Belajar untuk memberi dan selalu pula bersedia menerima. Untuk kita hanya dipinjamkan sementara!
Khamis, 24 September 2020
SENTIASA BERLAPANG DADA
Isnin, 21 September 2020
SESEKALI BILA BERBICARA
Sesekali bila berbicara pada angin
Mesranya
bagai didakap ketenangan
Dan hati riang berbisik
pada teman
pada alam
lantaran jiwaku begitu tenteram
hatiku begitu nyaman.
Resahnya terasa menghempas pintu dada
alunnya mengubah pantai nan setia
namun hati
kental dan utuh menerima
itulah cubaan
juga pengajaran bagi sebuah keinsafan
belajar ilmu sebuah kehidupan.
ambillah ruang dan masamu
Berbicaralah
bukan hanya pada alam; pada insan
malah bicaralah penuh insaf pada Tuhan
kerna Dia tidak
pernah lupa memberi
Malah
sentiasa mendengar tanpa henti
Dan di sana
pasti kita akan temui
janji nan tertunai
malah ketenangan yang kita impikan..
Khamis, 17 September 2020
MENGENALI PERSONALITI DIRI BERDASARKAN BULAN KELAHIRAN
(Analisis ini berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah selama 25 tahun. Jika bersamaan maka ambillah yang baik untuk pengajaran dan yang sebaliknya untuk membina diri ke arah yang lebih sesuai)
