Selasa, 17 November 2015

LANGKAH-LANGKAH MENJADI PELAJAR CEMERLANG



Menjadi pelajar cemerlang bukanlah sesuatu yang mudah dan terjadi dengan sendirinya melainkan usahanya yang berterusan dan sikapnya yang sanggup bersusah-payah.  Antranya adalah;
1. Taat kepada perintah Allah SWT
Sentiasa mematuhi apa yang disuruh dan meninggalkan segala larangan.  Maka pelajar cemerlang akan sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT.
2. Doakan Ibu Bapa
Ibubapa adalah orang yang sewajarnya diberi penghormatan yang tinggi kerana pengorbanan mereka.  Oleh itu restu ibu bapa perlu sentiasa dipohon bagi membolehkan anak-anak mendapat keberkatan dan ketenangan.
3. Hormat dan Sayang Kepada Guru
Guru orang yang bertanggungjawab menyampaikan ilmu kepada kita.  Jadi seharusnya pelajar menyayangi dan menghormati guru.  Orang yang mengkhianati gurunya, pintu hatinya akan tertutup untuk mendapat ilmu.
4. Berkawan Dengan Orang yang Bersikap Positif
Berkawanlah dengan orang yang bersikap positif kerana meraka dapat memberi dorongan dan semangat untuk kita belajar dan mengulangkaji.
5. Sedia Membantu Kawan-Kawan Yang Memerlukan Bantuan
Jangan Lokek untuk berkongsi ilmu dengan rakan kerana ini dapat meningkatkan kefahaman dan mengukuhkan ingatan.
6.    Mengetahui Teknik Belajar Yang Betul
7. Gemar Pada Subjek
Minat kepada subjek adalah elemen yang penting untuk memastikan kecemerlangan.  Tanpa minat sesuatu yang mudah akan menjadi sukar dan tidak menyeronokkan.

Khamis, 5 November 2015

KEMAHIRAN MENDENGAR



1.  Di sekolah antara 60 % – 70 % masa belajar  digunakan untuk mendengar.
2.   Pelajar selalu menghadapi masalah  mendengar seperti :
¨ Tiada penumpuan
¨ Tidak tahu apa yang didengar
¨ Kebisingan
¨ Sikap diri
3.  Pendengaran dipengaruhi oleh :
¨ Fizikal
¨ Kerosakkan deria dengar
¨ Usia semakin lanjut
¨ Gangguan
¨ Luaran
¨ Hentakkan kaki
¨ Enjin kenderaan
¨ Percakapan orang lain
¨ Lain-lain gangguan persekitaran
¨ Dalaman
¨ Sikap diri
¨ Keletihan
¨ Tekanan perasaan
¨ Tidak cukup tidur dan sebagainya
¨ Bosan
¨ Terpaksa mendengar
¨ Tidak berminat
¨ Sikap menolak
¨ Lupa
¨ Perlu mendengar secara kritis
¨ Motivasikan diri anda untuk mendengar
¨ Bina kata kunci
¨ Gabungkan idea untuk gambaran  keseluruhan
¨ Bunyi yang tidak jelas
¨ Jangan biarkan keadaan itu berterusan

KEMAHIRAN BELAJAR



Kemahiran yang boleh dikuasai oleh individu dengan mengfungsikan kelima-lima deria rangsangan iaitu deria :
· Penglihatan
· Pendengaran
· Sentuhan
· Rasa dan bau
 


Rangsangan deria ini akan disimpan dalam stor ingatan dalam jangka masa pendek iaitu 20 minit sahaja. Sekiranya ingatan tersebut difikirkan maka ia akan dimasukkan ke stor ingatan jangka masa panjang dan seterusnya untuk jangka masa yang lama. Menerusi usaha
· Mengulangkaji
· Membuat latihan
· Menghafaz
· Menyemak
· Menyoal
· Membuat gambaran
· Mendengar
· Menterjemah
· Membina klu
· Memerhati
· Mencatat nota
· Berbincang
· Menemuramah
dan sebagainya mampu mengekalkan maklumat tersebut.
Þ Suatu kecekapan atau keupayaan yang dikuasai oleh pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat dengan sendiri.
Þ Kombinasi berbagai-bagai kaedah agar pembelajaran lebih berkesan.

