Belajar untuk memberi dan selalu pula bersedia menerima. Untuk kita hanya dipinjamkan sementara!
Ahad, 5 April 2009
PENDIDIKAN AGAMA AKAR TUNJANG KEKUATAN REMAJA (siri2)
Wawasan negara akan terencat dan pincang jika tiada pihak yang bertanggungjawab terhadap hala tuju perjuangan mereka yang terdedah kepada pelbagai cabaran. Hampir semua isu keruntuhan moral bertitik-tolak kepada kepincangan didikan agama. Setiap saat kita terpaksa mengakui bahawa anasir yang melalaikan begitu banyak di sekeliling remaja. Kecanggihan perkembangan teknologi maklumat yang melampaui batasan, muzik yang melalaikan serta sosio seksual di luar kawalan adalah antara anasir yang dimaksudkan. Lebih malang, apabila remaja terpaksa berhadapan dengan kongkongan konservatif yang menghalang serta menegah mereka secara mutlak untuk terbabit dalam anasir tadi tanpa memahamkannya. Sebenarnya, kemelut yang melanda remaja berpunca daripada kepincangan didikan agama dan keruntuhan didikan moral. Masalah ini bukan saja melanda remaja, malah berlegar dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat. Kegagalan institusi keluarga memainkan peranan sebagai ‘role model’ dan qudwah hasanah (teladan) semakin menyeret remaja jauh daripada kebenaran dan kesedaran. Kegagalan masyarakat dalam menangani isu remaja juga menyumbang ke arah kecelaruan remaja. Jika remaja diminta menutup aurat, tetapi sebahagian besar masyarakat, terutama dewasa tidak berbuat demikian dan memandang ringan perkara ini, maka budaya menutup aurat di kalangan remaja tidak mungkin dapat dilaksanakan secara keseluruhan. Jika remaja dilarang merokok, tetapi pada masa sama keluarga dan masyarakat sekitar masih mengamalkan perbuatan itu, tidak mungkin wujud masyarakat remaja yang bebas rokok. Kepemimpinan melalui teladan iaitu teladan daripada keluarga dan masyarakat adalah antara cara untuk menyelamatkan anak daripada terjebak ke dalam masalah sosial. Firman Allah bermaksud : “Mengapakah kamu menyuruh orang lain membuat kebajikan, sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri dalam mengerjakan kebajikan itu, pada hal kamu membaca kitab. Maka apakah kamu tidak berfikir?” (Surah al-Baqarah, ayat 44)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
DIARI SEORANG PESARA 3
Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...
-
Sebagai seorang guru kadang-kadang kita hairan mengapa pencapaian akademik para pelajar kita ada yang semakin merosot. Atau barangkali ke...
-
Anak saya Fatin Naimah dan Farah Izzati sering terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan pidato ketika di sekolah rendah. Sebagai gala...
-
Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Yang Berusaha ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan