Ahad, 13 Mac 2011

Mesyuarat Agung PIBG SMKSB

Ruang dewan besar SMKSB dipenuhi dengan waris pelajar yang datang seawal 2.00 petang. Walau bagaimana pun, sesi mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 3.15 petang tertunda hingga 4.00 petang menjadikan ramai waris menanti dalam resah. Namun, keupayaan Puan Pengetua Pn. Hajah Rahinun membawa beberapa isu dengan sokongan fakta dari kajian-kajian yang dilakukan menjadikan para waris terus terpaku di kerusi.

“Hebat!” Demikian suara-suara yang saya dengar daripada para waris yang turut menjadi teman-rakan saya suatu ketika dahulu. Rata-rata mereka berterima kasih dan kagum dengan kesungguhan yang dilakukan oleh para guru di bawah pimpinan pengetua mengenalpasti isu-isu yang mendepani anak-anak. Secara kesimpulannya, mana-mana waris yang sememangnya komited terhadap perkembangan anak-anak, medan pertemuan antara guru dan waris dalam mesyuarat agung seperti ini merupakan medan perkongsian idea, penyelesaian dan merungkai segala kekusutan.

Kehebatan meneraju organisasi tidak hanya bergantung kepada produk yang dikeluarkan, tenaga pekerja malahan turut dibantu oleh klien-klien yang berada di sekeliling organisasi tersebut. Semakin banyak perkongsian idea, semakin banyak pertambahan nilai dapat dilakukan bagi meningkatkan kualiti pengeluaran produk. Maka, kehebatan pelajar SMKSB akan berkekalan dan meningkat melalui kuatnya sokongan para waris yang menjadi tulang belakang sekolah dengan meletakkan tanggungjawab membina, membentuk dan mendidik jiwa para pelajar di barisan paling hadapan kerana mereka adalah amanah yang cukup bernilai!!

1 ulasan:

  1. Jah, the reward should go to the councelors yang banyak membantu saya dalam menyatakan isu-isu pelajar. Saya sangat-sangat terhutang budi dengan team kaunselor yang sangat prihatin dan komited. Marilah kita teruskan khidmat bakti ini kerana di bahu anak didik kitalah nantinya kita sandarkan harapan.May Allah bless us.

    BalasPadam

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...