Catatan

PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG - BERSAMA MENGIMARAHKAN RAMADHAN

Imej
 Alhamdulullah, berakhirlah sudah Program Sekolah Penyayang - Bersama Mengimarahkan Ramadhan.  Suatu program mengumpul barang-barang kering untuk disumbangkan kepada warga SMKSB yang berkelayakan untuk menerimanya.  Terima kasih kepada semua penyumbang, guru-guru dan seluruh masyarakat yang terlibat.  Terima kasih waris yang menghulurkan pelbagai bentuk barangan kering.  Kemudian disusuli sumbangan besar daripada Buraqoil bersama Pengarah Urusan En. Mohd. Khilmi dan duta produk En. Aziz Desa kerana sudi datang.  Terima kasih kepada En. Nurun Ihsan bin Abdullah dari JPN Kedah yang turut serta memeriahkan majlis.  Bangga sungguh dengan kehadiran tuan-puan untuk datang.  Barisan anak-anak yang dipilih menerima sumbangan termasuk duit raya RM50 seorang.  Alhamduillah.  Barisan pengurusan tertinggi SMKSB.  Bangga atas kerjasama dan keperihatinan semua. Inilah gambaran barisan waris yang hadir.  Anda heba...

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS FASA 2

Merancang untuk mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas dan PRS Fasa 2 itu sebenarnya sudah lama.   Kebetulan kesemua perancangan tersebut sebenarnya juga telah dicatat dalam Perancangan Strategik Tahunan.   Namun penolakan saat akhir Kem Tentera menyebabkan banyak kekalutan timbul.    Sebagai seorang yang telah menerima amanah, terpaksalah pula aku mencari alternative lain untuk menjadikan setiap yang telah dirancang menjadi sebuah reality.   Sayangnya, setelah tempat ditempah dan segala persiapan dibuat, timbul pula cerita lain gara-gara seorang waris yang tidak mahu anaknya turut serta.   Semuanya lantaran terlalu sayang barangkali. Sukar sebenarnya untuk membatalkan semua perancangan apabila kem, bas dan penceramah telah ditempah.   Terpaksanlah juga menahan telinga dan memejamkan mata menerima komplen dari pelbagai pihak termasuk kawan-kawan dan rakan-rakan.   Masih boleh bersabar dan program tetap dapat dilaksanakan dalam masa yang cu...

Kekakangan Atau Kekalutan

Imej
Ikrar Pelajar - Perhimpunan Kaunseling Bulan Mei   Taklimat Pn. Pengetua Untuk Program Merealisasikan ETR PMR 2013 Situasi Bilik Bimbingan dan Kaunseling Saya Bersama Pn. Pengetua - Program Merealisikan ETR Tingkatan 3 Beberapa kali sebenarnya saya cuba menulis dalam laman blog ini selepas memuat turun gambar sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei yang lalu.  Namun, saya sendiri kurang pasti mengapa kadang-kala usaha untuk mencoretkan beberapa idea menjadi begitu hambar dan ternyata tidak menyenangkan.  Barangkali kerana kekakangan demi kekakangan menjadikan saya begitu 'malas' untuk mencungkil idea walaupun ada ketikanya saya merasakan idea di minda saya begitu sarat dan padat. Ada ketikanya, situasi di sekolah, yang saban masa menghambat dengan pelbagai aktiviti dan program, kemudian ditambah aktiviti-aktiviti  peringkat daerh dan negeri menjadikan siang dan malam saya tidak dapat diisi dengan keinginan menulis yang tinggi.  Begitulah seb...

Catatan Kerinduan Di Hari Guru

Imej
Hari Guru - 16 Mei 2013  Aktiviti Sukaneka dan Sebelum Perarakan Masuk ke Dewan SMKSB.   Selamat Hari Guru semua guru semoga Allah SWT memberi ganjaran buat semua yang bergelar guru.

Usaha Yang Jitu

Imej
Orang yang berusaha akan melakukan apa sahaja untuk mencapai apa yang dihajati. Jangan biarkan diri anda dikuasai rasa bosan, malas dan jemu.   Untuk melawan perasaan negatif ini, anda perlu: 1. Biasakan diri melakukan sesuatu sehingga selesai, sebelum berhenti. Contohnya, jika anda perlu menyiapkan kerja rumah dengan menjawab 20 soalan matematik, cuba habiskan kesemua soalan itu dalam satu masa dan elakkan membuat latihan tersebut secara berperingkat-peringkat. Ini akan menyebabkan kerja anda tertangguh dan tumpuan juga terjejas. Anda akan dihinggapi penyakit malas. 2. Hadkan masa yang cukup untuk menyiapkan sesuatu kerja. Ini bermaksud, anda perlu memberikan ruang masa yang sesuai dan berpadanan dengan bebanan kerja yang dilakukan. Seperti contoh di atas , jika anda dikehendaki menjawab 20 soalan matematik, cuba tetapkan masa yang bersesuaian dengan usaha yang perlu diberikan bagi menyelesaikan latihan tersebut. Ikutlah arahan soalan dan minta nasihat daripada guru/p...

MENANGANI GANGGUAN EMOSI REMAJA

Perubahan fizikal, emosi dan sosial pada zaman remaja boleh memberi kesan terhadap kesihatan mental. Golongan ini sering menghadapi pelbagai masalah yang membebankan diri mereka seperti keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri. Malah, mereka juga sering disalahertikan dan dipersalahkan. Selain itu, mereka juga merasa diri dilayan secara tidak adil, kesunyian, sukar memahami emosi dan sukar membuat keputusan. Bagaimanapun, kesemua masalah ini boleh ditangani dengan baik. Sebaik-baiknya, remaja dinasihatkan supaya menjalin hubungan baik dengan ibu bapa dan membina hubungan mesra dengan orang lain. Secara tidak langsung, keadaan ini boleh mengurangkan masalah dan tekanan mental yang dihadapi mereka. Berikut merupakan beberapa kaedah atau alternatif terbaik untuk menjalinkan hubungan yang rapat   antara remaja dengan ibu bapa a. Menghormati dan sedia menerima tunjuk ajar dan teguran mereka. b. Membincangkan masalah dengan mereka. c. Meluahkan perasaan dan pendap...

TULISAN DAN PERSONALITI

Pernahkah kita meneliti tulisan rakan-rakan kita?   Jika kita perhatikan, setiap di antara rakan-rakan kita mempunyai pelbagai bentuk tulisan yang berbeza antara satu sama lain.   Ada yang menulis tegak, condong, bersambung-sambung, bulat-bulat dan sebagainya.   Tulisan setiap orang adalah berbeza-beza meskipun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain.   Menurut beberapa kajian yang telah dijalankan didapati melalui tulisan   kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Walau bagaimanapun,   tulisan tersebut mestilah ditulis dalam keadaan tenang dan bukan dalam keadaan tergesa-gesa kerana ini tidak membantu kita mengenali individu tersebut.   Tulisan Berubah-Ubah - Orang mempunyai tulisan berubah-ubah bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personality diri serta bersikap individual.   Lebih mudah berubah fikiran dan keputusan mereka boleh dipengaruhi orang lain.   Bagi orang yang tidak berubah ben...