IZINKAN SAYA BERBICARA DENGAN HATI
Izinkan pada kesempatan ini saya meluahkan sesuatu. Bukan untuk membuka pekong di dada. Jauh sama sekali melahirkan rasa benci atau cemburu. Tidak sama sekali. Cuma apabila ada ruang waktu untuk berfikir, saya sering mengajak diri berfikir - lebih positif. Kadang waktu, dalam mencari sekelumit kebenaran saya sering terkeliru. Sampai ada ketikanya saya bagai tidak mengenali diri sendiri. Betulkah saya sedang berperanan seperti itu. Benarkah saya punya rasa tidak puas hati dan rasa cemburu yang tinggi? Rasanya saya bukanlah orang seperti itu. Saya cuba, ya sebolehnya bersikap adil pada semua orang dalam semua keadaan. Izinkan pada kesempatan ini saya berbicara. Bukanlah pula bicara saya ingin mengaibkan orang tertentu. Cuma, kadang-kala saya terfikir, mengapa dalam kita mengejar sesuatu kita sanggup pula menggunakan pelbagai kaedah dan cara. Tanpa kita fikirkan risiko dan kesannya pada insan-insan di sekeliling kita. Yang tentunya juga berperanan menyumbang walaupun sekelum...