Ahad, 31 Julai 2011

RAMADAN AL MUBARAK


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini.

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Khamis, 21 Julai 2011

TAHNIAH FARAH; HIWAR MIIPA KEBANGSAAN


Alhamdulillah! Hanya itu kata-kata yang mampu diucapkan. Terima kasih Ya Allah atas segala limpahan kurniaMu sehingga membolehkan puteri bongsuku Farah Izzati mendapat kejayaan ini. Moga kejayaan ini akan lebih menginsafkan kami untuk mendekatiMu. Insya'Allah.

Isnin, 18 Julai 2011

LILIN


click to create your own

BUAT ANAKKU FARAH


click to create your own


Moga Farah Izzati Mohammad Sobri dan rakan-rakannya akan mendapat kejayaan cemerlang dalam Pertandingan Hiwar Peringkat Kebangsaan di SMK Agama Kedah pada 18 - 20 Julai 2011. Tolong doakan. Amin

Ahad, 10 Julai 2011

TIPS PELAJAR CEMERLANG 3

FUNGSI ULANGKAJI - Ulangkaji pelajaran sangat penting dan ia memainkan peranannya sendiri iaitu untuk;
Memantapkan ingatan
Mengukuhkan kefahaman
Menambahkan keyakinan
Memberi latih tubi kepada minda
Memenuhi aktiviti belajar dengan aktif. Siapkan semua kerja rumah terlebih dahulu. Buat kerja rumah dengan cepat & jangan bermalas-malas. Banyak buat latihan. Ulangkaji apa yang telah diajar oleh guru pada hari yang sama. Ulangkaji secara berterusan supaya tidak mudah lupa. Guna masa ‘prime time’ untuk ulangkaji matapelajaran yang susah. Gerakerja yang aktif dilakukan apabila letih belajar.

KAEDAH MENGULANGKAJI YANG BERKESAN - mengulangkaji pelajaran sangat penting. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan orang lain ketika mengulangkaji. Antaranya seperti GERAKERJA AKTIF KETIKA MENGULANGKAJI - Membaca dengan kuat,tetapi jangan sampai mengganggu orang lain. Dapatkan sumber bacaan seperti dari sumber IT @ VCD @ Internet. Cari bahan tambahan dari majalah @ ensiklopedia. Adakan Study Group. Adakan kuiz dengan kawan-kawan. Pindahkan bahan ulangkaji dari teks kepada gambarajah, lukisan, jadual, @ carta aliran. Bahan pelajaran dijadikan poster & tampal di dinding.

PENGURUSAN MASA - Masa yang efektif adalah suatu perkara yang selalu dibincangkan. Ramai orang menganggap bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi. Sebenarnya ini merupakan alasan semata-mata. Sebenarnya, peruntukkan masa sebanyak 24 jam sehari semalam sama bagi setiap manusia, samada bagi manusia yang berjaya atau tidak. Cuba kita lihat tokoh-tokoh dalam bidang masing-masing. Semuanya adalah manusia dan diperuntukkan masa sama dengan kita. Oleh itu bentuklah sebuah jadual harian yang mengandungi perkara-perkara berikut;

• Membaca buku atau mengulangkaji
• Bermain atau beriadah
• Mnonotan televisyen
• Menyelesaikan kerja sekolah
• Membantu ibu & ayah
• Menziarahi rumah kawan

Semua aktiviti yang disebutkan ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa lamakah aktiviti dan perlakuan itu berlaku. Ianya perlukan disiplin yang jitu daripada kita. Perkara ini bukan perkara remeh. Untuk mendisiplinkan diri kita maka sewajarnya kita mencatat di atas kertas & ianya mesti dipaatuhi. Selalunya kita mendengar keluhan di mana kita belajar 5 jam sehari tetapi merasa seolah-seolah kita tidak mendapat apa-apa dari pembelajaran tersebut. Berbeza kadang-kadang ada individu yang hanya belajar 2-3 jam sehari tetapi mendapat keputusan yang cemerlang. Perbezaan antara individu ini adalah kualiti masa yang digunakan. Oleh sebab itu pentingnya kita memberi perhatian kepada kedua-dua perkara ini iaitu kuantiti masa & kualiti masa yang anda gunakan.

