Sabtu, 5 Januari 2013

BERMULALAH SEBUAH PERJALANAN BARU



2012 Sudah 5 hari melabuhkan tirainya.  Apa juga yang berlaku sepanjang tahun 2012  menjadi sebuah sejarah  yang semakin jauh kita tinggalkan.  Begitu banyak kenangan sepanjang menyusuri perjalanan  2012.  Ada pelbagai rasa - duka dan pastinya yang gembira.  

Demikianlah kehidupan kita.  Sama ada merelakan atau sebaliknya, perjalanan sebuah kehidupan tetap akan kita terusnkan juga.  Meskipun kita merasakan semalam masih kurang dan tidak banyak yang mampu kita langsaikan namun, masa dan detik tidak pernah menanti kita meskipun sesaat.  Kitalah sebenarnya manusia rugi yang sentiasa terus menghitung kedatangan hari.  Sedangkan hari akan terus berlalu dan berlalu membawa beribu kekilafan jika tidak ada usaha untuk kita  membetulkannya.

Hari ini selepas 5 hari 2012 melabuhkan tirai, saya sendiri merasakan begitu banyak yang tertangguh dan tidak upaya saya selesaikan.  Barangkali jika saya terus membisu tanpa menulis apa-apa maka setiap apa yang berlaku hari demi hari akan terus terkubur dan dilupakan begitu sahaja.  Sedangkan perjalanan kehidupan 2013 sudah pun bermula dan detik yang telah berlalu itu tidak mungkin mampu kita ulang.  Saya ingin mengambil kesempatan pada masa yang amat terhad ini mengajak semua terutama anak-anak didik saya agar terus meningkatkan daya usaha - mencari di mana kekuatan dan kelemahan diri untuk sama-sama kita glapkan agar 2013 akan menjadi satu titik tolak ke arah kecemerlangan diri kita - sahsiah, jasmani, emosi, intelek dan rohani kita.  Supaya kita boleh berkembang sesuai dengan apa yang kita hasratkan.  Marilah anak-anak kita mulakan sebuah perjalanan baru dengan lebih bergaya!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...