JANUARI
# bercita-cita tinggi dan orangnya serius
# suka mendidik dan dididik
# sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
# rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
# suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif ,berfikiran mendalam
# pandai mengambil hati orang lain tetapi seorang yang pendiam kecuali telah dirangsang
# bersikap agak pemalu
# daya tumpuan yang sangat tinggi dan mudah mendisiplinkan diri sendiri
# badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
# bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
# cukup sayang pada kanak-kanak
# suka duduk di rumah
# setia pada segala-galanya
# perlu belajar kemahiran sosiaL
# sikap cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
# berfikiran abstrak
# sukakan benda yang reality dan abstrak
# inteligent, bijak dan genius
# pesonaliti yang mudah berubah
# mudah menawan orang lain
# agak pendiam, pemalu dan rendah diri
# jujur dan setia pada segalanya
# keras hati untuk mencapai matlamat
# tidak suka dikongkong
# mudah memberontak apabila dikongkong
# suka kegiatan yang lasak
# emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
# mudah mempamirkan marahnya
# tidak suka benda yang remeh-temeh
# suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
# sangat berani dan suka memberontak
# bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
# pemerhatian yang tajam
# suka hiburan dan sukan
# suka benda yang bersifat seni
# sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
# berkecenderungan pada benda yg tahyul
# amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
# belajar untuk mempamirkan emosi
MAC
# berpesonaliti yang menarik dan menawan
# mudah didampingi
# sangat pemalu dan pemendam rasa
# sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
# sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
# suka pada kedamaian
# sangat peka kepada orang lain
# sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
# tidak cepat marah dan sangat amanah
# tahu balas budi dan tahu kenang budi
# pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
# kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
# suka berangan-angan
# suka melancong
# sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
# kelam kabut dalam memilih pasangan
# suka dengan hiasan rumahtangga
# punya bakat seni dalalm bidang muzik
# kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
# jangan terlalu moody.
APRIL
# sangat aktif dan dinamik
# cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
# sangat menarik dan pandai manjakan diri
# punya daya mental yang sangat kuat
# suka diberi perhatian
# sangat diplomatik (pandai memujuk)
# sangat berani dan tiada perasaan takut
# suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
# emosi cepat terusik
# cuba mengawal emosi
# kecenderungan bersifat dendam
# agresif dan kelam kabut untuk membuat keputusan
# kuat daya ingatan
# gerak hati yang sangat kuat
# pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
# berpenyakit di sekitar kepala dan dada
# sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
# keras hati dan degil
# kuat semangat dan bermotivasi tinggi
# pemikiran yang tajam
# mudah marah apabila tidak dikawal
# pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
# perasaan yang amat mendalam
# cantik dari segi mental dan fizikal
# tidak perlu dimotivasikan
# tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
# mudah dipujuk
# bersikap sistematik (otak kiri)
# suka berangan
# kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
# bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
# daya khayalan yang tinggi
# permikiran yang tajam
# pandai berdebat
# fizikal yang baik
# kelemahan sistem pernafasan
# suka sastera, seni dan muzik serta melancong
# tidak berapa suka duduk di rumah
# tidak boleh duduk diam
# tidak punya ramai anak
# rajin dan bersemangat tinggi
# agak boros
JUN
# berfikiran jauh dan berwawasan
# mudah ditawan kerana sikap baik
# berperangai yang lemah lembut
# mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood
# idea yang terlalu banyak di kepala
# bersikap sensitif
# otaknya aktif (sentiasa berfikir)
# sukar melakukan sesuatu dengan segera
# bersikap suka menangguh-nangguh
# bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
# cepat marah dan cepat sejuk
# suka bercakap dan berdebat
# suka buat lawak dan bergurau
# otaknya cerdas tetapi suka berangan-angan
# mudah berkawan dan pandai berkawan
# orang yang sangat tertib
# pandai mempamerkan sikap
# mudah kecil hati
# mudah kena selsema
# suka berkemas
# cepat rasa bosan
# sikap terlalu memilih dan cerewet
# kurang mempamerkan perasaan
# lambat sembuh apabila terluka hati
# suka kepada barang yang berjenama
# mudah menjadi eksekutif
# kedegilan yang tidak terkawal
# sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa yang menegur saya adalah kawan saya.
JULAI
# Sangat seronok didampingi
# Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
# Agak pendiam kecuali dirangsang
# Ada harga dan maruah diri
# Tidak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
# Mudah dipujuk dan bercakap lurus
# Sangat menjaga hati orang lain
# Sangat peramah
# Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
# berjiwa sentimental
# jarang berdendam
# mudah memaafkan tapi sukar melupakan
# tidak suka benda remeh-temeh
# membimbing cara fizikal dan mental
# sangat peka, caring, pengasih serta penyayang
# layanan yang serupa dengan semua orang
# tinggi daya simpati
# pemerhatian yang tajam
# suka menilai orang lain dengan pemerhatian
# mudah dan rajin belajar
# suka muhasabah diri
# suka megenangkan peristiwa atau kawan lama
# suka mendiamkan diri
# suka duduk di rumah
# suka tunggu kawan tapi tidak cari kawan
# tidak agresif kecuali terpaksa
# lemah dari segi kesihatan perut
# mudah gemuk kalau tidak kawal diet
# minta disayangi
# mudah terluka hati dan lambat pulih
# terlalu mengambil berat
# rajin dalam membuat kerja
OGOS
# suka berlawak
# mudah tertawan kepadanya
# sopan santun dan caring terhadap org lain
# berani dan tidak tahu rasa takut
# orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
# pandai pujuk orang lain
# terlalu pemurah dan bersikap ego
# nilai harga diri yang sangat tinggi
# dahagakan pujian
# semangat juang yang luar biasa
# cepat marah dan mudah mengamuk
# mudah marah apabila cakapnya dilawan
# sangat cemburu
# daya pemerhatian yang tajam dan teliti
# cepat berfikir
# suka berdikari
# suka memimpin dan dipimpin
# suka berangan
# berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
# sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
# cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
# belajar untuk relax
# sikap kelam kabut
# romantik , pengasih dan penyayang
# suka mencari kawan
SEPTEMBER
# sangat bersopan santun dan bertolak ansur
# sangat cermat, teliti dan teratur
# suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
# pendiam tapi pandai bercakap
# sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
# sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
# kerja yang dilakukan sangat sempurna
# sangat sensitif yang tidak diketahui
# seorang yang banyak berfikir
# otak bijak dan mudah belajar
# suka mencari maklumat
# kawal diri dari terlalu mengkritik
# pandai mendorong diri sendiri
# mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan
rahsia
# suka sukan, hiburan dan melancong
# kurang menunjukkan perasaannya
# terluka hatinya sangat lama disimpan
# terlalu memilih pasangan
# sukakan benda yang luas
# bersistematik
OKTOBER
# suka sembang
# suka orang yang sayang padanya
# suka ambil jalan tengah
# sangat menawan dan sopan santun
# kecantikan luar dan dalam
# tidak pandai berbohong dan berpura-pura
# mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
# sentiasa berkawan
# hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama
# cepat marah
# macam pentingkan diri sendiri
# tidak menolong orang kecuali diminta
# suka melihat dari perspektifnya sendiri
# tidak suka terima pandangan orang lain
# emosi yang mudah terusik
# suka berangan an pandai bercakap
# emosi yang kelam kabut
# daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
# suka melancong, bidang sastera dan seni
# pengasih, penyayang dan lemah lembut
# romantik dalam percintaan
# mudah terusik hati dan cemburu
# ambil berat tentang orang lain
# suka kegiatan luar
# orang yang adil
# boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
# mudah patah semangat
NOVEMBER
# banyak idea dalam perkara
# sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
# berfikiran ke hadapan
# berfikiran unik dan bijak
# penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
# pemikiran yang tajam
# daya firasat yang sangat halus dan tinggi
# bagus untuk jadi doktor
# cermat dan teliti
# personality dinamik
# sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
# banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
# berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
# terlalu degil dan keras hati
# apabila berkehendakan sesuatu akan diusahakan sehingga berjaya
# tidak suka marah kecuali digugat
# mudah ambil berat terhadap orang lain
# pandai muhasabah diri
# cara berfikir lain dari orang lain
# otak yang sangat tajam
# pandai mendorong diri sendiri
# tidak menghargai pujian
# kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi
# mencuba sampai berjaya
# badan yang tough
# kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
# romantik
# tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
# suka duduk di rumah
# sangat rajin dan berkemampuan tinggi
# amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
# tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
# bercita-cita tinggi
# perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
# Sangat setia dan pemurah
# Bersifat patriotik
# Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
# Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
# Bercita-cita tinggi
# Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
# seronok didampingi
# Suka bercampur dengan orang
# Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
# Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
# Tidak pandai berpura-pura
# Cepat marah
# Perangai yang berubah-ubah
# Tidak ego walaupun mempunyai harga diri yang sangat tinggi
# Benci pada kongkongan
# Suka berlawak
# Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik
Selasa, 15 September 2020
Rasa Kekeluargaan Remaja


KECELARUAN BIPOLAR
Tulisan ilmiah untuk memenuhi keperluan kursus suatu ketika dahulu
Pengenalan
PERNAHKAH anda tiba-tiba terlalu gembira dan tidak dapat mengawal keghairahan berbelanja sehingga melebihi kemampuan? Kegembiraan keterlaluan atau ‘mania’ yang tergolong dalam gangguan mental bipolar boleh mengundang pelbagai masalah kepada pesakit sehingga mengakibatkan sesetengahnya bertindak agresif tanpa disedari.
