MUTIARA HATIKU - PERBINCANGAN KELOMPOK ANTARA INDIVIDU


Apabila diterapkan elemen nilai dan kasih sayang, rupa-rupanya anak-anak murid saya ini cukup hebat. Bangga saya apabila petang ini anak-anak saya dalam kumpulan “Mutiara Hatiku” berjaya melaksanakan aktiviti explores - Perbincangan Kelompok Antara Individu (PKAI) sesi ke-3 bersama barisan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM). Seronok pula saya melihat mereka berlari sambil menyiapkan tugasan dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Siapa kata mereka tidak mampu? Cuma kadang-kadang kita lupa bahawa meraka memerlukan ‘personal touch’ daripada orang-orang yang begitu signifikin dengan mereka.


Petang ini, ketika orang lain (pelajar-pelajar lain sebenarnya) sudah mula meninggalkan perkarangan sekolah, mereka masih lagi bersemangat. Malah ada yang tidak mahu meninggalkan kawasan sekolah. Saya melihat warna-warna kegembiraan di setiap wajah mereka. Mungkin ‘approach’ yang digunakan dapat memenangi hati mereka dan ‘approach’ itu perlu dipelajari oleh semua pihak baik ibu bapa mahu pun guru-guru. Namun sebenarnya jauh di sudut hati saya sedar, tidak semua guru mampu menangani 40 kerenah anak-anak yang pelbagai sedangkan seorang ibu juga tidak berupaya untuk menangani 4 orang anak di rumah!

Apapun ketika meninggalkan perkarangan sekolah jam 6.00 ptg tadi hanya sekalung ucapan tahniah buat anak-anak Mutiara Hatiku yang terasa hampir dengan diri dan saya tahu anda semua berpontensi untuk 'melakar' sejarah diri yang tentunya lebih baik dari sebelumnya. Teruskan anda pasti boleh!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KOLEKSI PIDATO SPONTAN DAERAH

Teks Pengacara Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Asrama

GENERASI BERILMU PEMANGKIN TRANSFORMASI NEGARA