Catatan

SENTIASA BERLAPANG DADA

Kita bekerja dengan pelbagai individu setiap hari. Menemui dan sering menyantuni mereka. Dalam pergaulan seharian tersebut pasti k ita  biasa mendengar pelbagai keluhan, sungutan atau mungkin cakap-cakap belakang tentang sesuatu perkara. Antaranya mungkin kita biasa mendengar  ungkapan-ungkapan seperti di bawah ini, 1. “Awatla suruh dia? Bukannya dia boleh buat pun”..  2. “Hish…, susahlah kalau macam ni. Buat apa pun tak pernah berjaya.”  3. “La… asyik-asyik dia je yang dapat pujian. Kita pun tolong buat juga.”  Sebenarnya banyak lagi kata-kata, sungutan-sungutan malah rintihan-rintihan yang kita dengar, yang kadang-kala bukan sahaja melemahkan orang yang menyebut tetapi turut melemahkan kita yang mendengar.  Jadi., apa yang patut kita buat?  Belajarlah untuk menerima setiap apa yang berlaku dengan berlapang dada. Ingat, Allah SWT tidak akan menguji seseorang hambaNya di luar batas kemampuan hambaNya itu.  Belajar mengambil iktibar...

SESEKALI BILA BERBICARA

Imej
Sesekali bila berbicara pada angin Mesranya bagai didakap  ketenangan Dan hati riang berbisik pada teman pada alam lantaran jiwaku begitu tenteram hatiku begitu nyaman. Sesekali bila berbicara pada ombak Resahnya terasa menghempas  pintu dada alunnya mengubah  pantai nan setia namun hati  kental dan utuh menerima itulah  cubaan juga pengajaran bagi sebuah keinsafan belajar ilmu sebuah kehidupan.   Sesekali pabila  lelah membalut diri ambillah ruang dan masamu Berbicaralah bukan hanya pada alam; pada insan malah bicaralah penuh insaf pada Tuhan kerna Dia tidak pernah lupa memberi Malah sentiasa mendengar tanpa henti Dan di sana pasti kita akan temui janji nan  tertunai malah ketenangan  yang kita impikan..

MENGENALI PERSONALITI DIRI BERDASARKAN BULAN KELAHIRAN

( Analisis ini berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah selama 25 tahun.  Jika bersamaan maka ambillah yang baik untuk pengajaran dan yang sebaliknya untuk membina diri ke arah yang lebih sesuai) J ANUARI # bercita-cita tinggi dan orangnya serius # suka mendidik dan dididik # sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik # rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan # suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif ,berfikiran mendalam # pandai mengambil hati orang lain tetapi seorang yang pendiam kecuali telah dirangsang # bersikap agak pemalu # daya tumpuan yang sangat tinggi dan mudah mendisiplinkan diri sendiri # badannya sihat tetapi mudah diserang selsema # bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya # cukup sayang pada kanak-kanak # suka duduk di rumah # setia pada segala-galanya # perlu belajar kemahiran sosiaL # sikap cemburu yang sangat tinggi FEBRUARI # berfikiran abstrak # sukakan benda yang reality dan a...
Imej
Rasa  Kekeluargaan Remaja Sebetulnya keperluan remaja terhadap kebebasan diri sendiri dan  ingin berdikari itu bertentang an dengan keperluannya untuk bergantung terhadap ibu bapanya. Gejolak jiwa tersebut membuat remaja merasa tidak aman, kerana dari satu aspek ia sangat memerlukan keluarganya, namun dari segi  yang lain dia ingin berdakari. Pengalaman kejiwaan semacam ini menyebabkan remaja menjadi bingung dan tidak menentu. Bagi remaja yang mengerti peristiwa yang sedang menimpa jiwanya dia akan berhati-hati dalam mengmbil sebarang tindakan, sehingga ia akan menjadi remaja yang tidak tertekan perasaan. Rasa kekeluargaan dalam diri remaja ini bukan saja terj adi dalam lingkungan ibu bapa dan sanak saudara, tetapi juga pada kelompok teman seperjuangan, organisasi, sukan dan lain-lain . Jika peras aan ini dise mai dengan baik, maka remaja tidak akan mengalami stres d an tekanan perasaan dan menja dikan kecenderungan jiwan ya itu ke arah yang positif. Kehidupan Sosial Rema...

KECELARUAN BIPOLAR

Tulisan ilmiah untuk memenuhi keperluan kursus suatu ketika dahulu   Pengenalan PERNAHKAH anda tiba-tiba terlalu gembira dan tidak dapat mengawal keghairahan berbelanja sehingga melebihi kemampuan? Kegembiraan keterlaluan atau ‘mania’ yang tergolong dalam gangguan mental bipolar boleh mengundang pelbagai masalah kepada pesakit sehingga mengakibatkan sesetengahnya bertindak agresif tanpa disedari. Kecelaruan   bipolar atau dikenali juga sebagai gangguan dwikutup merupakan sejenis gangguan otak yang menyebabkan perubahan luar biasa pada emosi, tenaga dan keupayaan seseorang. Menurut James N. Butsher, Susan Mineka dan Jill M. Hooley (2007), kecelaruan bipolar adalah   berbeza dengan kecelaruan unipolar terutama sekali dengan kehadiran gejala-gajala manic atau hypomanic.  Manakala menurut menurut Presiden Persatuan Psikiatrik Malaysia (PPM), Prof. Maniam Thambu, (dalam  http://groups.google.com.my/group/oku  diakses pada 18 Ogos 2007), gangguan bipolar merupaka...

PENDEKATAN MENDIDIK ATASI MASALAH REMAJA

  PEMBABITAN remaja melakukan perkara menyalahi agama, termasuk pergaulan bebas lelaki dan perempuan hingga melanggar batas hukum dan norma masyarakat menjadi kebimbangan hari ini.Mencari siapa yang salah atau menuding jari bukanlah tindakan bijak, sebaliknya semua pihak perlu rasa terpanggil untuk mencegah perkara bercanggah nilai Islam. Tugas menegak yang hak dan benar, mencegah yang mungkar adalah tanggungjawab setiap anggota masyarakat. Firman Allah yang bermaksud:  “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang menyeru manusia kepada jalan Allah serta beramal salih, seraya berkata, “Aku daripada kalangan orang Islam.”  – ( Surah al-Fussilat, ayat 33) Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:  “Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dicegah dengan tangannya, jika tidak mampu ,hendaklah cegah dengan kata-kata dan jika tidak berdaya, cegahlah dengan hati dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.”  – (Hadis Sa...

MERAUT CABARAN

Bukan sesuatu yang luarbiasa dia berada dalam lingkungan sebegitu. Memanglah dia semacam sudah terbiasa dengan suasana rencam kota yang menuntut pergerakan pantas dan berencana. Dua tahun setengah di tengah-tengah kota metropolitan ibu negara sudah cukup menjadikannya hampir sebati dengan makna berdikari. Laju tetapi hati-hati. Cepat dan bijak mengatur rancangan harian, mingguan juga bulanan. Sudah hampir terbiasa dia berubah dengan budaya kota. Lalu terikut-ikut dengan rentak yang terjadi dengan pergerakan aktiviti dan peristiwa. Namun takdir kehidupan adalah ketentuan Ilahi. Usia remaja di penghujung dua puluh dua memanglah mekar dan menggoda. Cinta berputik bahkan adakalanya berfatamorgana. Kasih berbunga segar. Menguntum mekar. Sukma bersalut kasih dan cinta. Tiada noktah yang lebih sempurna melainkan ikatan perkahwinan. Dan peristiwa itulah yang kemudiannya banyak mengubah senario hidup dan kerjayanya juga. Suasana perkampungan di sekolah barunya di negeri Kedah itu tidak ada sesu...