Jumaat, 3 Februari 2012

KUNCI SEBUAH KEJAYAAN

Untuk mengapai sebuah kejayaan bukanlah suatu kerja mudah. Tidak ada orang yang berjaya tanpa usaha keras yang dilakukannya. Seseorang individu boleh mencipta kejayaan demi kejayaan andai mempunyai disiplin diri yang tinggi serta punya kebijaksanaan ketika mengatur masa. Namun kita harus sedar, tidak semua individu dapat mencapai hasrat dan impiannya. Ini disebabkan terdapat beberapa limatasi yang menghalang seseorang individu menuju ke arah tersebut. Walau bagamanapun, jika seseorang itu bijak mengurus diri dan masa nikmat mencapai kejayaan bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini kerana kunci sesebuah kejayaan adalah bagaimana seseorang individu itu dapat mengurus dirinya serta masanya dengan sempurna dan berkesan.
Sebenarnya seseorang individu yang berjaya mengurus diri dan masa dengan baik pasti akan berupaya menjadikan kehidupannya lebih sempurna, teratur dan juga sistematik. Orang yang ingin berjaya akan sentiasa tampil sempurna, menarik dan berkeyakinan tinggi malahan berupaya juga menyempurnakan tugasan yang diamanahkan kepadanya dalam kuantiti kesalahan yang dapat diminimumkan.
Oleh itu belajarlah mengurus diri dan masa denagan baik dan berkesan kerana pengurusan diri dan masa yang sempurna menjadi wadah untuk mencipta kejayaan demi kejayaan yang lebih cemerlang dalam kehidupan. Tanyalah kepada orang-orang terdahulu yang telah berjaya mencipta nama – jawapan mereka pasti DISIPLIN DIRI yang berupaya mengubah saya hingga ke tahap ini! Lalu apa lagi yang perlu kita nanti? Ubah diri untuk mengubah nasib kita di masa hadapan!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...