1. Jika anda seorang ketua, cuba berbaik dengan semua pekerja termasuk golongan bawahan. Mereka boleh menjadi sahabat dan sekali gus penyokong yang boleh meningkatkan karier anda.
2. Setia kepada ketua dan sentiasa mmpertahankannya tidak kira sama ada di dalam mahupun di luar pejabat.
3. Elakkan mengata seseorang melainkan dia telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, jenayah, mencuri dan sebagainya.
4. Jangan mengkritik seseorang di depan atau di belakangnya melainkan jika anda diarahkan menjadi penyelianya. Siapa tahu dia mungkin jadi ketua anda suatu hari nanti.
5. Menerima kedatangan pekerja baru dengan baik. Tunjukkan keadaan pejabat dan jadikan dia sebahagian daripada kumpulan anda.
6. Selalu menepati janji. Kekalkan reputasi ini kerana anda boleh menjadi orang yang dipercayai.
7. Pastikan anda membelanja rakan yang pernah belanja untuk makan bersama. Elakkan daripada dikenali sebagai orang yang tidak tahu membalas budi.
8. Elakkan daripada menentang orang yang tidak anda sukai secara terbuka ketika dia sedang mengemukakan pendapatnya di pejabat. Cara demikian tidak akan membantu meningkatkan karier anda. Suarakan rasa tidak puas hati itu secara individu dengannya.
Jah, saya lebih teruja dengan keharmonian di tempat kerja - mari kita renungkan:
BalasPadamKebaikan itu terhimpun dalam empat perkara: percakapan, diam, pandangan dan gerak. 1. Tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia - cuba perhatikan di sekeliling kita berapa banyak rakan kita, kerjanya mengumpat, mencaci cerca orang, bukan buat kerja atau membantu orang bekerja. 2. Tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka, - cuba telitikan berapa ramai yang diam-diam dengan lekanya, tidak melaksanakan kerja yang sepatutnya?
3. Tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan tafakur adalah lalai 4. Tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan zikir adalah alpa... kehidupan menuntut sebuah pertanggungjawaban yang besar dan serius ke atas segala pattern anugerah dan keluasan rahmat dan nikmatNya.. cuma terkadang insan terlalu mudah menjamah pancingan keduniaan sehingga berlaku ketirisan budi dan akhlak; terkadang tergoda dengan jiwa sombong yang bertanduk sepasang..satunya menolak kebenaran dan keduanya mudah menghina insan lain...
BalasPadam