu menu yang dipesan sampai, mata galak melihat sekeliling.  Beberapa buah meja di hadapan kami penuh diduduki keluarga yang baru sampai.  Pekerja Gemilang Kicthen kelihatan sibuk menarik meja untuk digabungkan.  Bilangan mereka agak ramai, melebihi sepuluh orang.  Kebanyakannya seusia aku dan suami.  Dari raut wajah, hanya dua orang sahaja kelihatan berusia seawal remaja. Selain mereka, ada juga beberapa kumpulan keluarga lain bersama-sama ibu bapa dan anak-anak kecil.  Sambil memesan makanan, aku melihat mereka asyik berbual dan bercerita.  Mungkin ini merupakan aktiviti kelua...

DAIRI SEORANG PESARA 1

Imej
Dairi Pesara 1 Hari ini Isnin, 11 Dis. 2023. Bererti sudah 41 hari bergelar pesara.  Meninggalkan tugas-tugas rasmi sebagai seorang penjawat awam.  Meninggalkan segala kesibukan yang dulunya membelenggu diri sama ada secara sedar atau sebaliknya.   Sejarah perkhidmatan bermula pada 3 Jan. 1989 di SK Bukit Bintang 1.  Itu pun bukanlah lama.  Hanya kurang dua minggu sebelum ditempatkan semula di SK Jalan Batu, Kuala Lumpur.  Di sini segalanya bermula.  Belajar menyantuni kanak-kanak istimewa bersama rakan-rakan guru yang baru tamat latihan perguruan asas.  Seronok tetapi agak mencabar dengan semangat guru baru habis bergraduat. Cuma, aku tidak lama di situ.  Sebaik berkahwin, aku mengikut suami ke utara tanah air.  Di sinilah aku menabur bakti sebagai guru bermula 1 Mac 1990 hingga ke noktah terakhir sebagai penjawat awam - 31 Okt. 2023!  Berpencen pilihan setelah berkhidmat selama 34 tahun 10 bulan bersamaan 418 bulan. Selain du...

Tb : Sabtu - 14 Oktober 2023 SMK Tun Sharifah Rodziah

Imej
Menerima mesej ketika dalam perjalanan ke Langkawi tanggal 25 September 2023. Puas berfikir patut atau tidak namun, terasa tidak sampai hati untuk menolak. Tambahan masa diperuntukkan cuma dua jam. Lama berfikir akhirnya lamaran itu diterima juga. Bukan satu tugas yang mudah. Meski hanya dua jam, beberapa persiapan perlu dibuat. Alhamdulillah, akhirnya di Digital Library Kedah buat pertama kali aku bertemu muka dengan hampir 60 orang guru dan AKP SMK Tun Sharifah Rodziah. Terima kasih Cikgu Liyana Izzati SULDP yang sudi menjemput aku menyantuni guru-guru hebat ini. Terima kasih Puan Pengetua, Puan Sariza Md Salleh serta barisan pentadbir kerana sudi bersama-sama menyertai pelbagai aktiviti - bukti kebersamaan cikgu dengan seluruh anak buah di sekolah. Hebat dan tahniah. Terima kasih dan tahniah buat semua guru dan staf SMK Tun Sharifah Rodziah. Kalian merupakan aset yang berharga berdasarkan kekuatan dan potensi yang kalian ada. Teruslah berganding bahu membina kecemerlangan ana...

LDP : SK PENDIDIKAN KHAS ALOR SETAR (TB : 28 OKT. 2023)

Imej
Aku menerima undangan mengisi slot LDP di SK Pendidikan Khas Alor Setar, Sabtu 28 Okt. 2023 melalui panggilan telefon tengahari kelmarin.  Awalnya ingin menolak kerana pada hari yang sama terdapat banyak undangan perkahwinan dari rakan dan sahabat.  Namun, permintaan KPN JPN Kedah, En. Mohamad Nasir rasanya tidak upaya ditolak.  Kebetulalan aku tahu, jadual beliau  sepanjang minggu ini sehingga minggu hadapan amat padat.  Rasanya tidak wajar untuk aku menolak tambahan  aku tidak mempunyai sebarang urusan dalam tempoh 3 hari sebelum meninggalkan perkhidmatanku sebagai penjawat awam. Aku dan anakku Farah tiba di perkarangan dewan sekolah 15 minit sebelum slot untuk aku bermula.  Kami  menjenguk ke ruang dewan, kesemua guru dan staf sedang asyik mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan pertama.  Aku dan anakku kemudiannya diminta menunggu di bilik tetamu sementara menunggu slot pertama selesai. 15 minit telah berlalu.  Ba...

MUNAJATKU NAN SATU

Imej
Terkadang aku sendiri tidak mengerti hatiku dalam diam ada rembesan air mata gugur tanpa sedar dan esakan itu semakin sukar dikawal meski tangan menyeka perlahan namun titisannya mengalir tanpa bisa ditahan. Sungguh kadangkala aku masih tidak memahami diriku dalam marah masih ada gumpalan rindu sakitnya terasa menikam hatiku berdarah luka meski ramuan kuminum saban hari parutnya terasa sukar kering menyembuh. Terkadang tidak kufahami mengapa aku masih terus membilang hari-hari datang dan pergi mengimbau berkali-kali saat  hadirnya semua itu hingga dadaku sesak dan nafasku bagaikan terhenti mampukah nanti kuhirup  wanginya sebuah memori dulunya mengajar aku erti kehidupan menyegarkan malamku dalam kepenatan memanaskan siangku penuh kebahagiaan. Terkadang aku masih terus mencari diri dalam resah juraian air mata tanpa mampu kukesat  lalu kebimbanganku tidak mampu kunoktahkan tiba-tiba kerana hadirmu dulu adalah nafas kasihku yang tidak mungkin kupadam meski beredarnya waktu...

ANDAI WAKTU ITU MAMPU KUPUTAR

Imej
Andai aku mampu putarkan waktu Ingin sekali aku kembali menyusuri liku kehidupan dulu Mesti tidak mewah namun indah Meski tidak sempurna namun bahagia. Aku tidak mampu lagi Allah melalui onak berduri tajam sakitnya bukan hanya melukai kaki tetapi hatiku juga berdarah dan bernanah. Jika aku mampu putarkan waktu izinkan aku membetulkan semula segalanya akukah yang tersadung akar hingga tersasar atau dilambung gelombang ombak besar lalu Kau pimpinlah aku kembali  menuju jalanMu yang benar.  Aku sudah cukup lelah Allah menyapu derai air mata yang semakin kontang memujuk hati dengan debaran dada melanda tanpa diundang mengesat darah dari luka yang berulang-ulang Namun aku tidak akan terus mengalah membiarkan kesakitanku semakin parah.

KEKASIHKU YANG PERGI

Imej
Kuingin sekali menggenggam tanganmu  meniti hari-hari datang dan pergi meredah onak tanpa resah menuruni lurah ranjau tanpa gundah kerana kau sentiasa ada; sentiasa setia. Kuingin sekali mendakap erat tubuhmu bercerita tentang malam dan bintang menghitung titis-titis hujan jauh di dada bumi lalu coretkan di kanvas putih kehidupan nyanyian kerinduan dan kehilangan. Kuingin sekali mendengar suaramu menyeru namaku dalam doamu penuh syahdu tika air matamu berjuraian membasahi pipi kusedar betapa tinggi kasihmu untukku kekasih terlalu kudus untukku sangsikan terlalu ikhlas untukku nafikan mana mungkin kutemui pengganti nan satu tidak sama seribu yang kunjung datang. Alor Setar. 24 Januari 2023