Isnin, 6 Februari 2012

NIKMAT SIHAT

Sudah agak lama sebenarnya saya diserang gejala ‘kurang sihat’ ini. Bermula dengan cuti Hari Raya Cina hingga ke hari ini. Kesihatan saya terganggu agak lama. Sekejap sakit di bahagian perut, sekejap demam, sesekali batuk dan lenguh-lenguh badan. Pada saya sakit sedikit-ssedikit itu semuanya perkara biasa – manalah kita boleh sihat sepanjang masa. Namun, apabila mengambil masa yang agak panjang untuk sembuh, saya rasa sedikit terganggu. Banyak pula kerja dan rutin harian saya turut terganggu.


Pun begitu ada ketikanya apabila diserang sedikit ‘kesakitan’ saya selalu pula berfikir bahawa banyak sungguh nikmat yang dikurniakan Allah sehingga tidak terhitung jumlahnya. Antaranya adalah nikmat sihat. Nikmat Allah yang satu ini amat kurang kita beri perhatian. Ramai di antara kita kurang memberi perhatian untuk menjaga kesihataan ketika sihat. Apabila ddiserang sesuatu penyakit contohnya demam berpanjangan seperti saya, barulah kita sedar betapa mahalnya nilai kesihatan itu dalam kehidupan. Maka tidak hairanlah mengapa ada orang yang sanggup membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk mendapatkan semula nikmat sihat yang pernah mereka kecapi sebelum ini.


Orang yang sakit sanggup melakukan apa sahaja. Termasuk mengeluarkan wang bagi membiayai perubatannya agar sihat kembali. Ketika sakit sebeginilah selalunya akan timbul keinsafan tentang pentingnya menjaga kesihatan tubuh – betapa mahalnya harga sebuah tubuh yang sihat berbanding perkara yang lain. Bagai saya pula, ketika sakit beginilah selalunya otak dan pemikiran menerawang jauh – mengenang kerja-buat yang masih menunggu dan perlu diselesaikan. Jikalah ada doktor yang boleh memberi ‘suntikan’ untuk sembuh segera; sudah pasti saya akan berjumpa dengannya.


Barangkali kerana itulah juga Nabi Muhammad s.a.w pernah mengingatkan umatnya tentang hal ini. Sabda Rasulullah bermaksud: “Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Al-Bukhari). Sudah jadi lumrah dunia, kebiasaannya orang sihat jarang memikirkan tentang sakit. Namun kita juga harus ingat bahawa tubuh yang sihat tidak memberi makna apa-apa sekiranya kita lupa kebesaran Allah.


Oleh kerana itulah, saya sangat berharap agar kesihatan saya kembali pulih secepatnya. Agar dapat pula saya melangsaikan tugas-tugas yang tertunggak sebelumnya.

1 ulasan:

  1. moga anda cepat sihat.........moga lbih menghayati nikmat kesihatan

    BalasPadam

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...