Kecelaruan bipolar atau dikenali juga sebagai gangguan dwikutup merupakan sejenis gangguan otak yang menyebabkan perubahan luar biasa pada emosi, tenaga dan keupayaan seseorang. Menurut James N. Butsher, Susan Mineka dan Jill M. Hooley (2007), kecelaruan bipolar adalah berbeza dengan kecelaruan unipolar terutama sekali dengan kehadiran gejala-gajala manic atau hypomanic. Manakala menurut menurut Presiden Persatuan Psikiatrik Malaysia (PPM), Prof. Maniam Thambu, (dalam http://groups.google.com.my/group/oku diakses pada 18 Ogos 2007), gangguan bipolar merupakan sejenis penyakit mental yangmenjejaskan ragam, tenaga dan keupayaan seseorang untuk berfungsi. Selain itu, seseorang individu yang mengalami kecelaruan bipolar akan melalui episod perubahan ragam atau mood yang melampau, contohnya daripada perasaan terlalu ghairah atau teruja (mania) kepada terlalu perasaan yang resah dan gelisah (kemurungan).
Selain itu, menurut Dr. Abdul Kadir Abdul Bakar (seperti yang dipetik dalam http://groups.google.com.my/group/oku diakses pada 18 Ogos 2007),setiap manusia akan merasai pelbagai jenis mood di mana perubahan mood adalah reaksi biasa terhadap perkara-perkara yang berlaku di dalam kehidupanseharian setiap individu. Namun begitu, di dalam penyakit bipolar, mood seseorang individu boleh meningkat secara tiba-tiba ke satu tahap yang terlampau tinggi (mania) atau menjunam ke tahap yang sangat rendah (kemurungan). Ia berbeza dengan rasa ‘tiada mood’ yang dialami kebanyakan orang kerana gangguan ini dianggap masalah serius dan boleh menjejaskan hubungan, prestasi kerja dan pelajaran. Gangguan bipolar menyebabkan perubahan emosi berepisod, iaitu daripada terlalu gembira kepada sedih dan hilang semangat; kemudian gembira semula di antara emosi ‘normal’. Perubahan emosi ini selalunya diikuti perubahan tenaga dan kelakuan. Keadaan berubah-ubah antara terlalu gembira dan sedih dipanggil episod mania dan kemurungan. Bagaimanapun, masalah ini sukar dikesan kerana pesakit biasanya kelihatan gembira dan progresif. Dua sifat positif ini secara tidak langsung melindungi masalah sebenar yang dihadapi pesakit, sedangkan mereka juga mengalami pelbagai gejala kemurungan yang berulang.
Pakar Psikiatri Forensik, Dr Badi’ah Yahya, berkata, masalah ini yang semakin menular di kalangan masyarakat, terutama golongan dewasa. Penyakit atau gangguan bipolar ini tidak boleh dipandang ringan bagi mengelak ia menjadi bertambah serius. Katanya, walaupun gangguan ini sukar dikesan, pesakit perlu diberi rawatan dengan mendapatkan khidmat kaunseling daripada pakar psikologi atau pun pakar perubatan yang sesuai kerana jika dibiarkan, lama kelamaan ia menjejaskan kesihatan mental.
Secara umumnya gejala gangguan bipolar dibahagikan kepada dua iaitu mania dan kemurungan.
Punca-Punca Kecelaruan Bipolar
Gangguan dwikutub atau bipolar adalah sejenis gangguan otak yang menyebabkan perubahan luar biasa pada emosi, tenaga dan keupayaan seseorang. Ia berbeza dengan rasa ‘tiada mood’ yang dialami kebanyakan orang kerana gangguan ini dianggap masalah serius dan boleh menjejaskan hubungan, prestasi kerja dan pelajaran. Mania dan kemurungan menyebabkan seseorang pesakit hilang rasional berfikir. Ia biasanya berlaku pada penghujung umur remaja dan awal dewasa. Bagaimanapun, masalah mania ini juga boleh membabitkan orang lebih tua dan kanak-kanak. Punca sebenar gangguan bipolar masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi saintis percaya gangguan bipolar disebabkan pelbagai faktor yang bertindak bersama mencetuskan masalah pada otak. Antarafaktornya ialah keturunan. Individu yang ada sejarah keluarga mengalami gangguan bipolar mempunyai risiko tinggi mendapat masalah ini.
Punca sebenar gangguan bipolar masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi saintis percaya gangguan bipolar disebabkan pelbagai faktor yang bertindak bersama mencetuskan masalah pada otak. Antara faktornya ialah keturunan. Individu yang ada sejarah keluarga mengalami gangguan bipolar mempunyai risiko tinggi mendapat masalah ini. Gangguan bipolar menyebabkan perubahan emosi berepisod, iaitu daripada terlalu gembira kepada sedih dan hilang semangat; kemudian gembira semula di antara emosi ‘normal’. Perubahan emosi ini selalunya diikuti perubahan tenaga dan kelakuan. Keadaan berubah-ubah antara terlalu gembira dan sedih dipanggil episod mania dan kemurungan. Bagaimanapun, masalah ini sukar dikesan kerana pesakit biasanya tampak gembira dan progresif. Dua sifat positif ini secara tidak langsung melindungi masalah sebenar yang dihadapi pesakit, sedangkan mereka juga mengalami pelbagai gejala kemurungan yang berulang. Menurut Pakar Psikiatri Forensik, Dr Badi’ah Yahya, masalah ini semakin menular di kalangan masyarakat, terutama terhadap golongan dewasa, dan ia tidak boleh dipandang ringan bagi mengelakkannya menjadi bertambah serius. Menurut beliau lagi, walaupun gangguan ini sukar dikesan, pesakit perlu diberi rawatan dengan mendapatkan khidmat kaunseling pakar psikologi atau perubatan sesuai kerana jika dibiarkan, lama kelamaan ia menjejaskan kesihatan mental.
