Dalam kehidupan seharian, marilah kita mulakan dengan fikiran dan minda yang positif. Belajar untuk sentiasa berlapang dada, sentiasa rela dan redha, sentiasa berfikir yang baik-baik, sentiasa cakap yang baik-baik dan kita juga perlu sentiasa buat perkara yang baik-baik. In Sha Allah – Kita semuanya akan jadi baik. Baik dari segi percakapan kita atau perkataan kita, Baik dari segi fikiran dan emosi kita serta baik juga dari segi perbuatan atau tingkahlaku kita.
Bagaimana kita boleh mencorak kehidupan kita menjadi tenang, bahagia dan dapat pula menggembirakan orang lain serta diri kita sendiri. Semuanya bermula dengan satu iaitu kita perlu Sentiasa Berfikiran Positif.
Terdapat beberapa manfaat jika kita sentiasa mengamalkan berfikir secara positif. Antaranya adalah:-
1. Kebahagiaan
Semua orang impikan kebahagiaan dalam kehidupan
masing-masing. Dengan sentiasa
berfikiran positif, kita akan rasa bahagia dan gembira. Kita tidak rasa sangsi,
marah, geram atau simpan dendam pada perbuatan, tingkahlaku, kata-kata orang
lain. Kita boleh menerima apa yang
berlaku sebagai qada dan qadar Allah SWT.
Semua ini akan menjadikan hidup kita jadi lebih tenang dan kita hati
akan jadi kita lebih tenteram.
2. Disenangi dan dihormati
Orang yang berfikiran positif akan lebih disenangi oleh
semua orang - jiran-tetangga, teman-rakan sekerja mahupun saudara-mara. Cuba kita berbalik kepada masyarakat -
selalunya kita suka jumpa orang yang macam mana? Kita suka bercerita @ share dengan
siapa? Sebab lumrahnya orang yang positif ini akan jadi tempat rujukan dan buah
fikirannya akan digunapakai dalam masyarakat.
Sekaligus ini menyebabkan mereka ini akan dihormati dan disenangi oleh sesiapa sahaja.
3. Mudah didekati (dapat ramai kawan)
Kerapnya orang yang positif akan senang didekati serta mudah didampingi. Orang-orang macam ini
selalunya banyak kawan dan kawan-kawan suka cari dia kalau ada apa-apa –
maksudnya orang mudah berkongsi perasaan dan masalah dengannya dan dia boleh menjadi pendengar
yang baik, Sikap kurang memberi respon positif dan tidak memberi komen yang bersifat mengecam atau ‘bawang-bawang’ selepas
sharing berlaku menjadikan mereka mudah dan senang didekati.
4. Menjalin hubungan social yang baik dengan individu lain
Orang yang positif dapat membina hubungan social atau boleh berhubung baik dengan orang lain –
maksudnya orang jenis ini boleh berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang
lain dengan mudah tanpa ada perasaan untuk melabel orang lain
5. Menangani stress yang dihadapi dengan lebih mudah atau lebih baik
2. Orang yang positif akan melihat sesuatu keadaan/situasi atau keadaan yang terjadi dari sudut yang baik. Akan menjadikan situasi itu sebagai satu peluang untuk belajar atau membaiki kelemahan dirinya – Selalunya orang yang positif akan membandingkan dirinya dengan orang yang jauh lebih teruk daripada dirinya sendiri bukan membandingkan dirinya dengan orang yang lebih baik dari dirinya..
6. Mengelak dari berlaku permusuhan
Orang yang perfikiran positif akan cuba mengelak dari berlakunya permusuhan kerana dia cenderung melihat kepada kebaikan bukan kepada keburukan. Setiap yang berlaku akan menjadi motivasi untuk dirinya atau untuk dia ‘move on’ serta mencari alternative untuk memperbaiki mana-mana yang kurang dalam diri.
Jadi marilah kita sama-sama mengamalkan cara berfikir secara positif kerana dengan berfikiran positif kita akan melihat kekuatan yang pada diri kita dan macam mana kekuatan itu boleh kita gunakan untuk kebaikan orang lain. Bukan melihat pada kekurangan yang boleh melemahkan dirinya sendiri. Jom Sentiasa Berfikiran Positif untuk kehidupan yang lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan