Selasa, 14 April 2009

SOAL SELIDIK PENGGUNAAN MASA

Arahan : Sila jawab pernyataan berikut dalam masa 15 minit dan tandakan (---) pada ruang
yang disediakan.

1.Saya tuliskan aktiviti harian saya. (Selalu/Kadang-kadang/Jarang-Jarang)
2.Saya membuat keutamaan aktiviti harian saya .
3.Saya menyelesaikan semua aktiviti harian yang sudah saya rancang.
4.Saya kemas kini matlamat tugasan dan matlamat peribadi saya secara bertulis.
5.Bilik/meja/beg saya sentiasa kemas dan teratur.
6.Barang-barang kepunyaan saya diletakkan pada tempat yang sama dan teratur.
7.Saya cepat menghindarkan diri daripada gangguan.
8.Saya mudah menjumpai semula barang yang dicari daripada beg saya.
9.Saya sentiasa berkeyakinan dalam banyak keadaan.
10.Saya mempunyai masa dan ruang yang mencukupi bagi membuat kerja-kerja saya tanpa gangguan.
11.Perbualan telefon saya sentiasa pendek dan padat.
12.Saya lebih suka mengelak masalah supaya kurang masa digunakan untuk menyelesaikan masalah.
13.Saya menggunakan masa dengan baik.
14.Kerja yang diberikan kepada saya sentiasa beres.
15.Saya sentiasa menepati masa.
16.Saya membuat penjelasan dengan cepat dan tepat apabila diperlukan.
17.Rakan-rakan sentiasa memberikan kerjasama kepada saya.
18.Apabila berlaku gangguan, saya dapat meneruskan kerja-kerja saya dengan cepat.
19.Aktiviti harian saya sentiasa mengarah kepada cita-cita saya.
20.Masa rehat, saya melupakan semua kerja saya.
21.Rakan-rakan tahu masa yang paling sesuai untuk berjumpa dengan saya.
22.Saya melaksanakan kerja penting semasa tenanga saya berada di kemuncaknya.
23.Saya mula dan tamatkan setiap tugasan mengikut masa.
24.Saya buat kerja bertulis setiap hari.
25.Saya mempunyai cita-cita dan saya sentiasa yakin pada diri saya sendiri.






Interpretasi Skor

Bilangan selaku : ........................... X 4 = ...........................
Bilangan Kadang-Kadang : ........................... X 2 = ...........................
Bilangan Tidak Pernah : ........................... X 0 = ...........................
Jumlah Skor Anda = ...........................

Kategori saya adalah : .............................................................................

KATEGORI SKOR
81 – 100 Anda menggunakan masa dengan bijaksana
61 – 80 Anda menggunakan masa dengan baik
41 – 60 Anda banuak ketinggalan masa
21 – 40 Anda tidak dapat mengawal masa
0 – 21 Anda sedang menghadapi masalah yang serius
dengan masa!!

Isnin, 6 April 2009

PERMASALAHAN MORAL DI KALANGAN REMAJA; SILAP SIAPA?

Remaja tidak terkecuali dan tidak terlepas dari pelbagai isu membabitkan moral. Saya pernah membaca suatu kajian yang membuktikan bahawa kes juvana yang terjadi di kawasan Felda juga ada mengatasi kes di sesetengah kawasan bandar dan ini merupakan suatu petanda yang membimbangkan.
Sejujurnya, saya amat yakin dan percaya bahawa institusi keluarga merupakan institusi yang cukup penting dan ampuh dalam melahirkan remaja yang berkualiti dan berjaya. Saya amat menyanjung tinggi terhadap institusi kekeluargaan dan amat percaya bahawa setiap perkara yang membentuk sikap dan diri remaja itu kebanyakannya merupakan acuan ibu bapa mereka. Saya tidak menolak bahawa terdapat juga remaja yang berjaya yang datang daripada keluarga yang bermasalah, benar, tetapi bagi saya lumrahnya mereka hanyalah mewakili sebilangan kecil remaja dan berapa ramaikah remaja yang mampu bertatih menanggung onak, duri dan rintangan untuk berjaya? Mereka masih muda, mentah dan masih mendambakan perhatian yang secukupnya daripada keluarga. Mereka sewajarnya diberi kasih sayang, tunjuk ajar serta model yang terbaik ke arah pembentukan peribadi yang mulia, bukannya dengan cara mewujudkan suasana yang tidak sihat di dalam keluarga.
Saya sangat bersimpati dengan rakan-rakan remaja yang lahir dalam keluarga yang bermasalah. Mereka memiliki potensi, intelektual, bakat dan sinar yang terang, namun telah dimalapkan oleh permasalahan yang dicipta sendiri oleh kedua ibu bapa mereka. Kelak, saya bimbang bahawa gejala ini akan terus menerus berlarutan pada generasi demi generasi.

Pendidikan Agama Akar Tunjang Kekuatan Remaja (Siri 3)

Penyelesaian perlu ditumpukan pada peringkat awal iaitu bermula dengan pengukuhan sistem kekeluargaan yang menitikberatkan pengukuhan nilai murni ke arah melahirkan keluarga stabil. Pendidikan tidak formal oleh ibu bapa yang bermula dari rumah iaitu meliputi bimbingan, muhasabah dua hala dan pemantauan berterusan untuk meningkatkan etika dan peranan remaja perlu dilaksanakan oleh setiap keluarga. Pembangunan nilai berasaskan agama, persediaan memasuki alam remaja dan ketahanan diri menghadapi pergolakan sosial perlu ditanam dalam institusi keluarga. Perkara ini dilakukan melalui hubungan mesra dan semangat bertanggungjawab bagi membantu remaja melawan anasir sosial yang tidak sihat. Kehidupan dan pendidikan berasaskan agama mestilah diterapkan kepada remaja bagi menjamin kemantapan dan pemeliharaan akidah serta jati diri sempurna. Nilai baik dan etika hidup sihat perlu menjadi budaya kehidupan sesebuah institusi kekeluargaan. Andainya penjagaan dan pendidikan remaja dapat dilihat sebagai sebatang pokok, maka pendidikan agama adalah akar tunjang kepada kekuatan remaja. Sementara institusi kekeluargaan mantap dan mampu memainkan peranan yang disebutkan tadi akan menjadi batang kukuh dalam membangunkan jati diri remaja. Sekolah dan rakan sebaya juga berperanan dalam membina jati diri remaja. Kedua-dua unsur ini berfungsi sebagai dahan yang akan menjadi pelindung kepada pembentukan jati diri remaja. Sekolah patut memainkan peranan sebagai pusat sumber ilmu, tempat memupuk kemahiran dan institusi yang mengamalkan interaksi sosial terkawal. Rakan sebaya sempurna perlu dirapati dengan membentuk identiti kumpulan rakan sebaya yang ceria, berfikiran matang dan bertindak mengikut norma dibenarkan. Rasulullah pernah berpesan terhadap keperluan mencari teman yang baik umpama berkawan dengan penjual minyak wangi. Jika kita tidak dapat membeli minyak wanginya, pasti akan dapat mencium bau wangian jualannya. Tetapi, jika berkawan dengan si tukang besi, pasti akan terkena percikan kepanasan api yang digunakan ketika bertukang besi. Masyarakat dan media massa berperanan menjadi daun rimbun yang melindungi dan memayungi pohon jati diri remaja.

Ahad, 5 April 2009

PENDIDIKAN AGAMA AKAR TUNJANG KEKUATAN REMAJA (siri2)

Wawasan negara akan terencat dan pincang jika tiada pihak yang bertanggungjawab terhadap hala tuju perjuangan mereka yang terdedah kepada pelbagai cabaran. Hampir semua isu keruntuhan moral bertitik-tolak kepada kepincangan didikan agama. Setiap saat kita terpaksa mengakui bahawa anasir yang melalaikan begitu banyak di sekeliling remaja. Kecanggihan perkembangan teknologi maklumat yang melampaui batasan, muzik yang melalaikan serta sosio seksual di luar kawalan adalah antara anasir yang dimaksudkan. Lebih malang, apabila remaja terpaksa berhadapan dengan kongkongan konservatif yang menghalang serta menegah mereka secara mutlak untuk terbabit dalam anasir tadi tanpa memahamkannya. Sebenarnya, kemelut yang melanda remaja berpunca daripada kepincangan didikan agama dan keruntuhan didikan moral. Masalah ini bukan saja melanda remaja, malah berlegar dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat. Kegagalan institusi keluarga memainkan peranan sebagai ‘role model’ dan qudwah hasanah (teladan) semakin menyeret remaja jauh daripada kebenaran dan kesedaran. Kegagalan masyarakat dalam menangani isu remaja juga menyumbang ke arah kecelaruan remaja. Jika remaja diminta menutup aurat, tetapi sebahagian besar masyarakat, terutama dewasa tidak berbuat demikian dan memandang ringan perkara ini, maka budaya menutup aurat di kalangan remaja tidak mungkin dapat dilaksanakan secara keseluruhan. Jika remaja dilarang merokok, tetapi pada masa sama keluarga dan masyarakat sekitar masih mengamalkan perbuatan itu, tidak mungkin wujud masyarakat remaja yang bebas rokok. Kepemimpinan melalui teladan iaitu teladan daripada keluarga dan masyarakat adalah antara cara untuk menyelamatkan anak daripada terjebak ke dalam masalah sosial. Firman Allah bermaksud : “Mengapakah kamu menyuruh orang lain membuat kebajikan, sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri dalam mengerjakan kebajikan itu, pada hal kamu membaca kitab. Maka apakah kamu tidak berfikir?” (Surah al-Baqarah, ayat 44)

Sabtu, 4 April 2009

Pendidikan Agama Akar Tunjang Kekuatan Remaja (Siri 1)

PERSOALAN mengenai remaja banyak dibincangkan. Malangnya, hampir setiap perbicaraan isu remaja hanya berkisar masalah keruntuhan akhlak dan moral. Isu lain yang lebih penting kurang diberi perhatian. Remaja lepak, bohsia, bohjan, vandalisme, dadah, jenayah dan pelbagai isu negatif lain kerap mendapat tempat dalam masyarakat. Semua isu ini mendominasi remaja hingga kita tidak nampak lagi kebaikan golongan itu. Umum mengetahui bahawa masyarakat Malaysia amat prihatin dengan golongan istimewa, berpenyakit atau ditimpa bencana alam. Simpati dan sumbangan mencurah-curah kepada golongan malang ini. Sebaliknya, masyarakat seakan-akan lupa untuk menyalurkan simpati dan keprihatinan dalam menangani masalah remaja. Kita lebih senang membiarkan masalah remaja ditangani oleh ibu bapa mereka sendiri. Keadaan ini berlaku kerana menganggap itu masalah peribadi sesebuah keluarga dan sepatutnya diselesaikan oleh keluarga terbabit. Sebenarnya, pembangunan remaja hari ini ialah agenda penting yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Wawasan negara akan terencat dan pincang jika tiada pihak yang bertanggungjawab terhadap hala tuju perjuangan mereka yang terdedah kepada pelbagai cabaran. Hampir semua isu keruntuhan moral bertitik-tolak kepada kepincangan didikan agama. Setiap saat kita terpaksa mengakui bahawa anasir yang melalaikan begitu banyak di sekeliling remaja. Kecanggihan perkembangan teknologi maklumat yang melampaui batasan, muzik yang melalaikan serta sosio seksual di luar kawalan adalah antara anasir yang dimaksudkan.

Produk Halal Menjamin Kecemerlangan Kita

Produk yang halal baik untuk kecemerlangan diri. Apa tunggu lagi. Beralihlah kepada produk HPA; Berita baik ...alternatif kepada KFC



----------------------------------------------------------------------------------------------------
Lokasi RFC yang akan dibuka.
1. Cawangan Alor Setar (Feb )2. Cawangan Pulau Pinang (hujung March)3. Cawangan Laguna Sungai Petani (awal april)4. Cawangan Ipoh (awal april)5. Cawangan Kulim (awal april)6. Cawangan PJ (awal mei)7. Cawangan Bangi (awal april)8. Cawangan Kluang (awal mei)9. Cawangan Kuantan (awal mei)10. Cawangan Kelantan (awal april)11. Cawangan Kangar (hujung march)

http://www.myfzbiz.com/?x=wargabahiyah

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...