Kita hendaklah sentiasa bersyukur apabila mendapat nikmat dan bersabar apabila mendapat kesulitan. Jangan biarkan hati larut dalam kesedihan dan jangan berputus asa menghadapi kesulitan. Itulah antara carameneguhkan keimanan
Tidak kira siapa pun kita, di mana kita lahir atau siapa ibu bapa kita. Setiap di antara kita mampu menjadi hebat dan disenangi kerana satu perkara iaitu KESEDARAN UNTUK MENCIPTA SEJARAH DIRI KITA!! - Kata Pujangga
Nafsu adalah sebahagian daripada diri kita yang jika tidak dikawal akan menyusahkan kita. Oleh sebab itu, kawallah nafsu bukan kita yang dikawalnya.
Kecerdikan sahaja tidak memadai untuk membina kehidupan yang baik. Apa yang penting adalah kejujuran. Kejujuran akan menyelamatkan kita dalam menghadapi pencaroba kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan