Selasa, 18 Jun 2013

Kekakangan Atau Kekalutan

Ikrar Pelajar - Perhimpunan Kaunseling Bulan Mei
 

Taklimat Pn. Pengetua Untuk Program Merealisasikan ETR PMR 2013

Situasi Bilik Bimbingan dan Kaunseling Saya

Bersama Pn. Pengetua - Program Merealisikan ETR Tingkatan 3
Beberapa kali sebenarnya saya cuba menulis dalam laman blog ini selepas memuat turun gambar sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei yang lalu.  Namun, saya sendiri kurang pasti mengapa kadang-kala usaha untuk mencoretkan beberapa idea menjadi begitu hambar dan ternyata tidak menyenangkan.  Barangkali kerana kekakangan demi kekakangan menjadikan saya begitu 'malas' untuk mencungkil idea walaupun ada ketikanya saya merasakan idea di minda saya begitu sarat dan padat.
Ada ketikanya, situasi di sekolah, yang saban masa menghambat dengan pelbagai aktiviti dan program, kemudian ditambah aktiviti-aktiviti  peringkat daerh dan negeri menjadikan siang dan malam saya tidak dapat diisi dengan keinginan menulis yang tinggi.  Begitulah sebenarnya rutin sebuah kehidupan yang senantiasa menghimpit kita untuk belajar menjadi bijak mengawal situasi.  Pun banyak ketikanya kita tidak berupaya pula menjadikan situasi itu sebagai pemangkin menggerakkan motivasi agar bergerak lebih laju lagi....

1 ulasan:

  1. Salam CG Jah, terima kasih yang tidak terhingga ats semua usaha yang tidak pernah kenal jemu atau penat, Semoga pelajar kita dapat menyahut seruan kita dan berjaya dengan cemerlan

    BalasPadam

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...