Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dari 3 - 5 Jnuari 2012 (7.30 pg - 4.30 ptg). Ketika menjalani aktiviti Kemahiran Belajar - menjawab soal selidik dan membina menara. Seronoknya mereka dapat menyiapkan menara dalam masa yang ditetapkan. Tahniah bagi yang berjaya!!! Anda boleh lakukan yang terbaik meskipun masa cukup terbatas. Manusia perlu diberi sedikit 'tekanan' untuk bergerak maju ke hadapan.
Orientasi PelajarTingkatan 4 pada 8 - 9 Januari 2012. Pelajar-pelajar ketika aktiviti Personaliti, Pencapaian dan Soal Selidik Pemilihan Kerjaya. Semuanya asyik menjawab dan kemudian memilih aliran yang bersesuaian dengan minat, personaliti dan pencapaian mereka.
Kursus Kepimpinan Pengawas Fasa 1 di Bilik APD dan Bawah anjung Petah Bicara. Banyak lagi pendedahan perlu diberi kepada para pengawas SMKSB bagi membolehkan mereka berdiri menjadi pemimpin berkaliber satu ketika nanti. Tahniah bagi yang dapat menaikkan straw dan cuba lagi pada Fasa 2 bagi yang belum berjaya.
Tahnian dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kaunselor-kaunselor yang disayangi. Budi baik anda Allah jualah yang layak membalasnya.
BalasPadam