Kadang-kadang kita berasa tidak tenang dan berada dalam
kegelisahan. Bagaimankah cara untuk kita
mendapatkan jiwa dan hati yang tenang.
Berikut saya kongsikan tips-tips untuk mendapat ketenangan hati dan
perasaan.
1. Sebagai seorang
yang berpegang kepada agama Islam makan selalulah Membaca Al-Quran atau
sekurang-kurangnya mendengarkan alunan
ayat-ayat suci al-Quran.
2. Selalulah
belajar memberi dan menyayangi orang-orang
miskin kerana Allah akan memberi
limpahan ketenangan kepada orang yang
yang dermawan.
3. Sentiasa Melihat orang yang di bawah, jangan
lihat ke atas. Maka belajarlah untuk
bersyukur dengan nikmat dan kurniaan Allah.
Nescaya kita akan mendapat ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.
4. Sentiasa Menjaga
hubungan silaturahim dengan orang lain. Kerana
sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa silaturahim dapat
memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.
Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan
menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Selain dapat meleraikan sifat
dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.
5. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“.
6. Selalulah Mengatakan
yang haq (benar) sekalipun pahit. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak
melanggar nilai kebenaran. Sebaliknya,
pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat
saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa
gelisah walaupun nampak senang dan ceria.
7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan
yang kita lakukan benar kerana Allah.
8. Tidak meminta kepada orang lain. Ini kerana “Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan.
9. Menjauhi hutang.
10. Selalu berfikir positif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan