Tahniah : Cikgu Bangga Anda Berubah

Hari ini cikgu didatangi oleh seorang pelajar. Wajahnya cukup menggambarkan kegembiraan. Jauh berbeza dengan wajah yang datang kepada cikgu lebih kurang 3 minggu lepas. Cikgu jadi kagum. Teringat perjanjian yang telah dibuat dengan cikgu. Tempoh perjanjian tersebut ternyata belum tamat. Namun, pelajar ini sudah jauh berubah. Dia datang kepada cikgu dengan penuh semangat. Datang untuk kawan-kawan, katanya. "Yang penting, saya dah boleh susun jadual belajar, tak tension dan seronok, cikgu," katanya menjadikan hati saya berbunga. Saya senyum meleret dan terus mengucapkan tahniah. Bangga sungguh cikgu kerana pelajar ini sudah mendapat dirinya yang sebenar. Cikgu sangat berharap agar dia akan menjadi 'model' kepada pelajar-pelajar lain. Memberi nafas baru bahawa sebenarnya pilihan kedua ibu bapa adalah yang terbaik untuk anak-anak mereka dan bukan bertujuan untuk mendera. Saya sangat berharap agar pelajar ini akan terus mengorak langkah untuk menuju jalan ke puncak. Tahniah!! Cikgu bangga dengan anda!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KOLEKSI PIDATO SPONTAN DAERAH

Teks Pengacara Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Asrama

GENERASI BERILMU PEMANGKIN TRANSFORMASI NEGARA