Selasa, 15 September 2015

MENGHITUNG SEBUAH RINDU

Benarlah kata orang-orang tua, "biarlah kita punya ramai anak kerana dalam ramai itu pun kita akan tinggal sendirian".  Sunyi sebenarnya. Kala malam sebaik masuk ke rumah, rumah ini walau pun tidak sebesar mana terasa sunyinya.  Kalau dulu, rumah ini akan riuh dengan suara anak-anak. Meskipun aku hanya punya 4 orang 'buah hati' namun,10 tahun dahulu suara mereka memenuhi seluruh ruang rumah.  Benar,keempat-empat mereka tinggal di asrama! - bermula dengan abang Mawardi, diikuti kakak Farhana.  Dan kemudiannya Kak Lang Fatin Naimah seterusnya Farah Izzati. Namun rumah ini tidak pernah sunyi ketika hujung minggu. Seronoknya apabilaboleh masak dan makan sama-sama.  Lebih seronok ketika mereka berebut-rebut makan dan makanan yang disediakan habis dengan segera.
Namun,sebaik mereka membesar- Mawardi ketika ini sudah pun menjangkau 25 tahun Disember ini.  Sebaik tamat Tingkatan 5, belajar dan seterusnya bekerja.  Rumah ini kehilangan satu suara anak.Dan aku cuba membiasakan diri bahawa anak lelaki tunggalku sudah pun dewasa.  


Dan bakal pula meninggalkan rumah untuk membentuk sebuah keluarga baru.  Kesunyian itu mula terasa.  Demikian rasanya seorang ibu apabila ditinggalkan anak-anak yang mula belajar mengenal dunia. 


 Proses kehidupan - ditinggalkan untuk belajar diteruskan oleh anak keduaku Farhana.  Jika Mawardi hanya di sekitar utara, Farhana memulakan langkahnya agak jauh. Ketika dia ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Multimedia Universiti di Cyberjaya (Program Ijazah Dalam Negara -PIDN), sebagai seorang ibu aku merasa sangat bersyukur dan bangga.  Pun sebaik dia berangkat pergi,aku sedar bahawa anakku itu akan berada jauh di sisi. Maka hilanglah satu lagi suara - yang sering 'bertikam lidah' dan 'berdebat' dengan aku meskipun untuk isu-isu kecil. Maka aku terus menanggung kerinduan menanti saat mereka pulang.


 
Sebaik Kak Lang Fatin Naimah diterima memasuki asrama dari Tingkatan 1 hingga 5 dan seterusnya menyambung pengajian peringkat Asasi Pengurusan di Universiti Utara Malaysia, aku masih berasa bersyukur.  Aktiviti hujung minggu kami (aku dan suami) selain menziarahi Adik Farah Izzati di SM Kebangsaan Agama Kedah adalah menyusuri Lebuhraya Utara Selatan ke Sintok.  Hampir setiap minggu. Dan selalunya 2 kali seminggu.  Maka aktiviti itu berterusan hinggalah Fatin menamatkan asasinya di UUM pertengahan tahun 2015.  


 



Pun rupa-rupanya peraturan Allah SWT lebih cantik lagi.  Fatin pergi lebih jauh - meninggalkan aku menghitung hari-hari mendatang.  Pergi melanjutkan pelajarannya ke Jordan mulai penghujung Ogos.  Maka kesunyian itu makin menebal dalam diri. Dan kerinduan terus bersarang menghitung detik-detik menjengah malam agar dapat pula berhubungan dengan anak-anak melalui canggihnya dunia teknologi - wechat, telegram, washap, massenger atau voice call dan sesekali video call. 




Syukurlah kerana rutin mingguan kami masih boleh diteruskan. Dan itulah sebenarnya nikmat bagi sebuah kehidupan.  Aku dan suami masih boleh menjengah adik Farah Izzati di SMKAK.  Walaupun sebenarnya kami tidak pernah mengira sudah berapa tahun  mulai zaman Mawardi Tingkatan 1 tahun 2003, kakak dan seterusnya adik tahun 2015.  



Tidak pernah berselang minggu dan boleh dikatakan hampir setiap minggu selama 13 tahun itu. Itulah dunia dan kebahagiaan kami dari dulu dan sekarang.  Kerana mereka adalah harta kami dunia dan akhirat.  Yang kami lahir dan besarkan dari rasa cinta dua jiwa.  

 Dan tika ini apabila malam semakin tua, apabila mata tidak boleh dilelapkan, tika suami sudah diulit mimpi dek keletihan bekerja (keluar jam 7.00 pagi dan balik jam7.00 malam hampir setiap waktu untuk menggelakkan rasa sunyi tika dirumah) - rindu itu mula kuhitung satu-satu. Lantas doa kupanjantkan buat semua buah hati tercinta - Mawardi, Farhana, Fatin Naimah dan Farah Izzati.
 