Menurut Pakar Perunding Psikiatri merangkap Pengerusi Psikiatri Universiti Melbourne, Profesor David Castle (seperti yang dipetik dalam www. ctimes. com.my /Current_News/HM/Sunday/Kesihatan/ 0070211130105/ sun_ artrevamp diakses pada 17 Ogos 2007) punca sebenar penyakit mental masih tidak diketahui. Saintis percaya penyakit mental disebabkan beberapa faktor yang merangsang kepada gangguan mental, termasuk ketidakseimbangan kimia otak dipanggil dopamin yang dihasilkan berlebihan hingga menjejaskan fungsi otak.
Menurut Lawrence A. Pervin dan Oliver P. John. (2000)., kecelaruan bipolar merupakan sejenis lagi penyakit keturunan di mana pesakit akan mengalami depresi dan “Mania” secara bergilir- gilir. “Mania” adalah satu keadaan di mana pesakit akan menjadi terlalu aktif hingga ia dapat merosakkan dirinya. Emosi pesakit biasanya euforik atau teruja, tetapi kadangkala “irritable”, “hostile” dan membinasakan. Daya tenaga pesakit akan bertambah dan mereka merasa tidak perlu pada tidur atau rehat. Mereka mempunyai fikiran- fikiran luar biasa yang “grandiose” dan kadang-kadang sampai ke tahap delusi. Mereka kerapkali mempunyai masalah ekonomi kerana berbelanja berlebihan dan tidak dapat memahami dan menerima akibat tindakan yang dilakukan. Pada peringkat permulaan pesakit hanya kelihatan seperti “bersemangat tinggi” terutamanya apabila ia sebelum ini mengalami episod depresi dan perlu bekerja keras untuk “menyudahkan” aktiviti- aktiviti yang tidak dilakukan semasa ia bersedih.
Selain itu, faktor- faktor penyebab lain kecelaruan bipolar juga adalah disebabkan oleh faktor sosial. Kajian Penelitian (life events) pada peristiwa- peristiwa menunjukkan penyakit ini boleh dikaitkan dengan peristiwa kehilangan-kehilangan pekerjaan, keluarga, sahabat, wang ringgit, kesihatan, atau status. Adalah dianggarkan bahawa peristiwa hidup yang teruk atau luar biasa di dalam masa enam bulan selepas peristiwa tersebut akan menambahkan risiko penyakit ini. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa faktor yang mempengaruhi gerakan individu terhadap peristiwa tersebut. Di antara faktor- faktor ini adalah latar belakang kelas pekerjaan, hubungan dengan teman hidup, tidak mempunyai pekerjaan, bilangan anak lebih dari tiga orang, kehilangan ibu- bapa sebelum umur 11 tahun.
3.0 Pelbagai Pandangan Dari Perspektif Teori
a) Perspektif Psikososial
Perhubungan antara manusia ataupun antara manusia dengan persekitaran yang tidak normal akan menyebabkan kecelaruan sama ada dari segi akal mahupun jiwa. Contohnya, suatu kejadian traumatik yang dialami pada zaman kanak-kanak seperti dipukul dan didera, ditimpa kemalangan dahsyat atau kematian ibu bapa akan menyebabkan satu trauma psikologikal yang sukar untuk dilupakan. Kanak-kanak ini mungkin akan bertukar menjadi pendiam, sentiasa takut akan kehilangan orang-orang yang signifikan dengannya. Situasi ini akan mendorongnya mengelak untuk berkawan dan berinteraksi sosial.
Selain itu menurut perspektif ini juga, hubungan seseorang anak dengan keluarganya adalah suatu yang amat penting. Hal inilah yang menyebabkan mereka mempunyai personaliti menarik diri daripada interaksi sosial. Pelbagai masalah sosial yang lain secara tidak langsung juga menyebabkan masalah penyakit jiwa dan kecelaruan tingkah laku boleh berlaku seperti keadaan ekonomi individu, tekanan hidup di rumah atau tempat kerja, kegagalan dalam bercinta dan sebagainya.
b) Perspektif Kemanusiaan
Menurut Ab.Alim Abdul Rahman (1994:32), penyakit mental dari sudut kemanusiaan akan berlaku apabila pertumbuhan individu itu tersekat. Sekatan iniberlaku kerana beberapa sebab:
Penggunaan mekanisme bela diri sehingga menyebabkan individu terkeluar daripada realiti.
Keadaan sosial yang negatif kerana pembelajaran yang salah.
Ketegangan yang berlebihan
Menurut Mahmood Nazar Mohamed (2005:376), pakar psikologi humanistik seperti
c) Perspektif Psikoanalisis
Perspektif ini mengutarakan tahap kesedaran dan struktur personaliti. Konflik-konflik yang wujud dalam jiwa manusia akan menyebabkan seseorang itu mengalami masalah jiwa. Konflik yang dialami dalam bentuk motif yang tidak sedar dan sebarang peristiwa pahit yang cuba ditekankan ke dalam alam tidak sedar melalui proses represi. Hakikatnya semua konflik ini ingin keluar dari alam tidak sedar itu tetapi dikawal oleh ego dengan tindakan mekanisme helah bela diri. Maka. Mengikut pandangan psikodinamik, diri manusia ini adalah suatu medan peperangan bagi konflik-konflik tersebut dan berpunca dari inilah wujudnya simptom kecelaruan mental dan fizikal seperti hysteria, kesedihan, kemurungan, anxieti, takut dan sebagainya.
d) Perspektif Biologikal
Hampir semua penyakit ada asas biologikal dan begitu juga masalah kecelaruan bipolar. Antara faktor biologikal yang mempengaruhi keadaan kesihatan seseorang ialah genetik, ketidakeimbangan hormon, kecacatan fizikal dan pemakanan.Terdapat kajian yang menyatakan bahawa kerosakan sesetengah gen boleh juga menyebabkan pelbagai masalah jiwa.
