Ahad, 13 Mac 2011

Kaunseling Kelompok Mahasiswa UUM dan USIM

Sebaik selesai kursus PRS Fasa 1 petang Selasa 8 Mac 2011, kaki baru ingin melangkah pulang, telefon bimbit saya tiba-tiba berbunyi. Marziah, mahasiswa Universiti Utara Malaysia yang sedang menjalani latihan praktikum menghubungi saya. Niat untuk pulang terpaksa dibatalkan meskipun jam di tangan sudah menunjukkan angka 5.30 petang.

Bergegas ke Dewan Makan Siti Khadijah, dengan satu niat bertemu rakan-rakan kaunselor pelatih UUM dan USIM yang menjalankan latihan kelompok di SMKSB. Banyak persoalan dan idea dilontar dan dijawab sepanjang petang yang semakin menganjak ke senja. Badan terasa sedikit tidak bermaya memandangkan seminggu ini saya asyik ‘stay back’ dan hanya sampai ke rumah sebaik 6.00 petang. Namun keletihan itu bagaikan hilang sebaik rakan-rakan kaunselor pelatih ini menyarankan satu perkongsian ilmu dengan Dr. Saerah dari USIM untuk pelajar-pelajar SMKSB. Isu utama berkaitan ‘kemanisan menjadi seorang gadis’.

Demikian kehidupan yang sering dipermudahkan. Terasa begitu kerdilnya diri apabila berhadapan dengan seribu kenikmatan yang diberi oleh Allah SWT. Walau pun bukan untuk diri tetapi lebih kepada satu bakti untuk anak-anak SMKSB. Barangkali saya akan terus merasa puas untuk berbakti tanpa mengharapkan sebarang ganjaran dan balasan. Terlalu banyak yang dipermudahkan ketika menyusun-atur pelbagai aktiviti untuk mengangkat martabat pelajar. Pembinaan modul, perkongsian ilmu, kepakaran untuk kursus kepimpinan semuanya melalui komunikasi dengan teman-rakan di luar. Dan ini sebenarnya membantu melancarkan perjalanan merealisasikan setiap apa yang dihasratkan. Moga perbincangan dalam ruang masa terhad dengan keupayaan minda yang terbatas akan dapat direalisasikan sebelum semua kaunselor pelatih UUM dan USIM selesai menjalani latihan praktikum mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...