Jumaat, 8 Julai 2011

Hidup Sebuah Persinggahan Sementara


click to create your own

TIPS PELAJAR CEMERLANG 2

STUDY HARD @ STUDY SMART? - Study Hard menggunakan masa yang lama dengan susah payah untuk memahami sesuatu topik. Study Smart pula memahami sesuatu topik dengan pantas & selebihnya menggunakan minda untuk memberikan hujah & penjelasan. Study Hard & Study Smart sama penting. Kalau bolah kita hendaklah study hard dan study snart! ‘Dan’ BUKAN ‘atau’. Jangan belajar last minute.
Belajar last minute menyebabkan anda terpaksa study hard dalam ertikata yang lain. Kalau anda belajar & mengulangkaji awal, anda mempunyai masa yang panjang & selesa untuk study smart. Bagaimanapun korbankan benyak masa jika anda mahu cemerlang. Minta bantuan guru apa-apa yang tidak difahami.


TETAPKAN TEKNIK BELAJAR. - Belajarlah mengikut kaedah yang anda rasa berkesan. Anda sendiri akan merasa kesannya apabila berjaya menjawab soalan didalam peperiksaan dengan senang & mendapat keputusan yang cemerlang.

PERANAN SOALAN RAMALAN & SOALAN TAHUN-TAHUN LEPAS - Soalan ramalan biasanya dihasilkan setelah pembuat soalan menjalankan analisis yang teliti tentang pattern & kekerapan sesuatu topik itu keluar. Soalan ramalan juga mendedahkan topik-topik penting.Menjawab soalan ramalan adalah suatu latihan bermanfaat. Cuma pelajar jangan mengharap 100% kepadanya. Soalan tahun-tahun lepas adalah himpunan kertas peperiksaan sebenar. Ini mendedahkan pola sebenar peperiksaan. Dari soalan tahun-tahun lepaslah terbentuknya soalan ramalan.”

PENTINGNYA STUDY GROUP - Group Study penting untuk memupuk semangat gigih belajar, mengulangkaji & berbincang. Apabila guru tidak mengajar kita boleh berbincang di dalam kelas. Pada masa-masa lapang yang lain berbincang di kantin,di taman,@ di pusat sumber.

Kumpulan belajar mencetuskan pertukaran pendapat & perbincangan yang mantap. Perbincangan menghasilkan pemahaman yang mendalam. Ahli dalam kumpulan boleh secara bergilir-gilir mengepalai perbincangan sesuatu topic. Di dalam sesi study group kita hendaklah segera bertanya apa yang tidak difahami .

Kita juga harus mengakui kelebihan orang lain. Suatu perkara yang kita perlu pegang ialah: Tidak lari dari topik perbincangan & tidak terlalu banyak bermain & ketawa. Ini dilakukan dengan menetapkan sesuatu objektif yang hendak di capai di dalam jangka masa yang di tetapkan.


Khamis, 7 Julai 2011

Tip Pelajar Cemerlang 1

TEKNIK BELAJAR NUR AMALINA

MENGINGATI PELAJARAN - “Saya tidak memaksa diri saya mengingati sesuatu fakta dalam setiap mata pelajaran, Saya menjadikan belajar itu suatu aktiviti yang menyeronokkan. Sebab itu saya tidak berasa letih walaupun menghabiskan masa yang panjang untuk mengulangkaji.”

BAGAIMANA MENGUASAI KESEMUA MATAPELAJARAN? - “Daripada sepuluh matapelajaran saya belajar di sekolah dan kelas tambahan di luar bagi subjek tertentu,hanya satu matapelajaran, iaitu Prinsip Akaun, saya pergi tuisyen kerana perlu memahami konsepnya. Yang lain,saya belajar sendiri di rumah.Jika saya tidak faham saya akan berjumpa guru yang boleh membimbing subjek berkenaan.”

TIP MENGINGATI FORMULA & FAKTA
- Buat nota ringkas Lukis peta minda apabila mengulangkaji @ mempelajari tajuk baru Wujudkan kata kunci Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa Buat latih tubi membuatkan lama-kelamaan mudah untuk mengingati. Ulangkaji di rumah secara berterusan.

TIP MENGUAT INGATAN - Tumpu perhatian sepenuhnya di dalam kelas. Berfikiran positif. Fikir perkara berf.aedah saja Elak berfikir perkara yang memesong & merosakkan minda. Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan & makanan segera. Jangan minum minuman bergas.


MENGHAFAL @ MEMAHAMI - Ramai orang yang silap anggap.Saya tidak pernah menghafal matapelajaran membabi buta .Waktu mengulangkaji saya memahami sesuatu konsep itu terlebih dahulu.Faham lebih penting. “Saya memahami konsep & idea sesuatu topik.Apabila telah faham mudahlah untuk ingat.Hafal tanpa faham seolah-olah kita belum mendapat apa-apa ilmu.”

LANGKAH MENGULANGKAJI - Semak sekali lalu bab yang hendak di ulangkaji. Baca tajuk besar terlebih dahulu. Baca tajuk kecil. Teliti & cuba fahami gambar,gambarajah,ilustrasi & jadual yang tertera dalam bab tersebut. Apabila mendapat gambaran tentang sesuatu tajuk,teliti isinya secara detail. Tandakan isi-isi penting dengan ‘highlighter’ di buku teks @ saya buat peta minda dalam buku nota khas. Cari @ reka sendiri kata kunci. Pada masa yang sama mengingat. Ulangkaji awal ,jangan tunggu sehingga saat terakhir sebelum peperiksaan.

KAEDAH MEMAHAMI - Fahami sesuatu konsep secara menyeluruh. Setelah faham barulah mudah mengingat data @ menghafal. Hafal membutu tuli belum tentu dapat @ faham. Gambarkan apa yang dibaca di dalam minda. Minda hendaklah sentiasa bersedia menerima perkara baru yang di pelajari.

Tahniah: Pengetua & Warga Bahiyah


click for more

Sahabat


click for more

Tanpamu

center>
click to create your own

Rabu, 6 Julai 2011

Pesanan Lukmanul Hakim

Pesanan Lukmanul Hakim kpd anaknya

Wahai anak ku, ingatlah dua perkara banyak banyak dan lupakan dua perkara banyak banyak.
1. Ingatlah Allah banyak banyak.
2. Ingatlah mati banyak banyak.
3. Lupakan kebaikkan kamu terhadap orang banyak banyak.
4. Lupakan keburukkan orang terhadap kamu banyak banyak.

Semoga menjadi renungan kepada kita semua.

Ahad, 3 Julai 2011

Jadi Positif Apabila Dikelilingi Orang-orang Yang Positif

Mahukah anda menjadi orang yang positif? Sentiasa berfikir untuk bergerak maju ke hadapan? Namun, bagaimanakah caranya? Sedangkan dihadapan kita penuh dengan pelbagai onak dan ranjau yang begitu menyakitkan.Sebenarnya apabila anda dikelilingi orang-orang yang positif anda juga boleh menjadi positif. Namun, apabila anda jauh dari orang-orang yang begini maka jiwa anda akan jadi kosong dari roh hidayah dan kekuatan spiritual yang genuine.

Sebenarnya apabila anda rapatkan diri dengan orang-orang yang berfikiran positif ini, maka anda akan terkena tempias roh hidayah sehingga menjadikan anda rajin seperti mereka. Daya tahan diri anda melawan nafsu jahat, melawan sifat malas dan apa saje sifat negative akan jadi lebih kuat seterusnya tanpa anda sedar anda telahpun menjadi seorang insan yang hebat... Malah anda telah dan akan berjaya mengatasi rasa malas yang anda miliki.

Maka, carilah orang-orang yang sentiasa berfikir secara positif untuk kecemerlangan diri anda kerana mereka akan memimpin anda menuju jalan ke puncak.


Sabtu, 2 Julai 2011

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

Syaaban adalah bulan perantaraan antara bulan Rejab dan Ramadhan. Marilah sama-sama mempertingkatkan ibadah agar sampai kita ketemu dengan Bulan Ramadhan yang penuh dengan nikmat & barakah.

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. didalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan dibulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan didalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakie, ditutupkan Allah keaibannya dihari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Sabda Nabi s.a.w: Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani). Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban kemudian dia berselawat atasku berapa kali sebelum berbuka puasa maka diampunkan oleh Allah dosanya yang lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.




DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...