Catatan

SELAMAT MENGERJAKAN UMRAH SAHABATKU

Sebaik habis menamatkan pengajian, amat jarang kami bertemu. Hanya sesekali sahaja kami berhubung melalui telefon. Itu pun bercakap hanya seminit dua. Atau apabila menemui jalan buntu dalam mana-mana masalah kerja. Kami sesekali berhubung atau ber'sms' bertanya khabar. Sesekali apabila duduk merenung kenangan silam, terasa begitu indahnya nostalgia. Masa mengharung kemelut sebagai mahasiswa - dengan pelbagai tanggungjawab lain yang turut membebani diri - ibu, anak, isteri, adik, rakan malah pelajar terus digalas ketika diri begitu nekad menggenggam segulung ijazah. Masa itu segalanya bukan masalah besar. Malah persahabatan kami terus berjalan seiring dengan cita-cita untuk menuju puncak. Sebenarnya kumpulan kami terdiri daripada 5 orang - tiga perempuan dan dua lelaki. Kami akan sama-sama ke kampus dengan menaiki sebuah kereta. Persahabatan kami amat akrab. Katalah apa sahaja, tiada yang dapat menggugat persahabatan tersebut yang terbina dengan 'aura'nya yang...

SAYA, STRESS DAN MATA

Imej
Sudah lebih dua minggu sebenarnya saya berada dalam keadaan yang kurang memberangsangkan. Dengan rasa kurang selesa serta badan-badan berasa kurang selesa – sakit dan lenguh. Selebihnya sendi-sendi saya turut berasa tidak berdaya. Dan yang paling menyukarkan adalah kepala saya – sakitnya berhari-hari sehingga mengganggu segala aktiviti dan keterbatasan diri. Saya berasa cukup terbatas, terutama dalam gerak-geri. Banyaklah masa saya hanya memerapkan diri. Apabila berlama-lama di hadapan computer, pening saya mengambil masa yang cukup lama untuk baik semula. Atau ketika saya menulis terlalu banyak menggunakan pena, mata saya pula terasa begitu penat dan letih. Yang keletihannya merayap pula ke tulang-tulang belikat dan ke tengkuk. Yang menjadikan urat-urat tengkuk saya tegang dan terasa payah pula untuk dipaling ke kiri dan kanan. Kesukaran ini sebenarnya cukup mengganggu konsentrasi saya. Malah menjadikan momentum saya sedikit tercalar. Hinggakan bangun pagi say...

Teks Ucapan Perhimpunan Mingguan

Imej
Bagi yang memerlukan, ini adalah teks ucapan dalam suatu perhimpunan mingguan pada tahun 2011. Jika boleh digunapakai untuk memudahkan urusan guru-guru bertugas bolehlah berkongsi jika suka. Para pelajar yang dikasihi, Hari ini 4 S eptember 2011 bersamaan dengan 6 Syawal. Saya tahu rata-rata pelajar dan guru masih dalam ‘mood’ raya – justeru saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin. Namun, dalam kemeriahan kita berhari raya, setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Begitu juga semua pelajar yang berada di hadapan saya pada hari ini. Memandangkan peperiksaan PMR juga semakin hampir maka sudah sewajarnya kita lebih cenderung merasa risau untuk berhadapan den gan PMR berbanding berhadapan dengan kemeriahan menyambut Aidil Fitri ini. Jadi pada kesempatan ini saya suka untuk berkongsi idea dan maklumat berkaitan dengan Persediaan Menghadapi PMR 2011. Sekuarang-kurangnya para pelajar dapat me...

FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR

Sebagai seorang guru kadang-kadang kita hairan mengapa pencapaian akademik para pelajar kita ada yang semakin merosot. Atau barangkali ketika bersendirian kita terfikir mengapa pencapaian akademik pelajar terutama pelajar lelaki semakin merosot hari demi hari. Berikut saya senaraikan beberapa faktor yang menjadi penyebab kepada kemosotan pencapaian akademik para pelajar setelah dibuat beberapa penelitian secara teliti. Masalah Peribadi Pelajar · Kurang Motivasi Diri · Sikap Malas, Ambil mudah, tidak kisah · Keyakinan diri rendah · Pergantungan · Malu bertanya · Kurang disiplin Masalah Keluarga Pelajar · Ibu bapa tidak ambil tahu/berat · Kepincangan keluarga · Masalah ekonomi dan kemiskinan · Kesibukan bekerja · Beri kebebasan tiada kawalan · Bilangan adik-beradik (anak) ramai Masalah Bersama Rakan-Rakan · Melepak · Internet · Ponteng · Me...

