Ahad, 24 Februari 2013

KEMBARA SEBUAH PERJALANAN (2)

8 Februari 2013
Setelah melalui perjalanan yang agak panjang (kira-kira lebih 12 jam), kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz Jeddah lebih kurang jam 4.00 pagi waktu tempatan.  Balai ketibaan sesak dengan jemaah yang ingin melepasi immigration.  Kesesakan memakan masa lebih satu jam.  Sebaik selesai memungut bagasi, kami menunaikan solat subuh di sudut kecil yang disediakan.  Ketibaan kami disambut wakil Suffah Travel & Tour di Jeddah (Hj. Hamdi) yang sedia menunggu.  Bas yang akan membawa kami ke Madinah al-Munawarah juga sudah sedia menunggu dengan seorang pemandu yang cukup dedikasi Hj. Bahlol.  Perjalanan ke Madinah memakan masa lebih 6 jam.


Sebenarnya sepanjang perjalanan ke Madianah al-Munawarah hanya yang dapat disaksikan adalah padang pasir - yang cukup menginsafkan.  Demikian sukar sebenarnya junjungan besar Nabi Muhamad SAW ketika berhijrah meninggalkan kota Mekah.  Tiada sebarang pokok untuk berteduh.  Hanya saujana mata memandang melihat hutan batu di kiri kanan.  Subhanallah.  Begitu menginsafkan.

Kami tiba di Hotel Mubarak Al-Madinah yang terletak lebih kurang 150m ke Masjid Nabawi kira-kira pukul 11.00 pagi.  Memandangkan bilik belum disediakan dan waktu untuk solat Jumaat semakin menghampir, kami (seramai 23 orang jemaah semuanya) bergerak ke Masjid Nabawi.  Masaallah.  Maha Suci Allah.  Keseluruhan kawasan masjid sudah dipenuhi jemaah yang datang dari seluruh pelusuk tanah air.  Dengan mengikuti jejak Pn. Ainul, kami cuba untuk masuk ke dalam masjid, sayangnya kesemua laluan sudah pun penuh meskipun waktu solat masih agak awal.  Kami terpaksa mengambil tempat di dataran yang semakin ramai orang.  Entah kenapa, kesayuan mula bertandang dalam diri.  Bersyukurb sungguh saya kerana dapat menjejakkan kaki ke masjid ini.  Ya Allah, terasa air mata tidak pula dapat saya tahan.  Terima kasih Allah kerana menerima kehadiran saya dan keluarga untuk menjejakkan kaki ke rumah kekasihMu Nabi Muhammad SAW.  Alhamdulillah.


Petang itu, setelah selesai segala urusan dan menunaikan solat asar di Masjid Nabawi, kami dibawa menziarahi makam Rasulullah SAW dan Perkuburan Baqi'.  Salam buatmu Junjungan Besar Rasulullah.

Khamis, 21 Februari 2013

KEMBARA SEBUAH PERJALANAN (1)

Tanggal 7 Februari 2013 - Setelah begitu lama menanti, akhirnya saya dan keluarga memulakan sebuah perjalanan untuk mencari sinar redha Illahi.  Dengan pesawat Air Asia kami berlepas dari Lapangan Terbang Kepala Batas lewat pukul 9.00 pagi selepas pesawatyang mengalami sedikit kesulitan diperbaiki.  Berikut merupakan permulaan perjalanan kami dari KLIA - makanan yang disediakan di atas pesawat Yemenia Air selama 11 jam perjalanan.  Kesesakan ketika sampai di Kota Jeddah dengan ribuan jemaah umrah beratur di pintu masuk jam 4.00 pagi. Juga sarapan pagi nasi lemak beras basmathi yang menunggu kami untuk mengalas perut sebelum tiba ke Kota Madinah al-Munawarah.
Sebelum masuk ke balai berlepas
Perjalanan kami pun bermula
Makanan pertama yang dihidangkan atas Yemenia Air
Makanan atas pesawat dari Sana'a ke Kota Jeddah


Jemaah Umrah Berbaris Untuk Memasuki Jeddah
Nasi Lemak Basmathi sarapan pagi 8 Februari 2013

Ahad, 3 Februari 2013

PETUA DAN CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG



Berikut merupakan saya kongsikan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, menurut  Dr Fadzilah Kamsah.  Menurut beliau pelajar cemerlang akan:
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
·         kita ingat 10% apa yang dibaca
·          kita ingat 20% apa yang didengar
·          kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
·          kita ingat 70% apa yang dicakapkan
·          kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah). ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
·         pastikan cahaya adalah terang
·          kurangkan gangguan bunyi
·          tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
·          tampal gambar-gambar yang menenangkan fikirano kerusi dan meja menghadap kiblat
·          jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan
 membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
·         memasukkan maklumat dalam memori (registration)
·          menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
·          mengingat kembali (recall)
·   menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
·         persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
·          pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
·          belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
·      untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru. 
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
·         duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
·          memberikan tumpuan sepanuhnya
·          menggunakan jari telunjuk untuk membaca
·          menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji:
·         cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kitao siapkan semua bekalan dengan sempurna
·          duduk tegak dikerusi yang selesao baca doa penerang hati
·          baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
·          fikir dan ingat kembali isi utama
·          catat/lakar
·          semak semula ketepatan maklumat
·          ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
·          buat rumusan
·          jawab soalan
·          tampal maklumat yang rumit di dinding
·          baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
·         jangan makan kepala ikan
·          jangan makan organ dalaman
·          jangan minum semasa makan
·          jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
·          jangan melihat kemaluan
·          banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
·          banyakkan makan kismis, kurma dan madu
·          banyakkan makan kekacang
·          pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
·          jangan makan sehingga terlalu kenyang
·          jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
·         tampal nota-nota penting di dinding
·          tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
·    gunakan kaedah akronimo reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
·          pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
·         mempunyai jadual belajar
·         patuh kepada jadual
·         buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:o taat kepada Allah
·         mendirikan sembahyang
·    menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan merekao hormati & sayangi guru
·          bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
·          suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajario membantu rakan yang memerlukan
·          berdoa dan bersyukur kepada Allah
·          sentiasa bertawakalo mahir dalam setiap mata pelajaran

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...