Tingkah laku manusia dipengaruhi oleh hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar adrenal iaitu adrenaline dan noradrenalin yang akan menukar tingkah laku manusia apabila berada dalam keadaan tegang atau tertekan. Apabila wujud gangguan dalam pengeluaran hormon ini maka akan berlaku gangguan pada sistem otak. Selain itu pemakanan juga memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku individu. Kajian menunjukkan kekurangan bahan-bahan seperti tiamina, niasin dan vitamin B12 akan menyebabkan beberapa gangguan organik otak.
e) Perpektif Behaviorisme
Pakar behaviorisme berpendapat kecelaruan mental dan fizikal disebabkan salah pembelajaran serta proses pelaziman yang tidak sesuai. Manusia ini sentiasa mempelajari perkara yang baru dan kadang kala dalam proses memperoleh pengetahuan dan pengalaman itu, sesuatu yang tidak sesuai telah dipelajari sama ada secara langsung atau tidak. Hasil daripada pembelajaran seperti inilah yang menyebabkan wujud kecelaruan jiwa seperti fobia, kemurungan dan lain-lain dalam kehidupan seseorang.
4.0 Kaedah Rawatan Kecelaruan Bipolar
Panggilan seperti ‘gila, mereng dan tidak siuman’ begitu sinonim dengan mereka yang mengidap pesakit mental sama ada jenis Skizofrenia mahu pun Kecelaruan Bipolar telah menyebabkan ramai pesakit mental tidak mendapatkan rawatan sepatutnya, walaupun menyedari mereka sebenarnya menghadapi masalah gangguan fikiran. Malah, panggilan itu membuatkan ramai rasa malu dan bimbang terhadap pandangan serong masyarakat sehingga sanggup menyembunyikan ahli keluarga yang ‘sakit’. Walaupun dunia semakin maju, sikap sesetengah masyarakat kita masih tidak berubah dan soal menyembunyikan pesakit yang mengalami gangguan mental, yang sepatutnya menjadi sejarah, tetap berlaku hingga hari ini. Perkara inilah yang dikesalkan Ketua Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr Hussain Habil kerana kebanyakan pesakit hanya dirujukkan ke hospital selepas dua tahun mengalami masalah ini atau apabila keadaan menjadi semakin serius.
Sebenarnya terdapat pelbagai kaedah untuk merawat penyakit ini.Antaranya adalah menggunakan kaedah rawatan terbaru dalam bentuk ubat makan atau suntikan yang mempunyai tiga tujuan, iaitu menghilang dan membebaskan pesakit daripada gejala penyakit yang dihadapi serta memulihkan fungsi minda pesakit supaya mereka boleh menjaga diri. Ia juga membolehkan pesakit kembali ke pangkuan masyarakat, bekerja, bersekolah, tiada lagi tingkah laku agresif, bersemangat, menghargai diri dan hidup berdikari. Ubat dalam bentuk suntikan yang mulai diperkenalkan pada Ogos tahun lalu ada banyak kelebihan kerana hanya perlu diambil sekali setiap dua minggu. Kaedah ini sesuai bagi pesakit yang sukar mematuhi pengambilan ubat oral setiap hari dan kesannya bertahan selama dua minggu, selain kurang kesan sampingan. Ini bermakna pesakit hanya perlu pergi ke hospital dua kali sebulan bagi mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, pemilihan jenis ubat tertakluk kepada tindak balas badan pesakit. Kajian ke atas pesakit dewasa yang bekerja menunjukkan 18 peratus mengambil ubat anti-psikotik generasi pertama dan 46 peratus pula mengambil ubat generasi kedua.
Sebenarnya kaedah rawatan secara berterusan akan memberi kesan lebih baik kepada pesakit berbanding rawatan sekali sekala. Pun begitu, walaupun menjalani rawatan berterusan, pesakit masih boleh mengalami perubahan emosi dan jika ini berlaku, ahli keluarga perlu segera melaporkannya kepada doktor.Pada masa sama, ahli keluarga perlu banyak bersabar dan memainkan fungsi penting untuk membantu pesakit. Mereka memerlukan sokongan berterusan dan penjaga yang sentiasa bersedia membawa pesakit mendapatkan rawatan. Antara cara yang boleh dilakukan ialah menyertai kumpulan sokongan bagi masalah berkenaan. Rawatan untuk penyakit mental ini biasanya merangkumi rawatan fizikal, psikologi dan sosial. Rawatan psikologi kepada pesakit ini, termasuklah rawatan kaunseling, psikoterapi dan tingkah laku.
4.1 Kaedah Rawatan Psikologi (Kaunseling)
Kaunseling yang dilakukan termasuklah :
Pendidikan yang menjelaskan berhubung dengan simptom-simptom yang dihadapi pesakit.
Aspek pengambilan ubat
Konsep tekanan, cara menanganinya, motivasi diri dan harga diri.
Aspek perhubungan kekeluargaan, rakan kerja dan lain-lain.