PERISTIWA 2 : PAGI INI - BINA INSAN

Sebaik sahaja klien saya yang pertama meninggalkan saya dengan wajahnya yang cukup ceria dan setelah saya memberi beberapa pandangan (bukan sesi kaunseling lagi sebenarnya), telefon saya pula tiba-tiba berdering. Tertera satu nombor yang tidak biasa pula saya lihat sebelumnya. Tanpa melengahkan masa, saya menjawab panggilan tersebut. Mungkin ada yang mustahak fikir saya. Belum pula sempat saya memberi salam, si pemanggil cepat-cepat memperkenalkan dirinya. Saya segera mencapai buku catatan dan menulis butiran yang disuarakannya. Setelah berbual kurang lebih 2 minit, saya segera mengetahui bahawa si pemanggil adalah ibu kepada klien saya. Yang juga saya kendalikan kesnya sejak 2 tahun lalu. Banyak yang kami bualkan pasal anaknya. Perbualan dalam telefon itu berkisar agak lama. Barangkali lebih 30 minit. Hinggakan telinga saya terasa tidak berupaya 'menadah' sebegitu lama. Cuma apa yang ingin saya kongsikan adalah kegembiraan si ibu dengan program-program bina insan yan...

PERISTIWA 1 ; PAGI INI

S aya baru sahaja masuk ke Bilik Kaunseling pagi ini. Baru lepas membuka kipas dan juga komputer. Belum pun sempat duduk lagi. Ketika itulah seorang pelajar tiba-tiba masuk ke bilik saya. " Cikgu, saya nak bagi tahu cikgu ni. Mak saya dah okey sekarang ni. Saya dah tahu kenapa mak saya selalu pukul saya dulu", katanya. Saya merenung wajahnya lama. Lambat benarlah punya otak saya ingin 'memanggil' semula memori tentang pelajar ini. "Cuba awak duduk dulu. Cerita perlahan-lahan." kata saya cuba memancing pelajar itu selain mengimbau 'siapa' dia dalam keadaan sebegini. Sebenarnya saya sedikit kaget. Yalah, pagi-pagi didatangi pelajar, tanpa salam terus menghamburkan kata-kata dengan wajahnya yang cukup setia. Pelajar tersebut duduk di kerusi di hadapan saya. Saya turut duduk bersama. Setelah memori saya berjaya menangkap siapa dia, mudah saya berbual dan berinteraksi dengan pelajar ini. Sebenarnya lebih setahun saya mengendalikan kes pelaja...

HIDUP KEMBALI BERDUA APABILA CUTI BERAKHIR

Imej
Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik, pejam celik cuti sekolah selama 2 minggu sudah pun berakhir. Sesi persekolahan bagi semester kedua 2012 sebenarnya sudah pun bermula seama seminggu. Cepat sungguh. Sebaik sahaja selesai mengikuti kursus Penataraan Psikometrik di Regency Hotel, saya dan sekeluarga terus bergerak ke Kuala Lumpur. Memandangkan kekangan masa, Farhana terpaksa pulang sendirian ke MMU bagi meneruskan perjuangan dan mendaftar diri untuk mengikuti kursus Ijazah Pertama dalam bidang perakaunan. Saya dan keluarga menyusul 3 hari selepas itu untuk menyelesaikan semua perkara yang berkaitan termasuk menghantar barang. Perancangan awal, Mawardi akan turut serta terpaksa juga dirombak saat-saat akhir memandangkan ketika itu kuliah Mawardi sudahpun bermula. Semuanya gara-gara saya perlu menghadiri taklimat dan kursus berkaitan psikometrik pada tarikh yang sama 3 Jun 2012. Sebenarnya perjalanan ke Kuala Lumpur kali ini memenatkan sungguh. Singgah di Kuala Kangsar sempa...