Sabtu, 5 Mac 2016

SPM 2015 - TIADA KATA UNTUK KUUCAP

Izinkan untuk aku mendedikasikan coretan ini untuk melahirkan rasa syukur dan terima kasih. Sesungguhnya sebagai ibu tidak banyak yang aku buat.  Semua tugas itu kuserahkan seluruhnya ke pundak pengurusan SMK Agama Kedah.  Tambahan pula anakku Farah Izzati Mohammad Sobri tinggal di asrama semenjak Ting. 1 


Alhamdulillah. Sesungguhnya puji dan syukur itu hanya untukMu Allah kerana menganugerahkan kejayaan cemerlang buat anakku - 11A dalam SPM 2015.

Selayaknya ucapan tahniah itu  adalah untuk semua guru yang telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan buat anakanda Farah Izzati semenjak mengenal ABC; 123.  Mereka inilah yang memainkan peranan cukup besar dalam membentuk keseluruhan watak anakku itu.


Kejayaan demi kejayaan yang diperolehi sejak dari sekolah rendah sehingga ke peringkat menengah menjadi pemangkin dan motivasi untuk dia bergerak seterusnya.  Sebagai ibu, aku hanya mampu memberi semangat dan berdoa - hanya itu!

Untuk itu,  Izinkan kuucapkan Jutaan Terima Kasih buat seluruh tenaga dari SMK Agama Kedah (SMKAK) kerana memberi kepercayaan buat Farah Izzati semenjak Ting. 1 hingga Ting.5 terutama kepada Pn. Pengetua - Ustazah Salmah serta guru-gurunya yang tidak mampu kusebut namanya satu persatu di sini.  Terima kasih juga buat semua guru SK Hutan Kampong kerana mencungkil bakatnya sejak kecil.  Juga terima kasih buat Tadika An-Najjah kerana mengajar anakku mengenal ABC; 123 dan seterusnya mencintai bahasa Al-Quran - Bahasa Arab sehingga kini.

Terima kasih Cikgu.  Alhamdulillah.  Kubersyukur padaMu Ya Allah.

Selasa, 1 Mac 2016

PADAMU AKU BERSERAH



Pada bahu siapakah patut aku sandarkan kesedihan ini?  Terasa begitu peritnya namun aku tahu hanya padaMu Allah tempat untukku berserah dan menyerah.

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...