4.2 Kaedah Rawatan Psikologi (Psikoterapi)
Psikoterapi pula merupakan rawatan psikologi bersifat dua hala iaitu antara doktor
dan pesakit. Bentuk-bentuk psikoterapi yang dilakukan ialah:
Psikoterapi dinamik
Psikoterapi kognitif
Psikoanalitik psikoterapi
Walau bagaimanapun tidak semua pesakit sesuai menjalani rawatan psikoterapi seumpama ini. Hanya difokuskan kepada pesakit neurosis tertentu dan pesakit mestilah bermotivasi tinggi, berfikiran terbuka, bijak dan penyakit yang dihadapi tidaklah terlalu kronik. Hubungan pesakit pada masa lampau mewarnai persepsi dan tingkah laku pesakit pada masa kini. Dalam menjalani rawatan psikoterapi ini, doktor akan menjelaskan punca (dinamik) sesuatu konflik itu terjadi atau bermula. Konflik yang dihadapi oleh seseorang ada hubungan dengan ibu bapa atau keluarga banyak mencorakkan cara pesakit berinteraksi dengan individu lain.
Rawatan jenis ini dilakukan secara individu atau berkumpulan seramai empat ke enam orang. Julat umur mestilah sama di samping persamaan personaliti dan permasalahan yang hampir serupa. Melalui kaedah ini, pesakit akan bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain dan cuba belajar menangani masalah yang mereka hadapi.
4.3 Kaedah Rawatan Psikologi (Tingkah laku)
Menurut Dr. Ramli Hassan (1990), terapi tingkahlaku adalah suatu pendekatan dalam rawatan yang melibatkan prinsip-prinsip pembelajaran dan pelaziman bagi menganalisis, mengubah serta merawat gangguan tingkah laku atau simptom-simptom penyakit mental. Menurut Bahagian Pendidikan kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman web http;//www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel kesihatan/penyakit mental.htm memaparkan bahawa rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini. Pendekatan tingkah laku ini lebih berfokus kepada tingkah laku nyata yang objektif dan yang dapat dinilai secara kuantitatif. Para pesakit akan diberi beberapa latihan dan hasil yang diperolehi pesakit akan diberikan penghargaan.
4.4 Kaedah Rawatan Fizikal
Menurut Menurut Dr. Ramli Hassan (1990), rawatan fizikal penyakit mental terbahagi kepada rawatan kemoterapi, terapi elektrokonvulsif (ETC) dan juga rawatan ubat-ubatan. Sebagai contohnya ubat lithium karbonat digunakan untuk mengawal penyakit afektif yang berulang-ulang. Kaedah ini menggunakan arus elektrik terutamanya dalam rawatan kemurungan yang teruk sehingga apabila pesakit berasa hendak membunuh diri atau pun mengabaikan makan dan minumnya. Pesakit yang mengalami mania yang sukar dikawal dengan ubat-ubatan juga dapat dirawat dengan berkesan menggunakan ETC ini.
4.5 Kaedah Rawatan Sosial
Menurut Nor Shamsinor Baharin (dalam http://www.geocities.com/HotSpring/Oasis/5150/ azh.html), rawatan sosial penyakit mental adalah melibatkan semua pembabitan masyarakat. Ini mengikut Akta Kesihatan Mental 2001 dengan membuka ruang yang luas terhadap penglibatan msyarakat dalam usaha memulihkan pesakit mental. Keutamaan program kesihatan dalam komuniti dengan melibatkan pertubuhan sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai penggerak kepada ke arah pemulihan pesakit mental semakin diberi peranan yang luas. Sebagai contohnya klinik Psikatri Hospital Tengku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah menganjurkan aktiviti yang melibatkan hubungan komunikasi dan interaksi di antara pesakit mental dengan keluarga serta masyarakat. Para pelatih juga diajar berdikari seperti membasuh kain, memasak serta mengendalikan peralatan tertentu.
Menurut Dr Nor Hayati Ali (dalam http://www.geocities.com/HotSpring/ Oasis/5150/ azh.html) kesedaran masyarakat khususnya keluarga haruslah merujuk ahli keluarga yang mengalami gangguan mental untk mendapatkan rawatan. Masyarakat perlu sedar dan faham bahawa tidak semua yang bertemu dengan pakar psikatri dikategorikan sebagai gila. Untuk itu, masyarakat dan ahli keluarga perlulah berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenai gejala masalah mental supaya mereka yang berada pada peringkat awal gejala ini dapat diubati dan seterusnya menjalani kehidupan normal sebagaimana masyarakat biasa. Bahagian Perkhidmatan Psikologi melalui sumber internet yang diakses melalui laman web J:www.jpa.gov.my/psikologi/jmis/, menyarankan masyarakat agar menukar persepsi yang mengaitkana penyakit mental dengan gila dan menghentikan sikap diskriminasi serta menghapuskan stigma yang hanya merendahkan maruah pesakit mental. Pesakit bipolar sering dianggap gila sedangkan mereka tidak gila sebaliknya mengalami gangguan disebabkan banyak faktor seperti masalah dalam keluarga dan tekanan persekitaran.
4.6 Kaedah Rawatan Islam
Syed Hassan Al-Mashor dan Raihanah Abdullah (1994), menjelaskan bahawa rawatan menurut Islam meliputi aspek jasmani dan rohani. Tahap pencapaian moral dan akhlak yang tinggi dapat membantu pesakit dalam menghadapi setiap penyakit. Keimanan dan keyakinan boleh menjadikan seseorang lebih tenang dan dapat membantu proses penyembuhan. Firman Allah yang bermaksud ’Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram’.(Surah Al-Rad, ayat 28).Secara keseluruhannya, kesempurnaan rohani dan jiwa adalah satu aspek penting dalam Islam. Manusia digalakkan sentiasa mengingati Allah agar jiwa menjadi tenang. Perubatan dan kesihatan dalam konteks Islam adalah satu jaminan yang saintifik. Perkara itu adalah nyata. Al-Quran dan sunah Nabi Muhammmad SAW telah menjadi buktinya. Selain itu keluarga adalah orang yang paling berpengaruh dalam menentukan pilihan terbaik untuk ahli keluarga mereka. Sokongan yang berterusan daripada ahli keluarga lambat laun akan memberikan impak yang positif hasil daripada rawatan yang diterima. Pada umumnya pesakit bipolar juga mengharapkan timbang rasa daripada keluarga dan masyarakat. Pesakit bipolar juga sebenarnya memerlukan yang terbaik untuk diri mereka.
