Saban tahun selepas keluar keputusan peperiksaan SPM, tidak lama selepas itu datanglah satu senarai panjang nama-nama pelajar yang berjaya diterima masuk ke tingkatan 6 atau dinamakan PRAU I. Kami guru-guru pun menuggu dengan penuh debaran, siapa lagi yang akan mendaftar kembali ke sekolah, kerana selalunya pelajar yang diterima masuk sangat ramai - mencecah 90 orang setiap tahun. Puas kami memikirkan kelas yang hendak disediakan untuk jumlah pelajar yang begitu ramai. Tapi selepas seminggu kami menanti, kami pun bersenang hati, tapi sedikit kecewa kerana tingkatn 6 tidak menjadi pilihan pelajar. Barangkali ramai yang mendapat tawaran rasa serik untuk datang dan kembali belajar ke sekolah Bahiyah kerana, selepas meninggalkan tingkatan 5, dengan pelbagai karenah guru yang memaksa mereka rajin, komited dan bersungguh-sungguh, menjadikan mereka rasa tidak tertahan lagi untuk bekerja keras seperti yang dipinta oleh guru. Barangkali tamat tingkatan 5 merupakan satu rahmat kepada mereka, kerana mereka tidak lagi perlu bersusah payah belajar seperti yang dihajati dan dipaksakan oleh guru-guru Bahiyah yang sangat rajin, prihatin dan komited. Memanglah pelajar yang dapat masuk ke tingkatan 6 adalah pelajar yang tidak begitu cemerlang dari segi sikap, maka kuranglah cemerlang pencapaian prestai mereka. Ada yang main-main, tidak serius, tidak ada harga diri, ada yang ada krisis identiti, ada yang tidak ada hala tuju, ada yang ada masalah keluarga, ada yang malas, ada yang suka ponteng sekolah, ada yang keluarga tak peduli, dan macam-macam lagi. Tapi oleh kerana mereka berada di Bahiyah mereka berjayalah juga, kalau di sekolah lain yang lebih banyak masalah, dan guru-guru pun terhad keupayaan mereka, maka semua mereka ni hancur, gagal lebih teruk dan tidak berupaya untuk masuk tingkatan pun. Itulah kelebihan guru-guru di Bahiyah sebab itulah ramai guru mengajar di sekolah lain, tapi tidak sanggup membawa anak mereka ke sekolah tempat mereka mengajar, kerana barangkali mereka tidak dedikated dan tidak komited di sekolah mereka. Dengan latar belakang pelajar seperti tersebut di atas, yang masuk ke tingkatan 6, kami sudah bersedia mental untuk membuat operasi minda secara besar-besaran. Bermula pada minggu orientasi, pelajar-pelajar disedarkan dengan kesilapan masa lalu, harapan masa depan, dan yang paling penting cabaran yang bukan calang-calang. Pelajar-pelajar dibedah pekong mereka, diletakkan di bumi nyata, dan dibetulkan landasan supaya perjalanan yang bakal dillaui selama dua tahun akan membuahkan hasil, bukan buang masa, dan tenaga saja. Amatlah bertuah guru-guru tingkatan 6 semuanya memang tiada tolok bandingnya - kesabaran, keperihatinan, kesungguhan, penuh komitmen dan kasih sayang - tidak kira masa, tenaga dan wang ringgit. Dengan segala kekurangan pelajar dan segala kekuatan guru itulah, pelajar tingkatan enam dibimbing, dipimpin, dan dibantu sehingga impian mereka menjadi kenyataan.
(Sebenarnya tulisan ini yang saya kutip dari catatan seorang pengetua yang sentiasa meletak-harap pada kejayaan para pelajar walau melalui saluran apa pun juga - Matriks,asasi, diploma mahu pun tingkatan 6. Malahan anggapan dan tanggapan Tingkatan 6 sebagai 'last choose' atau 'low class' perlu dibuang jauh-jauh kerana ramai pelajar yang memasuki tingkatan 6 dapat mencapai keputusan jauh lebih baik daripada sebelumnya. Jangan lekas 'give up' kerana berapa ramai orang gagal berjaya mencapai kejayaan dan berada di puncak)