"Ingatlah pesan emak tiap kali kalian turun dari kereta (hampir setiapkali) - Jangan lupa sembahyang.  Jangan bergaduh dengan orang.  Jangan lupa tanya cikgu kalau tidak faham. Hormat guru dan orang lain. Jaga tingkahlaku. Mengaji pandai-pandai. Mak dan abah tidak ada harta untuk ditinggalkan".
Kerana kalian adalah lambang sebuah cinta juga kasih sayang antara dua jiwa yang diikat dengan akad - SOBRI & HALIJAH. 

Maka kerana kalianlah emak saban malam, saban siang malah saban hari menghitung rindu menanti dan terus menanti detik kalian pulang semuala ke rumah apabila bercuti.  Mengenang detik kanak-kanak kalian yang pastinya tidak akan berulang lagi. 

Semoga berjaya menjadi anak-anak soleh dan solehah. Doa seorang ibu pasti terus menerangi walau di mana juga kalian berada.  Dan pulanglah anakandaku semua dengan ilmu penuh di dada!!

Sabtu, 29 Ogos 2015

BICARA SOAL HATI




 

ADA KETIKANYA
 KITA BERBICARA TANPA 
BERFIKIR 
BAIK BURUK KESANNYA
SEHINGGA KATA-KATA KITA 
MELUKAKAN 
ORANG LAIN 
BERKALI DAN 
BERULANG-ULANG.
SESUNGGUHNYA 
KATA-KATA ITU 
LEBIH TAJAM DARI PEDANG




DAN ADA KETIKANYA PULA
 KITA  TERLUPA BAHAWA 
KITA JUGA PUNYA RASA
PUNYA HATI UNTUK DIJAGA.










Khamis, 16 April 2015

Mengatasi Tekanan



Di dalam dunia yang serba pantas dan mencabar, manusia secara tidak langsung telah didorong untuk bekerja dengan lebih kuat agar lebih produktif, kompetitif, dan sentiasa maju ke hadapan. Begitu juga dunia pendidikan di mana remaja semakin ditekan oleh ibu bapa, guru, rakan sebaya dan kelompok masyarakat yang menaruh pengharapan yang amat tinggi agar mereka meraih kecemerlangan di dalam akademik. Ini membawa kepada masalah tekanan  di kalangan remaja. Antara kesan negatif masalah ini ialah mereka akan merasa rendah diri, tidak bersemangat, mudah dirundung gelisah, kesedihan dan mengalami kelesuan.   Terdapat beberapa cara untuk mengatasi tekanan.  Antaranya ialah;

1.   Bersikap realistik terhadap pekerjaan/tanggungjawab anda
-   Akui kekuatan dan kelemahan diri.
-   Sentiasa berfikiran positif.
-   Cuba melakukan yang terbaik di dalam pekerjaan.
-   Memupuk sikap seronok bekerja/belajar.

2.   Merancang kerja anda
-    Kendali masa anda dengan bijak.
-    Beri keutamaan pada kerja yang penting. Jangan bertangguh.
-    Elakkan daripada membawa kerja pulang ke rumah. Jika anda seorang pelajar, kerja rumah 
     adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, cuba habiskan kerja rumah anda
     pada masa lapang di sekolah.
-    Mengagihkan kerja dengan baik.

3.   Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah
-    Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik.
-    Senaraikan semua masalah mengikut keutamaan dan langkah-langkah mengatasinya.
-    Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian.
-    Ambil tindakan secara wajar.

4.   Menerima sebarang perubahan dengan sikap dan tingkah laku yang wajar
-     Sentiasa bersikap terbuka terhadap apa jua perubahan yang berlaku.
-     Bersikap realistik terhadap segala perubahan dan mampu menerima keadaan yang di luar  
       kawalan anda.
-     Bersikap positif dalam persekitaran yang mencabar.

5.   Amalkan komunikasi yang berkesan
-    Biarlah bersikap lembut tetapi tegas daripada bersikap agresif.
-    Luahkan pendapat anda dengan penuh sopan, tegas dan jelas.
-    Hormatilah pandangan rakan anda.

6.    Semaikan semangat bermasyarakat
-    Jalankan persahabatan dengan rakan-rakan anda.
-    Senaraikan individu dan organisasi yang mampu membantu anda menangani sebarang
      masalah.
-    Berkongsi masalah anda dengan mereka yang sedia mendengar dan boleh mempercayai.
-    Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.

7.   Amalkan cara hidup sihat
-    Luangkan masa untuk berehat dan bertenang.
-    Amalkan bersenam, pemakanan yang sihat, tidur yang mencukupi.
-    Jangan merokok, jauhi diri dari arak dan dadah.
-    Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama.

Catatan Seorang Pesara : Cakap Sorang-Sorang

Usai bertemu seorang sahabat bersama suami dan anaknya di perkarangan Masjid Aman, Alor Setar, aku dan suami terus ke Pasar Besar Billion.  ...