Rabu, 23 Januari 2013

PROSES DALAM PERUNDINGAN



a.  Prakemasukan – konsultan menjelaskan nilai, keperluan, anggapan dan matlamat ttg orang dan pertubuhan serta menilai kemahirannya kerana bertindak sebagai konsultan.
b.  Kemasukan – menyatkan masalah yang wujud, peranan dan hubungan konsultan ditentukan dan peraturan asas (kontrak bagi konsultan luar) dibentuk.
c.   Mengumpul maklumat – maklumat tambahan dikumpul untuk menjelaskan maslah dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti mendengar, memerhati, soal selidik, rekod yang selaras, temuramah dan perjumpaan kumpulan.
d. Menentukan masalah – maklumat penilaian digunakan utk menentukan matlamat utk mencapai perubahan.  Kenyataan masalah diubah menjadi kenyataan matlamat yang dipersetujui bersama oleh orang yang diberi perundingan/konsultan.
e.   Menentukan penyelesaian masalah – maklumat dianalisis dan digabungkan bagi mencari penyelesaian paling baik kepada masalah yang dinyatakan dengan menggunakan tatacara seperti memeras otak, menulis dan menentukan keutamaan.
f.    Menyatakan matlamat – hasil yang boleh dicapai dan diukur dalam tempoh masa yang dinyatakan dan dalam keadaan yang tertentu diperoleh.  Kenyataan masalah dan cara menyelesaikan masalah menggambarkan rancangan secara umum penyelesaian maslah.  Matlamat menggambarkan cara mencapai kesan yang dicadangkan.
g.   Melaksanakan rancangan – campur tangan dilaksanakan dengan mengikut garis panduan.  Rancangan bertujuan utk menjelaskan kepada semua pihak apa yang harus dilakukan, bila, bagaimana, siapa yang bertanggungjawab dan kesan yang dijangkakan.
h.     Penilaian – kegiatan yang sedang diawasi dan kesan-kesannya diukur untuk menilai kegiatan peundingan yang dijalankan.
i.    Penamatan – hubungan langsung dengan konsultan dihentikan namun kesan drp proses dijangkakan akan berterusan.  Keputusan dibuat sama ada melambatkan tindakan, membentuk semula, melaksanakan aau menamatkan sepenuhnya perhubungan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...