Catatan

AMALAN PEMAKANAN IKUT SUNNAH NABI!!!

1. JENIS MAKANAN Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan. Jangan makan SUSU bersama DAGING Jangan makan DAGING bersama IKAN Jangan makan IKAN bersama SUSUJangan makan AYAM bersama SUSU Jangan makan IKAN bersama TELUR Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD Jangan makan SUSU bersama CUKA Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL 2. CARA MAKAN A. JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYAMAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BA...

RINDU KASIH BONDA

Ramadhan sudah berlalu 9 hari. Tika Ramadahan begini ingatan pada arwah bonda dan ayahanda begitu membuak. Keenakan air tangan bonda mengundang rasa rindu yang tidak berpenghujung. Bangun dini pagi menyediakan makanan sahur mendekatkan lagi nostalgia bersama bonda dan ayahanda. Bagaimana kasih itu biasa dilunturkan kerana kasih mereka kepada aku tidak pernah ada titik sempadannya. Melayari internet dan menjumpai laman sesawang mengaitkan kasih bonda dan ayahanda bagai menyiat jantung hatiku. Maafkan aku ayahanda dan bonda kerana begitu banyak salahku pada kalian berdua. Kini, kusedar bahawa kalian adalah titian kasih yang sentiasa bersedia memberi dan menerima aku seadanya. Maha Besar Allah, moga kalian ditempatkan bersama-sama golongan yang bertaqwa. Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul) Bila dahaga, yang susukan aku....mak Bila lapar, yang suapkan aku....mak Bila keseorangan, y...

GURU JUTAWAN AKHIRAT

Menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan sehari di Dewan SMK Sultanah Bahiyah pada kali ini memberi satu kepuasan dalam diri. Sebenarnya aku memang kurang berminat menghadiri majlis-majlis berbentuk bual bicara yang menghubungkaitkan tentang buku. Memang aku kurang berminat dengan bicara buku mengikut sudut pandangan penulis sendiri kerana aku berpendapat setiap orang mempunyai sudut pandangan yang berbeza terhadap bahan yang dibaca. Itu pandanganku sebelum mengikuti kupasan idea oleh Tuan Haji Shopuan Anuar Haji Ahmad dari Unit Dakwah Sektor Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Seusai program sehari yang dihadiri hampir 200 orang peserta dari lima (5) buah sekolah berhampiran, aku merasai satu kepuasan. Secara ikhlasnya kupasan Tn. Haji Shopuan bukan menjurus kepada buku tulisannya “Guru Jutawan Akhirat”. Itu fahamanku. Tetapi lebih kepada bagaimana seorang guru boleh melangkah dalam ruang yang cukup luas dan terbuka kepada seorang jutawan ketika di akhirat ...

Membina Kekebalan Remaja

Dua faktor menyebabkan kecelaruan dalam kalangan remaja. 1. Proses Pendidikan 2. Sumber Pengaruh Di Sekitar Remaja Proses Pendidikan · Perlu bermula sejak lahir hingga akil baligh. · Didekati dengan ilmu dan ketrampilan watak keibubapaan · Penekanan terhadap adab, kesantunan, teladan, budi bahasa serta amalan agama. · Menggunakan pendekatan ilmu yang bersifat sepadu. · Penekanan kepada ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem. · Kecelaruan tidak timbul jika wujud integrasi antara dua ilmu di atas. Sumber Pengaruh Di Sekitar Remaja · Perlu ada keserasian antara yang diajar di rumah dan di sekolah dengan masyarakat. · Pengaruh sekitar, sistem dan pendekatan pembangunan selari dengan cita-cita keluarga dan pendidik. · Wujud ransangan negatif dari program media cetak dan elektronik. · Menyuburkan diri remaja untuk berhadapan dengan cabaran yang semakin kompleks. Bagaimana Membina Kekebalan Remaja · Remaja diberi input atau pengisian yang serasi dengan perkembangan kognitif, efektif...

Kepentingan Remaja Dalam Pembangunan Negara

Sebelum berbicara secara panjang lebar isu pada kali ini, eloklah terlebih dahulu kita meneliti perkataan remaja itu sendiri. Para ahli pendidikan bersependapat bahwa remaja adalah mereka yang berusia di antara 13-18 tahun. Pada usia tersebut, seseorang itu sudah melampaui masa kanak-kanak, namun masih belum cukup matang untuk dapat dikatakan dewasa. Ia berada pada masa transisi. Ketika memasuki alam remaja, ramai yang tercari-cari identiti diri. Sehingga ada yang tidak dapat memilih dengan baik, menilai dengan mata. Mencari-cari identiti itu bukanlah bermaksud hilang ingatan atau gila tapi satu usaha untuk menyesuaikan diri di alam remaja. Alam remaja memang menyeronokkan. Satu alam yang membentuk peribadi kita sama ada mahu menjadi remaja yang baik atau sebaliknya. Perjalanan menempuh alam remaja akan membuatkan kita lebih matang dan mengenali siapa diri kita. Persahabatan, percintaan, dan pembelajaran adalah satu acuan yang ada di alam remaja Zaman remaja adalah satu zaman y...

PERSEDIAAN AWAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Tahun dan masa silih berganti. Tahun 2009 sudah lama melabuhkan tirai. Kini tibalah giliran anda pelajar Ting. 3 dan ting. 5 untuk berhadapan dengan peperiksaan. Sebelum memulakan langkah, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengenalpasti hala tuju anda dengan menjawab soalan-soalan mudah berikut; 1. Apakah yang ingin anda capai / peroleh / jadi pada tahun ini? 2. Mengapakah perkara yang ingin anda capai (dalam 1) penting buat anda? 3. Apakah faedah yang akan anda peroleh sekiranya anda berjaya mencapai 1? 4. Apakah kerugian yang bakal anda terima seandainya saya tidak berusaha mendapat 1? 5. Apakah pengorbanan yang sanggup anda lakukan untuk mendapakan 1? Latihan menjawab soalan ini amat penting untuk anda mencapai kecemerlangan. Setelah anda tahu APA yang ingin anda capai, anda perlu tahu MENGAPA anda ingin mencapai tujuan tersebut. Jika ada mempunyai alasan yang KUKUH, tidak ada sesiapa pun yang dapat menghalang anda menuju ke arah cita-cita anda. Sekiranya anda tida...

GURU : MUTIARA HATI KITA

Saban tahun bila tiba hari guru, saya kerap kali diminta menyediakan teks ucapan untuk dibaca oleh anak-anak saya. Pada tahun ini, perkara yang sama berulang lagi kerana puteri bongsu saya diminta menyampaikan ucapan mewakili rakan-rakan pelajar. Berikut teks penuh ucapan yang disampaikan oleh puteri bongsu saya itu... Terima kasih tuan pengacara majlis. Yang berusaha Puan Jelipah bt. Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Hutan Kampong. Yang Berusaha Puan Norlia bt. Mohd. Noor., Penolong Kanan Kurikulum. Yang Berusaha Pn. Saadiah bt. Ayob, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yang Berusaha Tuan Haji Nasis bin Bakar, Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya warga SK Hutan Kampong sekalian. Assalamualaikum wbh dan salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru kerana memberi kesempatan kepada saya mewakili teman-rakan yang lain untuk berucap menyampaikan sepatah dua kata sempena sambutan Hari Guru 2010 pada hari...