Catatan

BERUNTUNGLAH MENJADI WANITA

Anda wanita, saya juga wanita. Kita sama-sama wanita. Sebagai wanita kita punya amanah yang perlu ditunai. Ada ketika hati jahat berkata, "Kenapa mesti aku, kenapa tidak lelaki?" Kita sering terlupa bahawa Allah SWT menjadikan makhlukNya dengan bersebab. Tidak ada sebab kenapa Allah menjadikan kita seorang wanita berbanding lelaki. Wanita sebenarnya amat besar ertinya di sisi Allah. Jadi sebagai wanita kita perlu sentiasa bersyukur kerana dipilih menjadi seorang wanita dan bukan seorang lelaki. Berikut antara sebab mengapa menjadi seorang wanita itu sangat beruntung. § Wanita pada zaman pemerintahan Yunani dan Rom dikurung di dalam rumah, tidak diberi hak menuntut ilmu dan tidak berhak menerima pusaka. § Mereka boleh dihalau dari rumah pada bila-bila masa. § Sering didera dan diseksa tanpa sebarang pembelaan undang-undang. § Boleh dijual sebagai hamba untuk atasi kemiskinan. § Di Eropah, wanita dahulu dirantai, disiram air panas dan dipaksa memakai cawat besi. § Islam memarta...

Cara Membentuk Matlamat Diri

Terdapat pelbagai cara untuk membentuk matlamat diri ke arah mencipta kejayaan dan kecemerlangan. Antaranya adalah seperti berikut; Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas. Matlamat memberikan kita tenaga untuk bertindak. Jika kita ada matalamat,kita sering berusaha untuk mencapainya. Matalamat memberikan kita hala tuju. Pelajar perlu bertindak mengikut matlamat yang ditetapkan.(Jika matalamatnya untuk mendapatkan 9A dalam SPM @PMR, sudah tentu akan belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh.) Matlamat mendisiplinkan diri kita.(Kamu akan belajar mengikut jadual waktu jika kamu bertekad untuk mencapai matlamat) Marilah kita sama-sama membina matlamat diri kita semoga kita sama-sama memperoleh kejayaan dan kecemerlangan berpanjangan.

AIRMATA RASULULLAH SAW..

Tak bosan-bosan rasanya membaca kisah ini... Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibr...

Alangkah Indahnya Kejayaan

Imej
Hari ini dan semalam saya terus didatangi anak-anak pelajar yang bakal menjadi mahasiswa dalam masa terdekat ini. Apabila melihat mereka yang datang tanpa mengenal putus asa serta semangat berkobar-kobar, saya teringat ketika saya berusia sebaya mereka suatu ketika dulu. Saya juga pernah melalui detik-detik manis apabila dipanggil menghadiri temuduga untuk melanjutkan pelajaran. Malah saya juga pernah menduduki temuduga sama ada berbentuk lisan mahupun bertulis. Sayangnya meskipun saya berjaya mendapat tempat di IPTA ketika itu, saya memilih ke tingkatan 6 dan seterusnya ke maktab perguruan. Semuanya kerana kemiskinan. Tapi semuanya sudah lama berlalu. Saya sudah menjadi guru sejak 1989 sehingga kini. Berkat usaha gigih serta motivasi diri yang tinggi ditambah dengan semangat yang diberi oleh suami, saya juga berjaya melanjutkan pelajaran dan menggenggam ijazah kelas pertama dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Saya merasakan kejayaan yang saya kecapi adalah detik paling mani...

Disiplin Menjana Kecemerlangan

Imej
Isnin lepas 12 April, puteri bongsu saya Farah Izzati telah menyertai pertandingan Pidato Peringkat PKG Langgar di SK Titi Gajah. Alhamdulillah, meskipun tidak mendapat tempat pertama namun beliau masih mendapat tempat ketiga terbaik daripada 15 orang peserta semuanya. Berikut merupakan teks pidato yang telah disampaikan oleh puteri saya itu; Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis yang budiman, yang sudi memberi laluan, barisan panel hakim yang bijaksana, pastinya cendiakawan, para guru yang disanjungi, seterusnya, teman rakan yang disayangi. Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera juga Salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran kehadrat IIlahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita dipertemukan dalam majlis pada pagi ini. Izinkan saya para hadirin sekalian untuk beraksi menyampaikan sebuah pidato penting yang bertajuk, ‘Disiplin Menjana Kecemerlangan’. Sidang dewan yang saya muliakan, Sebelum saya meneruskan bicara, menyusun kata-kata, izinkan saya mendefinisikan tajuk ...

TERUSKAN : PERJUANGAN ANDA BARU BERMULA

Sudah lebih 3 bulan, 2009 melabuhkan tirai. Namun hanya hari ini saya berkesempatan menulis semua dalam blog ini. Sudah agak lama saya berangan-angan untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ini. Sayangnya kekalutan dalam menguruskan kerja harian saya sering tidak berkesempatan. Namun, biarlah lewat asalkan saya tidak pernah melupakan blog yang saya bina khusus untuk teman-rakan serta anak-anak didik yang sentiasa saya kasihi. Baru 2 - 3 hari lepas, saya menerima berita gembira daripada anak-anak didik SMK Sultanah Bahiyah tahun 2009. Kegembiraan ini tidak dapat saya sembunyikan. Apa pun tahniah kepada semua yang berjaya mendapat tempat di Matrikulasi. Masing-masing menghubungi saya dengan nada cukup gembira. Apa lagi yang diimpikan oleh seseorang pelajar selain peluang-peluang tersedia untuk mengorak masa depan ke arah kerjaya yang lebih mencabar? Saya ingin merakamkan pesanan agar semua yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran, akan terus memperjuangkan nasib dan masa depan. ...

Semangat Ramadan Menjana Kecemerlangan Di Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum wbh dan salam sejahtera. Yang saya hormati pengetua, penolong-penolong kanan serta seluruh warga SMK Sultanah Bahiyah sekalian. Alhamdulillah, syukur kerana kini tibalah giliran saya Pn. Halijah binti Mahmud dan Pn. Zaiton bt. Mansor untuk melaksanakan tugasan sebagai guru bertugas sepanjang minggu ini. Untuk itu izinkan saya untuk berkongsi sedikit idea berhubung dengan tema kita pada minggu ini – “Semangat Ramadan Menjana Kecemerlangan di Dunia dan Akhirat”. Para pelajar yang dikasihi sekalian, Ramadhan bakal kembali mengungguli carta ibadah setiap Muslim yang menanti-nantikannya dalam tempoh enam hari lagi. Penantian sebuah bulan yang dijanjikan dengan lautan rahmat , curahan keberkatan dan anugerah sejuta keampunan adalah detik-detik penuh bermakna kepada setiap insan yang dapat memahami dan mengenali hakikat diri yang senantiasa lemah, banyak dosa dan amat berhajat kepada Tuhannya. Jika kita mudah teruja dan cepat bergegas ke pasaraya-pasaraya atau gedung-gegung...