Kesan Kecelaruan Bipolar Kepada Pesakit
Seperti yang diperkatakan di atas, kecelaruan bipolar menyebabkan perubahan emosi berepisod, iaitu daripada terlalu gembira kepada sedih dan hilang semangat; kemudian gembira semula di antara emosi ‘normal’. Perubahan emosi ini selalunya diikuti perubahan tenaga dan kelakuan. Keadaan berubah-ubah antara terlalu gembira dan sedih dipanggil episod mania dan kemurungan.kebanyakan pihak menganggap gangguan mania sebagai sesuatu yang positif kerana membuatkan mereka aktif dan gembira melayan perasaan sendiri. Apa yang membimbangkan, keadaan itu boleh membuatkan seseorang tidak dapat mengawal pemikiran, sekali gus mempengaruhi tingkah laku masing-masing sehingga menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku. Ini kerana kecelaruan bipolar akibat ganguan mania akan menjejaskan otak dan boleh mempengaruhi perasaan seseorang dan pada masa sama individu terbabit akan mempamerkan tindakan drastik. Ia berikutan keupayaan seseorang individu yang mengalami mania meningkat mendadak sehingga mengakibatkan mereka terlalu gembira dan ada di dunia sendiri. Selain itu, individu yang mengalami gangguan bipolar boleh ‘diserang’ kemurungan. Mereka sering kelihatan sedih, mudah putus asa dan lebih suka menyendiri. Malah, mereka juga hilang minat untuk melakukan kegiatan digemari. Ada kalanya episod mania dan kemurungan yang serius turut mempunyai simptom psikosis seperti halusinasi (mendengar suara ghaib) atau delusi (mempercayai perkara yang tidak wujud). Keadaan ini timbul apabila pesakit dalam keadaan ekstrem. Seseorang pesakit boleh mengalami beberapa gejala pada satu masa. Mereka mungkin menghadapi masalah sukar tidur, selera makan berubah, resah, psikosis dan ada fikiran mahu membunuh diri. Mereka mungkin sangat sedih dan tidak berguna, tetapi pada masa sama pesakit berasakan sangat bertenaga. Walaupun gangguan bipolar kerap berlaku pada peringkat awal dewasa, ia boleh melanda kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami gangguan bipolar menunjukkan perubahan emosi yang begitu ketara antara riang dan murung dalam masa sehari. Mereka lebih mudah terganggu dan cenderung menunjukkan sikap pemarah daripada sikap riang. Pesakit juga lebih cenderung untuk hilang minat terhadap apa jua aktiviti dilakukan. Sebaliknya mereka lebih gemar menyendiri dan kurang selesa dengan kehidupan dijalani,
tumpuan pesakit juga merosot dan sukar membuat keputusan. Gejala seperti ini akhirnya menjejaskan kualiti hidup pesakit, manakala prestasi kerja atau pelajaran turut merosot.
6.0 Rumusan
Sebenarnya dalam kita membicarakan kategori penyakit mental tidak kira dari kategori mana sekalipun, kita tidak boleh terkecuali daripada merujuk Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM) yang telah dikeluarkan oleh Persatuan Psikiatri Amerika (APA) pada tahun 1952. Melalui DSM, satu klasifikasi penyakit mental telah diberikan dan diguna pakai oleh seluruh dunia sebagai suatu kaedah dianogsis penyakit mental. Hasil pengubahsuaian sistem klasifikasi ini, maka APA telah mengasaskan versi baru DSM pada tahun 1994 yang dikenali dengan DSM-1V yang menggunakan sistem multipaksi. Menurut klasifikasi yang telah dibuat melalui DSM-IV, kecelaruan bipolar sama ada Kecelaruan Bipolar 1 ataupun Kecelaruan Bipolar 2 adalah di bawah kategori Kecelaruan Mood iaitu satu daripada empatbelas jenis penyakit mental yang dikategorikan oleh Persatuan Psikiatri Amerika (APA) melalui DSM-IV.
1. | Kecelaruan mood |
|
Rentetan dari pelbagai pendedahan yang diketengahkan di atas, ternyata gejala gangguan mental semakin menular dalam kehidupan masyarakat kini.Pelbagai punca boleh dikenalpasti mengapa ramai individu mula terarah kepada permasalahan mental yang teruk sehingga mengundang kepada kecederaan sama ada kepada diri pesakit itu sendiri mahupun orang-orang yang signifikan dengannya ataupun masyarakat yang terdapat di sekelilingnya. Justeru, sebagai seorang yang peka terhadap kesihatan diri dan keluarga beberapa ciri kesihatan mental yang positif perlu dikenalpasti. Antara ciri-ciri kesihatan mental yang positif terutama terhadap diri sendiri adalah seseorang individu itu perlu menyedari kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri, berupaya mengawal perasaan dalam apa juga situasi, sanggup menerima sebarang kegagalan secara positif dan sihat, mempu menghindari kegiatan yang tidak bermoral dan belajar menghargai diri sendiri. Selain itu seseorang individu juga perlu memberi perhatian terhadap kemampuannya berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain kerana ini secara tidak langsung dapat menggambarkan sama ada individu tersebut mempunyai kesihatan mental yang baik dan positif. Antara ciri-ciri yang perlu diberi perhatian adalah keupayaan dan kemampuan berkomunikasi secara berkesan dengan individu lain, mampu menerima dan memberi kasih sayang dengan baik, tahu menghargai dan dapat mempercayai orang lain serta boleh menerima pendapat yang diberi oleh orang lain secara terbuka. Selain itu, bagi mengukuhkan lagi kesihatan mental seseorang keupayaan menghadapi cabaran juga perlu diberi perhatian serius. Individu yang sihat mentalnya akan berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah yang datang, memapu mengatasi konflik dengan bijaksana, mampu membuat keputusan untuk diri sendiri serta bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya menghadapi kebuntuan dalam menyelesaikan pelbagai masalah harian.
