Cepatnya masa beredar meninggalkan kita. Ramadan sudah lebih ½ bulan turut meninggalkan kita. Dan kini syawal pula menyusul, membawa pelbagai cerita untuk dikongsi bersama. Bagi pelajar seperti kita, kemeriahan syawal terasa tidak ada makna. Masing-masing membuat persiapan – menghadapi peperiksaan. Hari ini sahaja, sudah 2 hari UPSR berlangsung. Esok hari terakhir – maka tamatlah sebuah peperangan. Kemenangan atau kekalahan dalam peperangan dalam UPSR hanya akan diketahui pada November 2011.
Demikian, sebuah perjalanan kehidupan. Dan nanti akan menyusul pula peperangan untuk pelajar PMR, diikuti pula SPM dan STPM. Begitulah seterusnya. Berpusing dan terus berpusing. Seperti sebuah roda kehidupan. Setiap antara kita akan meniti ranjau kehidupan itu hari demi hari sehingga ternoktah sebuah kehidupan. Maka.., perlulah kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan