Catatan

TAHNIAH DAN BERBANGGALAH MENJADI WARGA BAHIYAH

Apa perasaan anda bila ramai calon SPM 2010 SMKSB yang mendapat keputusan cemerlang kali ini? Terkejut? Teruja? Bangga? Demikian hasil yang dapat dituai jika benih yang ditanam dibeaja dan dijaga. Mana mungkin hasil tanaman begitu lumayan jika dibiarkan kontang. Begitu juga kejayaan tidak datang bergolek jika tidak disusuri dengan strategi, tindakan dan penambahbaikan. Siapakah sebenarnya yang memainkan peranan menjadi pelaksana kepada segala kejayaan tersebut? Siapa lagi jika bukan anda (guru-guru, para waris, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah)? Barangkali, kerana kekuatan itulah kebelakangan ini begitu banyak permintaan untuk memasuki SMKSB. Rupa-rupanya dalam diam semua orang di sekeliling sedang membuat penilaian dan penggredan terhadap kita. Sehingga kadang-kadang kita tidak berupaya membuat pilihan untuk kebaikan bersama. Sewajarnya bagi yang berada di SMKSB, kita perlu berbangga kerana menjadi warga sekolah ini. Tidak perlu ada rasa takut atau rendah...

SESEKALI PANDANGLAH RUMPUT DI BUMI

Pagi hari Isnin 750 pagi, rutinnya seperti biasaa saya menjemput seorang pelajar yang lewat daatang ke sekolah ke bilik saya. Setelah berbincang panjang ternyata banyak perkara yang terlepas pandang. Tidak dibuat tindakan dan susulan. Begitulah agaknya bila berhadapan dengan terlalu banyak kekalutan, kita menjadi terlalu mengambil mudah sesuatu perkara. Namun hati saya ternyata tidak tenang. Barangkali kerana saya dilahirkan dalam sebuah keluarga serba dhaif maka hati saya begitu cepat terkesan apabila berhadapan dengan permasalahan pelajar berhubung kemiskinan; kesusahan. Saya barangkali cuba ‘mencerminkan’diri pelajar tersebut seperti bayangan diri saya ketika zaman remaja. Berkongsi basikal dengan kakak, berulang-alik dalam jarak lebih 5 batu pergi dan 5 batu balik setiap hari untuk mendapatkan khidmat sebuah basikal kerana dhaifnya kehidupan. Sehingga kini, ruang fikir saya tidak pernah mampu mencari jawapan mengapa tergamak insan mempersoalkan kenapa tidak membeli kereta atau suru...

Kebersihan Fizikal dan Mental

Semua orang bercakap pasal kebersihan. Cikgu, emak, bapak, kawan-kawan malah dalam Islam sendiri. Hari ini pun pagi-pagi lagi cikgu dah membebel pasal kebersihan. Apalah yang pentingnya sangat kebersihan sampai semua orang nak bercakap pasal perkara yang sama??? Kalaulah boleh difikir perkara lain, baik cerita pasal tsunami ke, pasal fb ke, tentu lagi seronok n ramai peminat. Ni...,nak cerita bab yang memeningkan kepala. Kenapa semua orang suka cakap pasal kebersihan?? Kalau ikutkan ada kebersihan banyak sebab. Kata kawan-kawan bila time sembang, kebersihan boleh jadikan otak kita bersih. Cakap pun bersih. Pakaian bersih. Fikir bersih. Apa pun bersih le. Betoi ke?? Mudah terima orang lain, tidak berperasangka buruk maksudnya tak ler.. dengki kat orang (macam tamak ke, suka mengumpat, kata ke, cemburu ... gitu le). Bila mental kita bersih dengan sendiri kita jaga fizikal - badan, rupa, penampilan - mudah didampingi dan akan disenangi. Betoi ke?? Kata orang lagi bile semuanya dah bersih ...

Melihat Keresaahan Pada Wajah Anakku

Semua oraang berada dalm stress cukup tinggi sekarang. Apa tidaknya result SPM 2010 akan muncul tanggal 23 Mac 2010. Ada yang dah tak lena tidur. Makan pun dah tak lalu. Si kakak, anak kedua saya pun asyik merapu macam-macam... Kesian la pulak?? Siap tanya sekian, sekian... Dulu saya pun pernah macam tu. Malasnyer nak jumpa orang. Lagi risau bila orang turut bagi respon mcam-macaam. Ni yang buat tension lebih ni... Macam mana la nak mengadap muka semua orang? Masing-masing dok teropong tunggu nak tolong sebar cerita macam TV3. Kalau dapat bagus, bagusle depa gosip nanti, hai .. kalau dapat sikit gosipnye tentulah teruk jugak. Tulah yang buat semua orang tak senaang nak duduk. Mandi pun dah tak basah, makan rasa macam nak makan banyak-banyak jer...he..he..he... Apaape pun.. apa yang kita tanam itule juga yang akan kita tuai pada 23hb nanti. Moh le kite tunggu...JANGAN MARAH!!

Pertemuan Luar Jangka

Jika diikutkan badan yang agak keletihan, saya rasanya mahu sahaja bersenang-senang berbaring di atas tilam sambil membaca sehelai dua novel di pagi Jumaat 11 Mac 2011. Namun, kepulangan anak-anak dari asrama menuntut saya untuk mengetepikan rasa letih dan keinginan untuk bermalas-malas. Mahu tidak mahu sebaik menghantar anak kedua saya menghadiri kelas MUET, saya terus ke pasar mencari barangan basah untuk dimasak. Sebenarnya sepanjang minggu lepas, saya tidak mempunyai sebarang stok ikan, ayam atau sayuran. Semuanya kerana kelewatan saya pulang ke rumah dan rasa malas saya untuk menyediakan makanan. Seusai membeli ikan dan sedikit sayur, saya menghampiri suami yang menunggu di ruang hadapan pasar. Sedang menikmati roti canai dan secangkir kopi panas. Mengambil raung di sebelah, secangkir air yang sememangnya menjadi kegemaran saya dudah di’order’. Saya mengambil keputusan untuk duduk sambil mata memandang ke hadapan. Benar-benar di hadapan saya. Yang duduk di me...

Mesyuarat Agung PIBG SMKSB

Ruang dewan besar SMKSB dipenuhi dengan waris pelajar yang datang seawal 2.00 petang. Walau bagaimana pun, sesi mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 3.15 petang tertunda hingga 4.00 petang menjadikan ramai waris menanti dalam resah. Namun, keupayaan Puan Pengetua Pn. Hajah Rahinun membawa beberapa isu dengan sokongan fakta dari kajian-kajian yang dilakukan menjadikan para waris terus terpaku di kerusi. “Hebat!” Demikian suara-suara yang saya dengar daripada para waris yang turut menjadi teman-rakan saya suatu ketika dahulu. Rata-rata mereka berterima kasih dan kagum dengan kesungguhan yang dilakukan oleh para guru di bawah pimpinan pengetua mengenalpasti isu-isu yang mendepani anak-anak. Secara kesimpulannya, mana-mana waris yang sememangnya komited terhadap perkembangan anak-anak, medan pertemuan antara guru dan waris dalam mesyuarat agung seperti ini merupakan medan perkongsian idea, penyelesaian dan merungkai segala kekusutan. Kehebatan meneraju organisasi tidak h...

Kaunseling Kelompok Mahasiswa UUM dan USIM

Sebaik selesai kursus PRS Fasa 1 petang Selasa 8 Mac 2011, kaki baru ingin melangkah pulang, telefon bimbit saya tiba-tiba berbunyi. Marziah, mahasiswa Universiti Utara Malaysia yang sedang menjalani latihan praktikum menghubungi saya. Niat untuk pulang terpaksa dibatalkan meskipun jam di tangan sudah menunjukkan angka 5.30 petang. Bergegas ke Dewan Makan Siti Khadijah, dengan satu niat bertemu rakan-rakan kaunselor pelatih UUM dan USIM yang menjalankan latihan kelompok di SMKSB. Banyak persoalan dan idea dilontar dan dijawab sepanjang petang yang semakin menganjak ke senja. Badan terasa sedikit tidak bermaya memandangkan seminggu ini saya asyik ‘stay back’ dan hanya sampai ke rumah sebaik 6.00 petang. Namun keletihan itu bagaikan hilang sebaik rakan-rakan kaunselor pelatih ini menyarankan satu perkongsian ilmu dengan Dr. Saerah dari USIM untuk pelajar-pelajar SMKSB. Isu utama berkaitan ‘kemanisan menjadi seorang gadis’. Demikian kehidupan yang sering dipermudahkan. ...