Sebagai rumusannya, semua individu pasti menginginkan kehidupan yang sihat sama ada sihat dari segi fikikal mahupun kesihatan mental. Oleh yang demikian, setiap individu perlu mempunyai kemahiran hidup bagi memastikan mereka dapat mengekalkan tahap kesihatan mental mereka. Antara lain saranan tersebut merangkumi latihan tegas diri, belajar menghargai diri sendiri, membina persahabatan dengan orang lain, sentiasa berfikiran positif, berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan, belajar menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, menguruskan konflik dan kemarahan dengan cara bijaksana, setiap ibubapa mempunyai kemahiran keibubapaan dalam mendidik anak-anak, mempunyai pengetahuan untuk menguruskan masa dengan baik dan berkesan serta berpengetahuan tentang teknik-teknik relaksasi untuk mengawal stress..Walau bagaimanapun, dalam menghadapi kehidupan era langit terbuka yang terdedah dengan pelbagai risiko serta kekangan, setiap individu memainkan peranan sama penting ke arah kesihatan mental individu yang lain. Oleh yang demikian, ibu bapa, masyarakat, institusi pendidikan malah semua individu yang signifikan dengan individu yang lain perlu berganding bahu bagi memastikan gejala penyakit mental tidak merebak dan menjadi wabak. Apa yang pasti komitmen dan kerjasama amat diperlukan agar permasalahan ini boleh diatasi dengan waras dan bijaksana.
RUJUKAN
Ab. Alim Abdul Rahim. (1994). Pengantar psikologi bilazim. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
American Psychiatric Association . (1994). Diagnostic and statistical manual of mental disorder, fourth edition: DSM-IV.
James N. Butcher, Susan Mineka dan Jill M. Hooley. (2007). Abnormal psychology core
concepts.
Lawrence A. Pervin dan Oliver P. John. (2000). Personality theory and research eighth
Edition.
Mahmood Nazar Mohamed.. (2005). Pengantar psikologi: Satu pengenalan asas kepada
jiwa dan tingkah laku manusia.
Ramli Hassan. (1990). Pengantar Psikiatri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Hassan Al-Mashoor dan Raihanah Abdullah. (1993). Gangguan Mental.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sd. Bhd.
www. ctimes. com.my /Current_News/HM/Sunday/Kesihatan/ 0070211130105/sun_ artrevamp diakses pada 17 Ogos 2007
http://groups.google.com.my/group/oku diakses pada 18 Ogos 2007
http://www.geocities.com/HotSpring/Oasis/5150/azh.html diakses pada 18 Ogos 2007
http://www.jpa.gov.my/psikologi/jmis/koleksi%20JMIS7202005/Memahami MentalDis.pps diakses pada 9 Ogos 2007
Isnin, 14 September 2020
PENDEKATAN MENDIDIK ATASI MASALAH REMAJA
PEMBABITAN remaja melakukan perkara menyalahi agama, termasuk pergaulan bebas lelaki dan perempuan hingga melanggar batas hukum dan norma masyarakat menjadi kebimbangan hari ini.Mencari siapa yang salah atau menuding jari bukanlah tindakan bijak, sebaliknya semua pihak perlu rasa terpanggil untuk mencegah perkara bercanggah nilai Islam. Tugas menegak yang hak dan benar, mencegah yang mungkar adalah tanggungjawab setiap anggota masyarakat.
Firman Allah yang bermaksud: “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang menyeru manusia kepada jalan Allah serta beramal salih, seraya berkata, “Aku daripada kalangan orang Islam.” – ( Surah al-Fussilat, ayat 33)
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dicegah dengan tangannya, jika tidak mampu ,hendaklah cegah dengan kata-kata dan jika tidak berdaya, cegahlah dengan hati dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.” – (Hadis Sahih Muslim)
Pihak bertanggungjawab memupuk nilai Islam kepada remaja ialah:# Ibu bapa dan keluarga kerana mereka paling hampir dengan remaja.
Allah berfirman yang bermaksud: “Peliharalah dirimu dan ahli keluarga dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu.”– – (Surah at-Tahrim, ayat 6)
Remaja bermasalah dan terbabit dengan salah laku sosial biasanya dibesarkan dalam keluarga kurang mengambil berat amalan agama dan taraf ekonomi rendah. Apakah kita terus menyalahkan remaja sedangkan mereka tidak diberi perhatian dan tunjuk ajar?
MERAUT CABARAN
DIARI SEORANG PESARA 3
Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...

-
Anak saya Fatin Naimah dan Farah Izzati sering terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan pidato ketika di sekolah rendah. Sebagai gala...
-
Sebagai seorang guru kadang-kadang kita hairan mengapa pencapaian akademik para pelajar kita ada yang semakin merosot. Atau barangkali ke...
-
Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Yang Berusaha ...